CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 19 April 2011

Soley Soley!!!!!!

Assalamuallaikum wahai blogger blogger yg di kasihi dan di rahmati allah s.w.t.
wah dah macam nak khutbah pulak..hehehe..mesti korang tertanya-tanya kan pasal tajuk entry ni??sebenarnya xde kaitan pun..hehehe..
semalam aku ada buat entry pasal ciri ciri wanita yg lelaki suka..
hah kali ni den nak buat entry pasal ciri ciri lelaki idaman malaya..eh salah idaman wanita..ekau org pilih lah mana satu yg korang suka..




1.Lelaki tulen.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki




2.Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.




3.Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.




4.Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.




5.Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.




6.Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.




7.Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.




8.Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.




9.Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.




10.Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.




11.Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.




12.Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.




13.Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama.



14.Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.




15.Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.




16.Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya


adakah ciri ciri yg anda nak???hehehe..tepuk dada tanya selera...renung-renungkan dan selamat beramal...sori prof...curi tagline prof..hehehe
adakah ini lelaki idaman wanita????

8 ulasan:

HanisLazimAndTheShaklee berkata...

den nak semuo bule tak ? tamak tak ? hikhik

Jay berkata...

..boleh jo..kalau itu yg ekau nak..hehehe..x tamak lah..mmg semua tu ciri ciri lelaki idaman Kan??hehehe

Izyan Masri berkata...

NAK YANG MACAM SEMUA SEKALI TU BOLEH ? AGAK2 ADA TAK ? KIKI :D

Jay berkata...

@Izyan:boleh..ni kek dopan ekau ni dah ado dah..ngeh ngeh...cuma muko yo x samo cam saheizy tu hah..kih kih kih..

:: cikNuurul :: berkata...

salam ukhwah juga dr blog,.trime ksih bnyk2 sudi snggah n komen,.CN ni klu ade mse,kire untung la dpt jjak dn bls komen,.klu x,mnta maaf la sgt2,..tntutan keje bnyk,.huhu,.err,lelaki idaman bnyknye ye nk kne ade cri2 tu sume,.tp bile dh dpt,xsume cri2 tu ade pd seorg llaki,btol x?,.sbb xde wnita smpurna yg berada d smpingnye,sme jgk lelaki,.tp brsykur la dgn ape yg ade,.ssgghnye kite sling mlgkapi,.amin,smoga CN dpt lelaki yg sprti d ats,.hehe,..nice info,.nnti slalu2 la snggah ek,.

Jay berkata...

@CIKNUURUL:insyaallah Jay akan slalu terjah blog cik nuurul..betul apa yg cik nuurul katakan..
xsemua lelaki perfect n x semua wanita perfect...
tiada yg sempurna melainkan allah s.w.t...
Jay amin kan doa cik nuurul tu ye...thanks sudi singgah kat blog Jay yg x seberapa ni..

Tanpa Nama berkata...

saya wanita..heee :P

Jay berkata...

hehe.kalau cik ayin wanita mesti ciri-ciri lelaki idaman cik ayin ada kat atas kan?:-)