CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 22 April 2011

Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Part 2

Sham semakin risau..dah dua hari Hani x menghubunginya...
Sham juga mencuba menghubungi Hani..tapi takde jawapan..
Kemanakah Hani menghilang???

Di Kampung Delima,Mak Jah baru selesai memasak untuk makan malam.
Hani termenung di atas meja makan.Mak Jah hairan kenapa Hani asyik termenung.
"Hani.mak tengok kau sejak balik ni asyik termenung je?.ada masalah ke?.bagitahu mak kalau Hani ada masalah.mana tahu mak boleh tolong."
"Takde pape lah mak.cuma Hani tengah fikir macam mana nak siapkan
assignment yg pensyarah bagi ni.."
Dari raut wajah Hani,mak Jah tahu yg anaknya tu memang ada masalah.tapi disembunyikan dari dia.
"Dah lah tu.jangan nak fikir sangat.kita makan dulu ye.panggil adik,ajak makan sama"
"Dani!!Jom makan.mak masak sedap ni"
"Kejap kak.Dani nak kemas buku ni dulu"

Di Shah Alam,Sham masih risaukan pasal Hani..
kemanakah Hani menghilang semenjak peristiwa itu berlaku..
Sham masih tak puas hati pada orang yg memfitnah dirinya..
Sham teringat kembali detik peristiwa di mana dia di fitnah..

"Sham..tunggu."Laila berlari mengejar Sham yg baru habis kuliah.
Laila adalah kawan sekuliah Sham.
Laila memang telah lama menaruh hati kepada Sham.
Dia tahu yg Sham adalah kekasih Hani..
Laila nekad untuk memusnahkan hubungan Sham dengan Hani supaya dia ada peluang untuk mendapatkan Sham..
"Sham..tunggu"
"owh Laila.ada apahal ni Laila?"
"Sham aku nak mintak tolong sikitlah?"
"tolong apa Laila?"
"aku x boleh nak cakap kat sini,kite pegi tempat yg x ramai org.apa kata kite pegi dekat belakang dewan sana,kat sana sunyi.."
Sham pun ikut lah si Laila ni pergi belakang dewan tu.
Sebenarnya Laila dah plan nak buat benda yg boleh merosakkan hubungan Hani dan Sham.


Apakah yang terjadi pada Sham dan Laila??tunggu sambungan akan datang.

2 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

cinta yang tak kesampaian

Jay berkata...

@Anisa:mungkin ye,mungkin tidak..kite tunggu ending cerita ni ye..