CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 29 April 2011

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Korang nak join??? Klik sini
Secara jujurnya,aku menyertai giveaway yang cik izyan comel ni buat bukan nak menang.Tapi nak mencari pengalaman dalam bidang blogger ni.Ini merupakan contest pertama yang aku sertai.
Tujuan aku mnyertai  contest cik izyan yang comel loteh ni adalah untuk support sesama kawan.Walaupun aku baru sahaja mengenali cik izyan atau panggilan manjanya Yan,aku sebagai sahabat dan teman sesama blogger akan menyokong contest yang pertama kali beliau anjurkan..aku nak korang terus menyokong cik izyan ni.tapi biarlah dengan hati yang ikhlas ye.Itu saja nawaiitu yang ada semasa aku menulis tentang contest ni.menang or kalah itu tak menjadi masalah bagi aku.yang penting aku puas dapat menolong sahabat-sahabat aku di dalam bidang blogger ni.
aku tag


Cik ayin
**::CIKNUURUL::**


P/s:semoga terus sukses ye cik izyan...:)

Assalamuallaikum..

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Hari ni adalah hari sedih untuk aku dan warga jabatan tempat aku bekerja.Pagi semalam kami mendapat khabar berita bahawa pengarah yg kami sayangi telah di masukkan ke hospital.Semua warga jabatan termasuk aku betul-betul terkejut.Beliau baru sahaja menunaikan ibadah haji tahun lepas.Beliau di sahkan menghadapi masalah jantung dan paru-paru berair.Pada pagi tadi masa waktu kami menghadiri ceramah kami di kejutkan dengan berita bahawa pengarah yg kami sayangi itu tengah tenat di hospital..Kami semua menjadi sayu dan hiba bila mendengarnya.Beliau berasal dari Melaka.Anak-anaknya semua jauh dari beliau dan kami mendapat khabar bahawa penerbangan anak-anaknya ditunda.Begitu sedih kami mengenangkan apa yang terjadi.Selepas sahaja solat jumaat tengahri tadi kebanyakan staff jabatan menziarahi beliau dan kami dikhabarkan bahawa beliau telah di beri ubat tidur dan tidak sedarkan diri.Peluang untuk pulih pun tipis mengikut kata doktor.Beliau akan di pindahkan ke unit rawatan rapi di Sabah Medical Centre pada petang tadi.Sehingga kini aku menanti khabar dari teman-temanku atau bos aku perkembangan terkini keadaan pengarah kami itu.Semoga allah pulihkan beliau kembali untuk menerajui jabatan kami.Sama-samalah kita semua doakan beliau semoga sembuh kembali seperti biasa.

P/s:buat kerja kat ofis pun dah takde mood.sedih memanjang bila teringatkan beliau.:(

Khamis, 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

 SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER Klik sini
Wow..abg ben buat segmen lagilah..nak join gak ni..hehe..first time aku join..
okay straight to the point..


Aku baru sahaja menjadi  seorang blogger.
Kenapa aku menjadi seorang blogger?
Aku berblogging kerana hidupku sungguh sunyi sebelum ini.
Hidupku umpama kertas yang ditiup angin.kosong..
Bayangkan kesunyian yang melanda diriku..
Seolah-olah aku berada di dalam bilik akhir sebelum ke tali gantung..
Begitulah keadaan diriku sebelum ini.
Tetapi setelah aku menemui jalan hidupku semula.
Aku bangkit untuk menghapuskan kesunyiaan itu dengan cara menjadi blogger.
Kini aku dapat menemui kawan-kawan yang dapat membuatkan hari-hari ku indah dengan senyuman,indah dengan senda gurau dan gelak ketawa.
Kawan-kawan inilah yang amat menyayangiku dan menolong aku untuk hapuskan kesunyiaan yang ada dalam hidupku dulu.


P/s:Aku bangga menjadi seorang blogger...

Zaman Di Sarawak!!!!!!!(Best owh kat Sarawak)

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Selamat bergembira di hari Khamis ni.semalam aku lihat bertambah kedut di muka ini(betullah aku dah makin tua,tapi sehari je).Sukalah korang aku dah tua kan? kan?..hehehe. Gurau je ye.
Okay waa nak sambunglah cerita waa semalam tu.Setelah aku bersabar selama sebulan menanti keputusan interview,akhirnya dah keluar keputusannya.Masa tu waa kat rumah takde internet.Jadi waa guna telefon je nak semak keputusan.Bunyinya macam ni."Sukacita anda telah berjaya di pilih untuk jawatan ini."Punyalah waa rasa bangga masa tu.Tak percaya pun ada juga sampai waa telefon berulang kali.(Tak habis-habis dengan bangga budak ni,tumbuk kang baru tau)
Masa tu mak waa pun tak tau pasal keputusan tu.Apa lagi waa kelentong lah cakap waa tak dapat.Pastu waa telefon n bagi mak waa dengar.Masa tu juga mak waa menangis.Adoiyaii,waa jadi gabra bro.Mana tak,sedih juga tengok mak waa nangis depan waa lagi.Waa tahu perasaan mak waa gembira betul.Jadi waa tunggulah surat penempatan dari Jabatan waa keje sekarang ni.Seminggu selepas Hari Raya adilfitri tahun 2007,waa dapat surat penempatan.Waa buka punyerlah terkejut.(jom terkejut sama dengan waa).Waa di tempatkan di Kuching,Sarawak.
Sekali lagi mak waa nangis.Mana tak waa tak pernah duduk jaug dari family.Tapi waa pujuk mak waa jangan nangis.Nanti waa mintaklah pindah kat Sabah balik.Dua minggu lepas tu waa berangkat ke Kuching buat pertama kalinya dalam hidup waa.Nasib baik abang waa baik hati sponser semua.Bila waa lapor diri,waa ingat ada juga orang jauh macam waa.Sekali tengok senarai,waa sorang je dari Sabah,yang lain semua dari sarawak.Fuhh,berpeluh waa masa tu.(Peluh jantan,takut giler kat negeri orang).Tapi waa tetap control macho.Waa buat2 rileks je.Dah ler waa tak faham diaorng cakap apa,coz kat sana guna bahasa melayu Sarawak.Jadi waa pun bantai je cakap k.l.Sebab waa cakap Sabah semua tak faham sebab laju.Tapi yang tak best bila diaorang mengutuk waa guna bahasa melayu sarawak.Waa memang tak faham bahasa tu.Yang waa tahu kamik kitak je.Bila waa cakap dengan diaorang macam itik dengan ayam yg bercakap.Waa tak faham dioarang cakap apa dan diaorang pun tak faham apa yang waa cakap.Jadi ada kawan waa cabar waa belajar bahasa melayu sarawak dalam masa sebulan.Diaorang takkan cakap dengan waa guna bahasa lain,mesti bahasa melayu sarawak juga.Sms pun sama juga.Jadi berhempas pulas lah waa belajar sorang2.Waa takde sifu yang ajar ok.Waa belajar sendiri.Hasilnya waa dapat bercakap bahasa melayu sarawak dengan baik dalam tempoh kurang dari sebulan.Hah?Korang tak percaya?Nak bukti?.Nanti waa cakap korang tak faham pulak.Ok ok waa cakap,pastu waa translate ok.
"Pasya kamik klaka degan sidak semua.Nang sidak sik caya yang kamik dah pandei klaka sarawak tok".(Lepas tu aku cakap dengan diaorang semua.Memang diaorang tak percaya yang aku dah pandai cakap sarawak ni.)Begitulah translatenya.Jadi diorang takde lagi peluang nak kutuk-kutuk aku or mengumpat pasal aku.Bangganya aku(Dush...nah kan dah kene tumbuk.Bangga lagi??).Bermulalah kehidupan aku di Kuching,Sarawak untuk setahun.Bila aku outstation jumpa dengan respondan,semua tak percaya aku dari Sabah bukan Sarawak,sampaikan ada staff dari limbang nak tengok Mykad waa.Sekali lagi waa bangga(Dush..sekali lagi dak ni bangga,kite bako!!!)..Setahun juga waa menimba pengalaman sambil melancong kat negeri bumi kenyalang tu.Waa cakap melancong ek bukan melencong.Okaylah sampai sini dulu ok.Nanti waa sambung lagi cerita waa ni..

P/s:Maaf di atas penggunaan bahasa mat rempit.tapi aku bukan merempit ok.aku budak baik.budak skema yg terlalu skema.hehehe..Selamat membaca.Smile always!!!!

Rabu, 27 April 2011

Zaman Tua aku!!!(wuwuwuw Dah tua ke aku??)

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Assalamuallaikum(jawab..tak jawab dosa):P.
Hah.semalam waa cerita zaman muda waa kan?.Hari ni waa nak cerita pulak zaman waa dah tua.
What thee??wei aku muda lagi lah(gelak korang yer aku dah tua?).Nampak sangat ke aku ni dah tua?wuwuwuwu.Sedihnye.(Cakaplah aku muda lagi..tak nak cakap tak nak kawan.kalau korang cakap korang sayang kat aku.)
Okaylah,aku mengaku aku dah tua.Back to the future.Eh salah.Back to the point.Lepas je aku SPM aku takde keje kat mana-mana restoran or pejabat.Waa duduk rumah jer bro.Keje waa hari hari hantar adik waa pegi sekolah.Balik je waa tolong mak waa kemas rumah(dah macam anak perempuan je).Biasalah bro,adik beradik waa semua lelaki.:P.
Dah siap je tugasan semua,it's landing time.Tidolah ape lagi.hehehe.Mak waa pun tak bising sebab keje semua dah settle.Bangun je tido waa p makan lah.Lepas tu waa standby nak pegi sekolah ambil adik waa.Itulah keje waa tiap-tiap hari.Bila kawan or cikgu tanya aku keje ape.Aku cakaplah aku tengah kursus,kursus ekonomi rumahtangga.Punyelah gelak sakan diaorang.Geram pun ada,lawak pun ada.Nak kelentong tak baik pulak kan??dosa tau.
Lepas tu adalah aku memohon SPA.Masa tu isi borang manual lagi tau.Boleh pilih sampai sepuluh jawatan untuk di mohon.Sekarang online dapat mohon 5 je kan?.Last-last ada juga yg panggil waa interview.Masa interview tu semua waa tengok gabra semacam(eksyen nye mamat ni...).Ada yg macam orang giler cakap sorang-sorang.Ada yg hafal nama-nama menteri kabinet..Hah??Waa??biasalah bro.Waa rileks je...(eksyen sngat lah mamat ni...tak sedar diri..).Giliran waa nombor 8.Orang yg pertama masuk lepas 30 minit baru keluar.Waa pun mula gabra.Yang first dah 30 minit,aku pulak berapa lama ye??.
Sampai giliran waa masuk bilik interview.Masuk je waa terus senyum kat orang yang nak interview waa tu.Diaorang soh waa perkenalkan diri waa.Apa lagi waa cakap lah berhabis-habisan.Yang paling killer punya soalan yang ditanya kat aku"Apa kelebihan yang awak ada?"Fuh...bepeluh aku nak jawab.Ape lagi aku kelentong jelah habis-habisan.Aku cakaplah yang aku tahu semua tarian tradisi suku kaum yang ada di Sabah..maklumlah waa ni bekas penari kebudayaan.Hah..jangan pandai cop waa lelaki lembut ye.
Waa lelaki sejati tau.Punyelah waa semangat cerita kat penemeduga tu.Daiorang pun seronok dengar.Tak sampai 10 minit waa dah keluar dari bilik temuduga.Semua pandang kat waa semacam(terasa macam artis pulak..:P)...Mana taknye semua masuk confirm keluar lepas 20 minit ke atas..waa dalam 10 minit dah keluar.Terasa banggalah juga kejap.Lepas je interview yang sukar tu nak menanti keputusannya..

Lain kali aku sambung lagi..dah panjang sangat ni..nanti boring pulak korang baca...hehehe..
Smile always!!!

nilah budak yg bangga tu






Selasa, 26 April 2011

Zaman Remaja aku!!!(Remaja lagi ke?)

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!


Yes..akhirnya aku  berjaya siapkan header ku sendiri..ngeh ngeh....setelah aku berpenat lelah menyiapkan semalam..aku buat dari kol 7.30 malam(eh dah malam ke atau petang lagi tu)sampailah kol 9.00 malam.
Berpeluh-peluh aku cuba mengedit itu dan ini...maka terjadilah seperti yg korang lihat....
macam mana??okay tak??kalau x okay komen je lah..boleh aku buat balik  :-)....
Semalam sebelum aku melelapkan mata tetiba aku teringat zaman muda remaja aku(muda lagi ke aku??)
der..wa muda lagilah...muda+awet muda...selalu makan madu..(nampak sangat tipu).. :-P
Okay okay.Back to the point..chewahhh speaking london lagi...masa remaja aku memang best giler...
zaman enjoy lah katakan..zaman tu jugalah masing-masing berlagak nak tunjuk kuat depan dak pompuan..
termasuklah aku...der waa cerita kat lu..dulu waa samseng owh kat skolah...tapi tuuu dulu lah...sekarang waa dah insaf..What the?????...hahaha...tapi memang luculah zaman remaja aku...bila dah berkumpul dengan kawan tu..confirm ada je perangai pelik yg kiteorang akan buat...yang paling aku ingat bila dah lepas makan roti..plastik roti tu kiteorg tiup sampai kembung....lepas dah kembung cari sasaran nak di letupkan..yg akan menjdai mangsa pung***g kawan kawan lah...pelikkan perangai...lepastu ada kawan aku ni masa pendidikan islam tak nak pakai tudung..lepastu arwah ustaz kiteorg ni denda dia berdiri atas kerusi..yelah samseng perempuan kan...di tendang kerusi tu masa arwah ustaz tu berpaling..lepas tu ustaz tu marahlah,tapi ustaz tu x nampak kawan ni tendang kerusi..kawan aku ni cakaplah bukan saya tendang ustaz tapi jatuh sendiri..punyerlah kiteorang gelak masa tu...camne kerusi boleh jatuh sendiri ek???hahahaha...
Biarpun wa ni dulu samseng tapi record disiplin wa tetap bersih...tak pernah kene gantung sekolah or dapat surat amaran..muka brutal der...tapi hati waa..baik...(Bajet Suci lah)...Waa dulu dua tahun berturut-turut pegang jawatan ketua menteri..ehh salah ketua kelas..masuk tahun ke tiga kau dah taknak pegang dah walaupun guru kelas memaksa diri ini....(chewahhh perasan nya aku)..

Inilah muka budak perasan tu...
 lepas je ambil keputusan SPM aku duduk rumah jer..adalah satu hari tu aku datang ke sekolah..hanya nak ambil majalah sekolah je..kebetulan hari tu budak form 6 daftar..jadi cikgu ni pun datanglah jumpa aku..dia soh aku tengok nama aku kat notis board dekat pejabat am..ada tak..jadi aku pegi tengok senarai tu..adalah nama aku..paling atas lagi..apa lagi cikgu soh aku balik rumah pakai baju sekolah putih n seluar putih daftar masuk form 6....tapi aku awal lagi dah plan tak nak masuk form 6...hehehe..ada sebabnya..aku taknak di lantik jadi ketua pelajar...cikgu dah bagitahu awal..semua cikgu nak lantik aku jadi ketua pelajar..(berlagak aku kejap..hehehe)...memang aku taknak lah..hehe
apa macam??okay tak zaman remaja aku?? zaman remaja korang macam mana pulak??
ce cite ce cite kat aku..hehehe...oklah nanti aku sambung lagi cerita lepas zaman remaja pulak..hehe..


thanks for reading...:-)


P/s:jangan cuba aksi yg ada dalam entry di atas ye..yg main guna plastik roti tu..hahahaha

Isnin, 25 April 2011

Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Part 3.

"hah.apa kau nak cakap tadi Laila?"
"begini Sham.sebenarnya aku mencintai kau Sham."
"Laila?kau kan tahu yg aku dah berpunya?"
"Ya.aku tahu Sham.
tapi aku betul ikhlas mencintai kau."
"aku faham Laila,tapi kau harus tahu yg diriku sudah berpunya.
telah ada yg menempati hati ini Laila."
"Sham please beri aku peluang."
Laila mula menangis.
"Laila.janganlah bersedih.aku bukan lelaki yg terbaik untuk kau.banyak lagi lelaki di luar sana yang jauh lebih baik dari aku."
"tapi aku tetap mencintai kau Sham."
"Laila..aku harap kau faham apa yg aku katakan.aku nak balik ni.jangan lah kau sedih ye."
Laila dengan pantas memeluk Sham.
"Laila???apa yg kau buat ni?nanti orang nampaklah?"
"aku tak akan lepaskan kau Sham selagi kau tak terima cinta aku."
"kau dah gila Laila!!!!"
"Ya,memang aku dah gila.gilakan kau Sham."
"Laila!!!!lepaskan aku lah...."
Pada masa yg sama Hani telah melihat perbuatan Sham dan Laila.Laila mengupah orang untuk beritahu kepada Hani tentang pertemuan dia dan Sham.Itulah punca Hani melarikan diri dari Sham..itulah punca Hani bertengkar dengan Sham..

apakah pertelingkahan antara Sham dan Hani akan berakhir?
adakah Hani akan percaya penjelasan dari Sham?
Bersambung........

Bila aku dapat berjumpa dengannya??

Assalamuallaikum...tak dapat ku berkata-kata.betapa kelu lidah ku bila berhadapan dengan mu..
sesungguhnya bukan aku takut,tetapi segan.aku telah lama merindukan mu.sungguh lama aku memendam rasa untuk berjumpa denganmu.bilakah masanya untuk kita bertemu???betapa bahagianya bila aku tahu yg engkau sentiasa di sisiku...aku tersangat bahagia.
Tapi bila kita dapat bertemu??
aku tahu yg engkau merindukan diriku..begitu juga aku,merindukan dirimu..apabila aku teringat engkau,hatiku akan tenang dan ceria..itulah perasaan ku bila berjumpa dengan mu nanti.ku berharap kau bantulah diriku ini..aku hanya insan biasa yg tak sempurna.
banyak lagi kekurangan ku.tapi aku percaya keikhlasan ku terhadap mu akan menutup segala kekurangan diriku...di manakah kau letak diriku nanti??andai aku bukan pilihan mu,tidak apa,aku x menangis atau bersedih.aku terima dengan hati yg terbuka.mungkin ini pembalasan dosa yg telah aku lakukan terhadap mu...Ya allah,kau ampunkanlah dosa-dosa ku.kau peliharalah diriku...aku rindu padamu...aku rindu untuk berjumpa denganmu ya allah...semoga kita di pertemukan di padang mashyar.segala puji hanya padamu ya allah..

Jumaat, 22 April 2011

My Sweetheart!!!!

assalamuallaikum..hari ni aku nak story kat korang my sweetheart....sape???awek??bukan.....Adik???bukan..ni hah my sweetheart...


nilah my sweetheart...


amacam???comel tak???hehehe..inilah buah hati aku.dia ni dahlah comel,manja pulak..berat dia sekarang mencecah 8kg..mmg besar n berat..tapi kuat sangat mainnyer...kaki aku pun dia terkam ajak main...... ni ada lagi possing dari my sweetheart..enjoy k..


tengok apa tu sayang???

tgok camera ye syg..
apa macam aku punya sweetheart??comel x???hehehe....dia ni kadang-kadang nakal juga tau......dia gemuk makan friskies lah ni..nanti aku buat lagi pasal entry pasal my sweetheart aku ni ye...

Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Part 2

Sham semakin risau..dah dua hari Hani x menghubunginya...
Sham juga mencuba menghubungi Hani..tapi takde jawapan..
Kemanakah Hani menghilang???

Di Kampung Delima,Mak Jah baru selesai memasak untuk makan malam.
Hani termenung di atas meja makan.Mak Jah hairan kenapa Hani asyik termenung.
"Hani.mak tengok kau sejak balik ni asyik termenung je?.ada masalah ke?.bagitahu mak kalau Hani ada masalah.mana tahu mak boleh tolong."
"Takde pape lah mak.cuma Hani tengah fikir macam mana nak siapkan
assignment yg pensyarah bagi ni.."
Dari raut wajah Hani,mak Jah tahu yg anaknya tu memang ada masalah.tapi disembunyikan dari dia.
"Dah lah tu.jangan nak fikir sangat.kita makan dulu ye.panggil adik,ajak makan sama"
"Dani!!Jom makan.mak masak sedap ni"
"Kejap kak.Dani nak kemas buku ni dulu"

Di Shah Alam,Sham masih risaukan pasal Hani..
kemanakah Hani menghilang semenjak peristiwa itu berlaku..
Sham masih tak puas hati pada orang yg memfitnah dirinya..
Sham teringat kembali detik peristiwa di mana dia di fitnah..

"Sham..tunggu."Laila berlari mengejar Sham yg baru habis kuliah.
Laila adalah kawan sekuliah Sham.
Laila memang telah lama menaruh hati kepada Sham.
Dia tahu yg Sham adalah kekasih Hani..
Laila nekad untuk memusnahkan hubungan Sham dengan Hani supaya dia ada peluang untuk mendapatkan Sham..
"Sham..tunggu"
"owh Laila.ada apahal ni Laila?"
"Sham aku nak mintak tolong sikitlah?"
"tolong apa Laila?"
"aku x boleh nak cakap kat sini,kite pegi tempat yg x ramai org.apa kata kite pegi dekat belakang dewan sana,kat sana sunyi.."
Sham pun ikut lah si Laila ni pergi belakang dewan tu.
Sebenarnya Laila dah plan nak buat benda yg boleh merosakkan hubungan Hani dan Sham.


Apakah yang terjadi pada Sham dan Laila??tunggu sambungan akan datang.

Khamis, 21 April 2011

HANI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Hani......tunggu aku.."Hani langsung tidak menoleh kepada Sham... Sham berlari mendapatkan Hani...

"apa yang kau hendakkan lagi dari aku Sham?.tak puaskah lagi kau mainkan perasaan aku?"
Sham serba salah bila melihat Hani menangis tersedu sedan....

"maafkan aku Hani.bukan niat aku nak permainkan perasaan kau..tidak terlintas di dalam hati aku untuk melukai kau Hani..semua itu fitnah..fitnah dari orang-orang yg benci melihat hubungan kita..?"

"tak perlu kau meminta maaf padaku Sham dan aku tak perlukan maaf kau tu..."
Hani pun berlari menuju dewan kuliah sambil menangis..
Sham termangu keseorangan..akalnya buntu,hatinya pedih bila terfikir kejadian yg menimpa dirinya
hinggakan dia dan Hani bergaduh...

Malam itu Sham cuba menelefon Hani,tapi Hani langsung x menjawab.
Sham mula runsing dan risau memikirkan Hani....
Sham cuba menelefon teman sebilik Hani iaitu Corie..

"Hello Corie..ni Sham"
"Oh,Sham..ada apa Sham?"
"aku nak tanya,Hani ada dengan kau x?"
"eh?takde pun?bukan Hani dengan kau ke tadi?"
"Hani xde dgn aku."
"Ish,kemana pulak si Hani ni pergi?"
"Corie.nanti kalau Hani dah balik cepat-cepat sms aku ye."
"okay,nanti Hani balik aku bagitahu kau ye."
"thanks Corie,bye"
"Bye"


apakah yg terjadi pada Sham hinggakan Hani menangis?
Kemanakah Hani menghilang dan apa yg terjadi pada Hani??
tunggu sambungan cerita ni..:p

Rabu, 20 April 2011

Kahwin.......

assalamualaikum...
wah tajuk entry aku hari ni kahwin..betul ke???xcaya lah???
betul lah yg korang baca kat atas tu..kahwin..tapi bukan aku yg nak kahwin ye..hehe..
ni aku nak berkongsi tentang tanggungjawab seorang suami bila dah kawin..jadi renungkanlah bersama yer..


ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.


Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.



Sudakah anda jalankan tanggungjawab di atas dgn sebaik mungkin???tepuk dada tanya iman...

Selasa, 19 April 2011

Soley Soley!!!!!!

Assalamuallaikum wahai blogger blogger yg di kasihi dan di rahmati allah s.w.t.
wah dah macam nak khutbah pulak..hehehe..mesti korang tertanya-tanya kan pasal tajuk entry ni??sebenarnya xde kaitan pun..hehehe..
semalam aku ada buat entry pasal ciri ciri wanita yg lelaki suka..
hah kali ni den nak buat entry pasal ciri ciri lelaki idaman malaya..eh salah idaman wanita..ekau org pilih lah mana satu yg korang suka..




1.Lelaki tulen.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki




2.Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.




3.Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.




4.Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.




5.Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.




6.Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.




7.Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.




8.Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.




9.Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.




10.Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.




11.Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.




12.Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.




13.Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama.



14.Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.




15.Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.




16.Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya


adakah ciri ciri yg anda nak???hehehe..tepuk dada tanya selera...renung-renungkan dan selamat beramal...sori prof...curi tagline prof..hehehe
adakah ini lelaki idaman wanita????

Isnin, 18 April 2011

I'M Back.........:-)

Assalamualaikum blogger blogger yg di sayangi.....semoga hidup anda pada pagi ni ceria ceria...
di sini aku nak berkongsi sifat-sifat wanita yang disukai seorang lelaki...
adakah anda tergolong di dalam sifat sifat ini???adakah anda di kalangan nombor 1??atau pun nombor 2???terpulang pada anda untuk menilai diri sendiri..hehehehe...

 
 
 
1)Keanak-anakkan
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur
dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati tetapi sikap keanak-anakan yg bertempat
serta tidak di buat-buat. Misalnya, kemanjaan
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih
selesa dan menjadikan perhubungan itu lebih
berwarna.


2)Memahami
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa
dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini adalah
memberi dan menerima kekurangan masing-
masing dan ini dapat mengelakkan salah faham.
Oleh itu,terimalah teman anda seadanya.
.

3)Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan
dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.Sesekali
pujilah teman anda.

4)Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan
bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan
lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan
walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka
isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau
dah punya anak 3??

5)Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan
yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia
bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi
dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta
mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka
dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn
baik dan berfikiran terbuka.

6)Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan
diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak
kekok samada di bandar atau di kampung.

7)Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil
berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Tetapi,janganlah dibuat-buat,just be yourself.

8)Pandai/suka memasak
Ha!ini adalah bonus kepada mereka yang suka
memasak.Lelaki biasanya suka makan masakan
ibunya sendiri.Oleh itu apa kata sesekali anda
memasak untuk teman anda.Tapi,jika teman anda
jenis yang tak kisah,anda tak perlu bersusah
payah.

9)Penuh rahsia
Aha..lelaki juga sukakan
surprise.Sesekali,hadiahkan teman lelaki kamu
dengan barang yang dia idamkan.Yelah,asyik die
je beri hadiah.


SAYANGILAH DIRI SENDIRI SEBELUM MENYANYANGI ORANG LAIN...


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????

Jumaat, 15 April 2011

Salam Jumaat...

Salam jumaat,salam penuh keberkatan..

walau pun diri ini x brapa nak sihat tapi ingatan pada kawan2 blogger tetap segar..
sejak dua menjak ni kesihatan saya x brapa nak mengizin kan..mungkin akibat dah lama x p besenam..
jadi saya sarankan kepada semua bersenamlah,jagalah kesihatan anda...mulalah dari skrg sebelum terlambat..sesal kemudian tiada gunanya..

Saya berharap korang semua sihat lah hendaknya..andai kata allah menjemput aku sedekahkan lah al-fatihah utk aku k..andai umur ku masih panjang akan adalah muka aku yg x seberapa ni kat dlm komen2 entry korng...
apa pun pesan aku jagalah kesihatan korang demi org yg tersyg....


Salam ingatan,aku sayang korang,

Jay

Khamis, 14 April 2011

Muka sapo ni????



Salam semua..hehehe...

Tuai padi antara masak..
kalau x masak jngan di tuai..


apa lah yg aku merepek ni..hehehe..saja nak buat korang sonyum..aku ada satu gambar nak tunjuk kat korang ni...gambo budak kocik..korang raso sapo budak kocik ni???

muko sapo ni???


Comel loteh kan budak kocik ni..xtau lah anak sapo lah ni..ni gambar tahun 1989  kot kalau x salah..hehehe..
selamat mencoba untuk meneka ya...hehehe..:)

Rabu, 13 April 2011

Pagi buta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(Morning Blind) betul ker tu???

Salam semua....

Salam mukadimah pembuka bicara,
kepada semua kawan kawan hamba,

wah..awal pagi dah ayat skema..hahaha..biasalah mamai lagi ni..awal giler aku bangun tadi..kol 4.30..biasa bagun kol 5.30..awal sejam..dahlah sojuk jo pagi buta ni...nak mandi pun air sojuk gilo...Tapi mandi tau...
apa khabar korang hari ni..ada sihat???alhamdulillah kalau semuanya sihat..moga ceria di pagi hari..biar jiran sobolah tosonyum jo tgok muko ekau...sonyum ado makno tu..:)

apa yg aku melalut ni... domam x hilang lagi ni...still domam lagi...mungkin nak hapuskan dosa den yg lopeh kot??hehe...amiin...ni tongah koje pun sompek laie den tolih kat blog ni...dah bz gilo hari ni..xpo den slalu usha blog-blog korang...di mana ada blogger di sano den ado..hehehe..


Mu menang lagi,
senang-senang datang lagi.

muka  penat ni...

Selasa, 12 April 2011

Domam!!!!!!!!

Salam semua....semoga u all sihat di samping keluarga...aku x brapa sihat hari ni..dmam sikit...tapi nak juga tulis dalam blog ni...hehehe..demam pun kene keja juga..ni masih kat ofis yg aku cintai..
Bnyk keje gila..HQ dah minta esok close date....keje berlambak lagi...dlm keadaan yg x berapa nak sihat ni dptkah aku siapkan keja ni???korang rasa dapat x??

Jam 6.30 ni aku nak chau dari ofis ni..nak balik rumah..sampai je rumah nak solat,makan n makan ubat pastu nak tido..tido utk selamanya..eh salah tido sampai pagi esok..hehehe...
korang kalau sakit korang akan mengadu dgn sape?? Mak or Abah korang??

Aku xkan mengadu dgn Mak or Abah..aku xnak bagi dorg susah hati...biar aku ubatkan diri aku sendiri melainkan aku betul2 dah tenat..;-)
harap-harap esok aku dah ok....dapat juga siapkan keja yg berlambak macam kain kat pasar malam..

Den sakit  bukan apo...hari yo den buek kojo kek kampung den hah....tongah tongah paneh..sobab yo den sakit hari ni..domam jo...raso badan ni lomah jo...huhuhu...apo ubat domam ni hah???
ado tips x nak bori domam ni hilang....

Isnin, 11 April 2011

Hantu kak limah!!!!!!!!!!!

Salam semua....tadi aku sempat buka my facebook...dah lamer giler xbuka...jadi ada kawan aku sorang ni...dia tag aku kat photo yang dia buat mengenai watak-watak dalam filem hantu kak limah tu.....setiap watak dia akan compare dgn kawan-kawan dia termasuk aku....korang rasa rasa apa watak yg dia compare dgn aku..hahahaha...aku pun xtau apa persamaan aku dgn watak tu...cuba lah korang teka.. aku rasa mungkin dia salah compare kot...xsesuai pun aku dgn watak tu..langsung xde persamaan....
Samo ko rupo den dgn Pak jabit??????

Renungan bersama....

Salam utk semua....walaupun hari ni aku busy but tetap nak tulis kat blog ni..hehehe...
hari ni adalah hari yg malas bag orang yg pemalas..malas nak g keje,malas nak g sekolah hahahah...aku x macam tu k..
walau penat macam mana pun aku tetap juga keje..melainkan aku dah terbaring tenat..
semlm kami sekeluarga mendapat khabar berita yg menyedihkan...kawan abah aku meninggal  dunia...
What????meninggal????
abah aku pun x sangka kawan dia tu akan meninggal dunia...arwah sempat juga pegi keje pada hari jumaat lepas..huhuhu...aku pun xsangka pakcik tu meninggal sdangkan aku tgok dia nampak sihat-sihat je..
xsiapa yg sangka kan bahawa ajal dh sampai..jadi aku ingin berkongsi dgn semua...
jgnlah kita lupa bahawa ajal kita semakin hari semakin dekat..bila masa xkira tempat juga kita boleh mati...jgnlah kita lupa dan lalai tanggungjawab kita padanya...

kumpul lah pahala sebnyak yg mungkin selagi masih terdaya..andai fizikal dah x bleh buat apa-apa baru nak buat pahala mungkin dah terlambat...jadi sama-samalah kita semua mencari kredhaan allah di dunia ni...tapi tanggungjawab di dunia jgn pula di abaikan kerana sibuk mencari pahala..biarlah seimbang amalan dunia dan juga akhirat..

Sabtu, 9 April 2011

Kenapa kita susah nak terima hakikat?????

Salam semua....hai hidup hidup...apasal manusia susah sgt nak terima hakikat ek??
nanti orang tegur dikata pulak busybody..hai nilah permainan hidup...hidup hidup...susah sgt nak hidup...nak mati pun susah juga...kalau pahala x cukup jgn mimpi lah nak masuk syurga...
korang pernah x jumpa spesis manusia mcam ni???aku hari-hari jumpa....kat ofis...ish bengang betullah aku....dah lah xreti bahasa..cakap pun nak berulang-ulang kali baru nak faham...
spesis ape dorg ni??? ish bengang bengang bengong...sakit hati je.....

Jumaat, 8 April 2011

Kenangan Cinta Diriku....

Potret ini dilukis oleh seorang hamba allah yg aku kasihi


  Assalamualaikum my frenz.....hari ni aku terfikir nak cerita kisah suka duka percintaan ku yg sebanyak lapan kali dalam hidup ini...mungkin ini ketentuan yg allah dh berikan pada aku...iaitu keperitan,kesedihan dan kesakitan...(baca dgn nada sedih tau..)
Namun semua itu telah aku lalui dgn tabah dan tenang...semakin hari,semakin aku berazam utk mencari cinta yg sejati...cinta yg bukan kerana kemewahan,cinta bukan kerana paras rupa,cinta bukan kerana suka-suka..
aku percaya di luar sana mmg masih ada gadis atau  aweks yg mempunyai cinta yg suci dan ikhlas..cintakan seorang lelaki bukan kerana rupa,kekayaan atau saja suka-suka..tetapi mencintai diri lelaki itu kerana allah s.w.t...

Cinta aku yg pertama di kala aku berumur 13 tahun(cinta monyetlah katakan) ...aku menyukai seorang aweks..nama dia D. D adalah seorang pengawas di dalam sekolah ku...dia sungguh comel dan
kiut-miut...aku slalu  menatap wajahnya ketika perhimpunan sekolah...pernah aku menulis surat utknya dan memberi pada kawannya utk disampaikan pada D...D membalas surat itu dan alangkah gembiranya aku masa itu...kami pun berkawan rapat semenjak itu..tetapi akhirnya aku ditinggalkan kerana D berpindah ke Sarawak mengikut familynya..alangkah sedihnya aku pada masa tu...perasaan aku habis jatuh berkecai bagai kaca jatuh terhempas kat lantai(punyer jiwang ayat ni...)aku tetap kuatkan semangat aku utk teruskan pelajaran..

Bila aku memasuki umur 14 tahun,aku sekali lagi jatuh cinta pada seorang aweks... biarlah aku namakannya sebagai gadis E...gadis E ni memang seorang yg baik hati....walaupun dia tua setahun dari aku tetapi dia tetap menghormati aku....aku masih teringat apabila aku busy dgn projek sekolah ditambah keje portfolio yg berlambak,,dia sanggup menemani ku utk menyiapkan semua kerja ...bila mata aku dh pedih dia akan menolong mnyambung semua tugasan tugasan ku..betapa aku merasai bahagia di saat itu...namun kebahagiaan itu hanya sementara...akhirnya E juga meninggalkan aku kerana keluarganya berpindah ke semenanjung..aku sungguh frust masa tu kerana semua org yg aku syg mesti akan pergi meninggalkan aku..hari terakhir E bersama ku dia menitiskan airmata apabila bersalam dgn ku...itulah pertama kali dalam hidupku melihat seorang perempuan menitiskan airmatanya utk seorang lelaki...selepas itu aku berjanji pada diriku tidak akan bercinta..

Tapi takdir allah s.w.t hati ku terpaut pada sorg aweks yg bernama M....M ni mmg cantik mmg lawa mmg comel...tapi aku bukan menyukai dia kerana semua itu..aku mencintai dia kerana sifatnya yg manja dan sungguh carring...itu yg membuatkan aku terpikat padanya..bila usia perhubungan kami mencecah bulan kelima aku melihat perangainya yg sebenar..rupanya selama ini dia ada lelaki lain di belakang aku...kawan aku yg menyampaikan berita ini,mulanya aku xpercaya pada kawanku hinggakan aku sanggup menuduhnya cuba merosakkan hubungan aku dgn M..tetapi bila aku sendiri menyiasat dan mmg betul apa yg dikatakan oleh kawan ku itu...depan mata kepala aku sendiri aku melihat M bersama dgn seorng lelaki bukan main mesranya dorg berdua(rase menyampah je)...pabila aku menanyakan siapakah lelaki yg aku nampak bersama dgnnya,dia menjawab bahawa itu adalah sepupunya...tetapi xkan sepupu sampai berpeluk-pelukan???
mulalah dia menuduh aku cemburu buta hinggakan aku di tampar dan di ludah di depan kawan kawanku...ini kah balasan yang aku terima setelah aku berikan seluruh kasih sayang dan jiwa raga aku kepadanya???nasiblah aku ni bukan lelaki dayus yg nak balas balik tamparan wanita dia tu.mungkin allah s.w.t nak sedarkan aku utk fokus pada pelajaran...

Cinta aku yg selebihnya tu xde yg menarik sgt..biasa-biasa je....Hai cinta sejati..bila kah aku akan dpt menemui mu....hai cinta..dtglah kau kepada ku..sesungguhnya aku merindukan dirimu cinta....cinta yg kekal adalah cinta sorang hamba pada penciptanya....
(sedihnye cite kenangan aku ni wei....korang x sedih ke??? sedihlah wei..joinlah aku yg dalam kesedihan ni...)

Khamis, 7 April 2011

Penatnye.......

Salam semua..penatnye..keje xhenti-henti..macam peluru M-16 pulak..dah lah kat ofis tu macam2 perangai...
ada yg jadi cctv bergerak,ada yg jadi mata menawan,ada yg jadi mata-mata...
habis satu ofis kene round...badan ke depan tapi kepala n mata tinggal kat belakang..susah kan kalau dalam ofis ada spesis spesis macam ni..
bencinye.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sibuk hal orang,tapi keje sendiri xsiap...inilah penyakit orang kita...pantang nampak orang senang or rileks..ada je rase busuk hati tu datang menghasutkan..kenapalah kita susah nak ubah perangai tu..
xelok tau...ni ada lagi satu spesis....depan bos,pijak semut pun xmati...(cuba pijak semut tu,mati ke x?)
tapi belakang bos..nauzubillah perangai macam s***n...
kutuk bukan main lagi....(kadang-kadang aku pun buat juga..hehehe)
Ada juga jenis yg kaki mengampu bos ni..nak naik pangkat cepatlah katakan..tapixbest lah perangai macam ni..menyusahkan orang adalah..kalau dah rezki allah nak bagi,xyah bodek-bodek pun mesti akan dapat punyelah..ni x bodek bos pastu amek kesempatan report kat bos orang ni macam ni,orang tu macam tu..
ish aku x faham lah dgn perangai spesis macam ni..tempat korang ada macam tempat aku x???bnyk spesis spesis yang sukar utk difahami...kalau ada share lah dgn aku...or bagi nasihat kat aku macam mana cara nak tangani spesis spesis macam ni...

Apa Khabar dunia ku..

Asallamualaikum dunia...morning..hahaha..love my world...walaupun sana sini perang n bencana...
bila aku tutup mata semalam dunia aku nampak gelap jer...
mulalah muncul macam-macam stesyen..
ada channel mengerikan,channel baik punyerrrr,channel melancong & macam-macam lagilah...
nasib baik x berbayar..hahaha.
Bila buka mata pagi tadi aku nampak cahaya samar-samar..aku ingat aku masih mengigai lagi..
rupanya dah subuh..hehehe..
bangun dgn muka ceria walaupun little bit ngantuk..hehe..
entah kenapa hari ni aku rasa aku sayang dunia aku..t
api aku sedar walau camana pun aku sayang dunia ni akhirnya akan musnah juga bila kiamat datang..betul tak??
hari ni cuaca sangat baik dan tenang..hati gembira tidak terkira kerana dapat rehat yg secukupnya..hahaha..apa yg aku merepek hari ni...
ish....awal pagi dah merepek...saje je nak merapu2 dalam blog aku ni..hehehe..macam mana pulak dgn dunia korang semua hari ni???harap-harap ok ler..


Rabu, 6 April 2011

Adakah lagi lelaki jenis macam ni???

Assalammualaikum....Pernahkah korang jumpa lelaki yg sanggup merendahkan dirinya sendiri???
Sanggup membuang rasa ego diri semata-mata hanya kerana cinta...
Sanggup melepaskan orang yg dicintai kepada org lain semata ingin melihat dia bahagia???
Cuba korang tgok bait2 lirik lagu ini.....lagu ni hanya ada di Sabah dan tengah menjadi siulan orang-orang di sana..lagu ni ada dua versi.Versi dusun & versi melayu.


Memang aku ini,
anak orang miskin,
tiada apa-apa yang dapat kuberikan,
engkau memang cantik,
memang tidak padan dan tidak sepadan..

Aku anak kampung,
tiada pelajaran kuli-kuli sahaja,
memang tidak padan,
cantik bah kau itu,
banyak yang tergoda,
lagi orang kaya.

Tiada kereta ku,
bawa kau jalan-jalan,
rumah ku pun tiada ada pun bapa punya,
apa lagi belanja mau bayar berian,
kawin sama kamu.

Bukannya ku tidak,
suka sama kamu,
tapi aku takut hidup kau kan sengsara,
kerna aku cinta,
aku lepaskan kau sama orang lain.

engkau masih muda,
cantik lagi menawan,
janganlah kau cari,
lelaki macam saya,
engkau memang cantik,
nanti kau menyesal tiada guna.


Inilah lagu yg mengambarkan seorang lelaki yg sanggup membuang egonya demi orang yg dicintainya...
aku rasa kalau ada lelaki macam ini confirm banyak yg terpikat kan???hehehe...tapi lain orang lain citarasa..
rambut je sama hitam,tapi hati lain-lain..renung-renungkan..hehehe

Selasa, 5 April 2011

hujannnn!!!!!!!!!!!

hujan rahmat anugerah dari allah s.w.t kepada hamba-hambanya....
Hujan oh hujan kenapalah ko turun time aku nak g makan...nasib baiklah ada kawan yg nak g makan juga..masa baru nak gerak dari ofis hujan x turun lagi...lepas je dari kawasan ofis dah mula rintik2 hujan yg semakin lama semakin deras......bila sampai kat kawasan restoran, kami pun berlari-larilah menuju restoran....kami cuma tapau sahaja memandangkan cuaca semakin buruk..hujan pula semakin lebat...alhamdulillah kami sampai ke ofis dgn selamat....harap2 hujan yg turun adalah membawa rahmat kepada hamba-hambanya...hehehe..sungguh skemanya ayat yg aku buat ni..hahaha....

Ngantuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aslmkm.....ngantuknye awal2 pagi ni..bgn kol 4.30pg sampai ofis kol 5.30pg....nak siapkan keje yg bnyk macam bukit yg xpenah dpt diratakan...mana nak uruskan meeting n unit yg perlu di tambah baik lagi...bnyknye keje......ada x org yg situasinya  sama mcm saya?.....sabtu ahad pun keje juga......serabutnya kepala.....apa aku merepek awal pagi ni.......hehehe......sorilah kalau korang tgok aku merepek kat blog ni..heheheh...harap2 hari dapatlah settle semua keje n meeting......harap hari ni korang semua enjoy n sihat...semoga allah s.w.t memberkati kita semua hari ni..biarlah hari ni lebih baik dari hari semlm....