CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Khamis, 28 Julai 2011

Owhhh ayam penyet!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...selamat tengahari...ni waktu lunch kan...korang dah lunch ke belom??
Aku ni tadi minum teh tarik ais je...makanan aku tak sampai lagi..aku nak makan ayam penyet harini..yelah minggu depan dah mula puasa...jadi tak dapatlah aku nak makan untuk sebulan..

Ayam penyet dia dahlah beso...puas hati jugalah...yang paling meletop sambal dia...sapa dapat habiskan memang aku tabik spring lah...pedas gila seh....aku makan pun meletop bila nak tuttt...tak boleh cakap..korang tengah makan tak pasal-pasal muntah pulak..

Mula-mula kawan aku yang perkenalkan ni...mula aku order tu lupa nak pesan sambal tu asingkan dari ayam tu...sekali dia campur je..fuhh berpeluh satu badan aku makan ayam tu...hehehe..memang pedas sambal dia...dan yang memusykilkan aku,meja sebelah aku asyik minta tambah sambal...memang gila lah orang tu...sambal punya pedas rileks je dia makan..

Kat semenanjung aku rasa lebih pedas kot sambal dia..hehehe...yang aku suka ulam dengan tempe dia..memang kelas makan dengan sambal tu...hehehe..manalah ayam penyet ni...jangan2 dorang baru nak tangkap ayam tak??hahaha...takpe sabar...demi ayam penyet kene sabar...

Okaylah nanti aku update lagi ye..manatau kot2 aku nak masukkan gambar ayam penyet tu kat sini..hehehe...

SMILE ALWAYS!!!!!

Aduh!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...semoga anda sihat semua..
kenapalah tahun ni banyak sangat penyait yang aku dapat??Mesti allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku kan...sekrang mata ku sebelah kanan sakit...dah merah dah...mata aku dahlah jenis ala ala korea gitu...ahaks...

Gila aku ni weh..sakit sakit pun nak buat lawak lagi...mata aku sakit bukanlah di sebabkan tengok benda bukan-bukan...bukan juga di sebabkan kenyit-kenyit mata kat aweks...mata aku ni sensitif sikit...kalau kene habuk sikit pasti akan merah dan kemarin kesnya bulu mata masuk dalam mata...pedih perit dan sakit hinggakan mata menjadi merah menyala seperti lampu trafik light..

Nasib baik lah harini dah beransur pulih...ini pun masih merah..bilalah nak pulih...aku rindu mata ala ala korea aku ni..mesti yang tengah baca ni akan muntah hijau..takpun muntah pelangi..semua benda keluar..

Okalah nak sambung kerja dulu...nanti aku buat entry lagi ok...kepada yang dah baca tu sila sila lah join segmen aku...menang dapat duit owh...ahaks...nak join??klik kat sini

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 27 Julai 2011

Segmen Pengalaman Seramku

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...okay...harini aku nak bukak segmen lah...nak buka segmen pasal pengalaman seram yang korang pernah lalui...ni bukan saja untuk suka-suka...sapa cerita dia yang paling seram dan banyak orang suka akan dapat hadiah..tak kiralah pengalaman sebenar atau nak kelentong pun boleh..yang penting cerita tu menarik...

ok perkara pertama yang korang kene buat.

1.Buat entri tajuk:Pengalaman Seramku

2.Letak header aku yang kat atas tu dan korang linkkan ke entry korang tu.

3.Dah siap tinggalkan Url korang kat ruangan komen ye..

4.Andai penyertaan kurang dari sepuluh automatik segmen ni terbatal ok..

5.Hadiah bagi cerita yang paling menarik mendapat topup RM 20..pemenang akan diadili berdasarkan cerita yang paling seram.

6.Penyertaan terbuka kepada semua...tidak ada paksaan untuk memfollow blog aku ni..kalau korang nak follow alhamdulillah...hehehe

7.tarikh tutup penyertaan akan diberitahu dari masa ke semasa..

itu je..

SMILE ALWAYS!!!!

Selasa, 26 Julai 2011

Pengalaman Seram.........

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...nampaknya tak jadilah aku nak tutup blog aku ni...Aku nak teruskan usaha aku utuk berblogging ni...Okay entri ni kira seram sikitlah ye...yang tak tahan atau takut termimpi cepat-cepat korang tutup...takut nanti ada ynag histeria pulak..

Kejadian ni memang dah lama berlaku...sewaktu aku masih sekolah menengah...kami ada 4 orang adik beradik..masa tu yang tinggal di rumah hanya aku,abang ngah aku dan adik aku..aku dan abang ngah aku duk sebilik.adik aku masa tu masih tido dengan mak abah aku..

KAtil kat bilik kiteorang tu kat bawah double dan di atas single..kebiasaan aku dan abang long aku tido kat bawah dan abang ngah ku tido kat atas..Masa tu abang long aku tu kat KL..dia study kat Uitm Shah Alam...

Pada waktu maghrib tu aku solat kan...mengahadap kiblat..kat sebelah kanan aku ada cermin muka yang besar...dan kat belakang belah kanan aku tingkap..Tengah-tengah aku solat tu..aku ternampak ada benda putih lalu depan tempat aku sujud terus tembus ke tingkap..time tu juga bau wangi menusuk ke lobang hidung aku..apa perasaan korang bila benda ni terjadi kat korang???
adakah korang akan lari??hehehe

Ni pengalaman aku selepas kejadian tu..abang long aku still kat shah alam kan..aku tido sorang kat katil bawah yang double tu..kat atas abang ngah aku..Tengah aku sedap tido masa tu tak tahu dah kol berapa kan..kiteorang kalau tido memang tutup lampu..memang gelap sangat-sangat..masa aku pusing menghadap ke tempat tido abang long aku,aku nampak samar-samar ada benda putih seperti di kafan sedang baring di sebelah ku..

Aku pun ingat itu abang long aku..tapi baru aku teringat abang long aku kan kat shah alam..habis tu siapa yang tido kat sebelah aku..bila aku bukak mata benda tu masih ada  betul2 kat sebelah aku..lepas tu aku pusing menghadap dinding buat2 tak tahu...bila aku toleh semula benda putih tu dah hilang...aku tak penah cerita kejadian ni pada family aku...aku pun tak percaya mulanya...tapi benda putih tu memang berbau minyak wangi yang sangat wangi...tak pernah aku hidu bau minyak wangi yang sama dekat pasaran kita ni...

Perkara ni memang betul terjadi..mungkin allah nak bagi aku peluang untuk melihat benda tu...atau pun sekadar menumpang untuk berehat...jadi apa perasaan korang kalau ada benda putih seperti jenazah yang berbalut kain kafan sedang berbaring kat sebelah anda???apa tindakan korang???mesti menjerit ni..hehehe..apa pun perkara ghaib ni susah untuk kita melihatnya melainkan dengan izin allah ataupun kehendak allah..
ihsan pakcik google

SMILE ALWAYS!!!!!

Tak siapa yang tahu!!!!

Kemana arah tujuku selepas ini??
Tak siapa yang tahu..
Adakah aku masih disini pada esok,
bulan hadapan atau tahun hadapan???
Tak siapa yang tahu...

Adakah aku sedih,gembira atau kecewa??
tak siapa yang tahu..
Adakah aku telah jatuh cinta???
Tak siapa yang tahu..

Hanya allah yang tahu,
segala susah senangku,
kegembiraanku,kesedihanku,kekecewaanku,
Hanya allah yang tahu,
bila sampai ajalku...
Ya,hanya allah yang tahu segalanya..

Isnin, 25 Julai 2011

Siapa aku????

Aku ingin berkata,
Siapa aku??
Siapa aku dalam hidupmu???
Aku ibarat benda yang tiada harga padamu..
Aku hanya seperti tunggul yang mati bagimu..

Kau...
bagi ku kaulah teman ketawa dan gembira ku...
Di saat aku sedih,engkaulah orang pertama yang akan ku cari..
tapi persahabatan yang dibina hanya sandiwara.
Sandiwara yang meruntun kekecewaan..

Aku kecewa..
kecewa kerana persahabatan yang dibina,
musnah begitu sahaja.
Ya aku sedar siapa diriku..
Aku sedar...
Aku manusia biasa yang lemah segala-galanya..

Tidak aku mengerti
mengapa engkau musnahkan persahabatan
yang telah terjalin selama ini.
Atas nama persahabatan,aku lepaskan engkau pergi.
pergi untuk selamanya dalam hidupku...

Selamat tinggal Semua!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum....mesti korang tertanya dengan tajuk di atas kan???Okay tajuk tu memang ada kene mengena dengan blog ni...Aku nak tanyalah kat korangkan...patut ke aku tutup blog ini??

Bukan sebab ada yang kritik aku kau kau punya....adalah sebab yang aku taknak cerita...kalau korang sokong aku tutup aku tutup..kalau ada yang still support aku aku akan buka sentiasa blog ni... buat masa ni itu je aku nak cakap...nanti aku bagitahu keputusannya ...thanks kepada yang sentiasa support blog aku ni... harap korang teruskan usaha ye..

SMILE ALWAYS!!!!

Jumaat, 22 Julai 2011

Arghhhhh!!!!! Tidak!!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum....bersama kita dalam rancangan darah ku naik lagi....betul ke ni???
Darah aku naik lagi???owhhhhhh..apa puncanya semua ni???tidak????adakah aku tension???mungkin ya...adakah aku tak jaga pemakanan aku????mungkin ya.....

Tahap merbahaya darah ni....systolic 180 distolic 111 pulse 100....bahaya tak korang baca.....yang ni dah tahap berjaga-jaga dah ni....kenapa boleh naik sampai macam ni???tidakkkkk...mungkin disebabkan faktor tekanan...stress,tension bagai segala...mungkin itu penyebabnya...atau pun faktor makanan yang buatkan darah mencanak naik seperti bursa saham.....mungkin ya juga....kalau dah sampai tahap ni kena cepat2 jumpa doktor...dah kena makan ubat sepital ni....takut bila darah dah naik mengila strok pula yg datang...strok ni yg bahaya sangat...boleh buat orang dapat 2 jalan...samaada jalan terus(meninggal dunia) atau tak dapat jalan(lumpuh)...

Jadi korang jagalah pemakanan,jagalah kesihatan..rajinkan bersenam..kalau boleh joging lah..kalau takde masa,carilah masa..kalau tak boleh kena bolehkan juga...jangan dah kena darah tinggi baru nak insaf...dah terlambat dah,.....huhuhu

Okay...bacaaan darah di atas bukan aku yang punya okay...ofismate aku...bacaan aku
systolic 124 distolic 72 pulse 71....yang ni adalah normal....alhamdulillah....ni kesan bila aku mengawal pengambilan makanan....dulu berat aku pun dah kira obes dah....tapi sekrg alhamdulillah dah turun dan dah slim dah..hahahahaha...bukan slim macam bini popye ok...slim sederhana...sesuai dengan BMI aku..hehehe..


SMILE ALWAYS!!!!!

Perlukah?????

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...salam jumaat yang indah lagi mulia....Okay aku nak bawa korang berfikir bersama..terutama anon-anon yang dok ngutuk,mencaci dan mencerca orang tanpa memikirkan sensitiviti individu tersebut...

Aku ada terbaca entri seorang blogger pasal anon yang menghentam dia...memang ada betulnya apa yang anon cakap tu tapi ada juga yg dia cakap tanpa memikirkan tentang tu..korang nak baca???Klik sini   Dah sudah baca???Dah faham apa masalah anon tu??

Tak paham lagi???meh aku tolong fahamkan...pasal bawa anak ke masjid dan dedahkan pada al-quran...Aku nak tanya koranglah yang dah kawin dan mempunyai anak...Korang nak cerita tak korang bawak anak korang pegi masjid???korang nak hebohkan tak anak korang belajar baca al-quran???Perlukah buat macam tu???

Aku rasa semua tu tak perlu...itu adalah hak peribadi orang...dan tak perlu di ceritakan atau dihebohkan...biarlah hanya keluarga dan allah saja yang tahu...takkan nak solat atau mengaji al-quran pun nak bagitahu orang semua???itu dah bukan ikhlas namanya...itu riak namanya...

Ada sesetengah perkataan kita menyedarkan orang tetapi kalau dah sampai nak suruh orang cerita yang dia solat pandai mengaji al-quran itu bukan menyedarkan tapi dah mengajak prang ke arah riak...dah mengajak orang membuat dosa kan...

Fikirlah sebelum menegur atau mengajar orang...adakah diri kita ini telah sempurna???aku sendiri insan yang lemah..dan tidak akan pernah sempurna melainkan allah s.w.t.....adakah diri kita ini adalah yang terbaik untuk menjadi contoh???aku juga bukan insan yang patut dijadikan contoh hanya rasulullah s.a.w yang layak di jadikan contoh..

Sama-samalah kita renungkan....

SMILE ALWAYS!!!!!!

Khamis, 21 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...apa khabar korang semua...harap sihat lah hendaknya..skema tak ayat aku..hahaha...okay aku nak join segmen yang Abg Ben Ashaari buat ni...korang nak join???klik banner di atas tu..hehehe..

Ok..aku join segmen Ben ashaari ni sebab aku ikhlas nak cari kawan...aku tak paksa orang nak follow blog aku ni...lagipun aku ni baru juga dalam dunia blog ni...banyak lagi yang aku perlu pelajari..harap korang semua dapatlah membantu aku yang masih muda dan mentah lagi..hehehe..

Terpulang korang nak baca selalu ke tak sebab blog aku ni nak cakap best karang orang kate aku ni puji diri sendiri....nak kate tak best tak boleh juga...kalau tak best takkan orang nak follow dan masuk komen kat blog aku ni kan?? kan kan kan..

Semoga kita semua dapat menjalinkan persahabatan sesama blogger...semoga dapat dipereratkan lagi perhubungan kita semua....sudi-sudilah jenguk blog saya ye...

SMILE ALWAYS!!!!

Selasa, 19 Julai 2011

Menghina dan Mencerca????

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...Bersama lagi kita dalam rancangan..........takde pape rancangan pun..hahaha..just nak cakaplah pasal tajuk di atas..Mesti korang penah kena kan???lebih-lebih lagi serangan dari cik anon @anonymous...kan kan kan...

Aku baru-baru ni terlihat kat ruangan komen-komen blog kengkawan aku termasuk my BFF punya blog..bila melihat komen daripada cik anon ni ya rabbi...punyalah orang kate kalau jantung ni timing bom dah lame meletop...hehehe...aku terfikirlah kan kan kan..kenapa cik anon ni lebih banyak mengutuk orang dari memberi kebaikan???

Perkara pertama yang aku terfikir...Apa yang dorang dapat bila mengutuk atau mencerca orang....Apa faedah yang dorang dapat???bagi aku totally 0%...infinity...Takde faedah pun...ada satu faedah yang akan meningkat bila cik anon mengutuk atau mencerca orang...faedah ni memang akan meningkat setiap kali dia buat benda ni...faedah dosa di akhirat nanti..confirm berjaya weh....berjaya dapat kelas pertama ke neraka..hahaha...aku bukan tuhan kan nak tentukan org masuk neraka ke tak...tapi korang fikirlah apa yang korang dapat...

Perkara kedua yang aku terfikir...adakah dorang ni dapat kepuasan dengan cara ni???bagi aku ni bukan caranya..banyak benda lah korang boleh buat...pegi memancing ke...cari kumbang yang sesat kat rambut yang tak terjaga tu ke...dan yang aku cadang ni lebih afdal korang buat dari korang dok mengutuk orang...baik korang perbanyakkan solat dan baca al-quran..lebih baik...dapat pahala..lebih-lebih lagi bulan syaaban ni samapai lah ramadhan nanti...pahala berlipat kali ganda...bukan nak mengajar ke ape ke..tapi sekadar mengingat sebagai sesama manusia...

Dan perkara ketiga...Kenapa korang takut sangat nak bagi nama sebenar????nama punyalah bagus mak abah dah bagi tapi nak sorok-sorok pulak...aku tahu korang sorok sebab kalau korang kutuk orang,orang tak tahu siapa identiti korang kan???memang sesiapa pun tak tahu siapa korang kalau korang guna anon..tapi ingat!!!!!!!!!! Allah maha mengetahui siapa korang dan apa yang korang buat...

Keempat....aku dah penat nak cakap...kita sambung nanti ye.,...hehehehe..tunggu sambungan kedua nanti...kepada cik anon semua...aku hormati korang sebagai manusia..tetapi tindakan korang untuk mencaci or mencerca memang aku tak sokong...tapi kalau memberi nasihat yang baik untuk kebaikan bersama memang aku sokong.....aku doakan semoga korang mendapat rahmat darinya...

SMILE ALWAYS!!!!!!

Isnin, 18 Julai 2011

Berdosakah aku???

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...Salam hari isnin...salam keberkatan....bertemu kita dalam ruangan bual bicara bersama pengacara anda(pppppppekkkkkkk........)uuuuuuuuuu...sapa main lempar-lempar selipar ni????..aku tahulah aku ni tak femes cam sesape....uuuuuuu....

hahaha...abaikan individu diatas..kalau korang nak lempang dia sepulah ratus belas kali pun silakan....ok tajuk di atas gerun tak???hehehe...gerun tak gerun...tapi korang tak terfikir ke setiap apa yang kita buat satu dosa atau pahala???

Setiap kali kita bergurau dengan kawan-kawan adakah kita terfikir berdosakah aku???hehehe..mungkin bagi kita gurauan hanya gurauan,tapi tidak bagi kawan-kawan kita..mungkin ada yang terasakan....dah satu dosa untuk kita...

Ok berkenaan tempat kerja..bila bos tanya banyak lagi tak keje???korang jawab ape???mesti jawab ada sikit lagi bos...padahal keje belambak-lambak seperti joget lambak kat atas meja tu...Terfikirkah kita sama ada berdosakah aku???hahaha...sori kalau ada yang terasa dengan entri aku ni...

Aku pun sama cam korang juga kerja berlambak tapi tetap sempat nak buat entri or komen kat blog korang kan??hehehe..aku jangan diikut ye...aku masuk keje kol 7.30 pg tapi kol 5.30 pg dah kat opis...org balik kol 4.30 tapi aku balik kol 6.30..hehehehe...sebab tu aku boleh nak main-main jap dengan korang..tapi berdosakah aku????

Satu je yang aku nak cakap...nobody perfect....setiap manusia akan melakukan kesalahan dan dosa..takde manusia yang lepasa dari dosa...cuma diri kita yang perlu tahu untuk memperbanyakkan pahala dari dosa..jadi kalau dosa dah sebakul atau berbakul-bakul tu...cepat-cepatlah buat pahala bebanyak...takut esok lusa kita dah takde...nyesal pulak kan,.....

so kita enjoy!!!!opsss....salah...ni bukan tagline aku..hehehe...

So???

SMILE ALWAYS!!!!!

Jumaat, 15 Julai 2011

Blog apa ni?????

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..apa khabar korang semua???sihat???alhamdulillah...baguslah kalau semua sihat..Apa???oh pasal tajuk tu ke??hehehe..korang rasa aku nak buat apa???ce teka ce teka..hehehehe...

sebenarnya tajuk tu bagi gempak je..hehehe..aku nak share lirik lagu ni je....aku jumpa lagu ni masa aku tengah godek-godek lagu kat PC kawan..apa lagi terus aku curi...eh bukan..ambil tanpa izin..hahaha..  ok mari aku share dengan korang

INSAN BERNAMA KEKASIH-UNIC

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan
Insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar
Lukisan nur iamn
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Padamu oh tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yang kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya

Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih



Korang dengar lah lagu ni..banyak sangat maksudnya..memandangkan tekak aku tengah sakit jadi aku tak dapat nak rakam suara aku menyanyikan lagu ni..kalau tak korang dengar lah suara aku yang tak sedap ni nyanyi lagu ni kat blog aku..hahahaha

insyallah kalau tekak aku dah okay aku akan buat rakaman suara untuk lagu ni ye..hehehehe

SMILE ALWAYS!!!!

Khamis, 14 Julai 2011

Sihat!!!!!! Tapi Kecewa!!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum....alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih di beri peluang untuk kembali sihat..Thnaks untuk semua yang mendoakan aku sentiasa..korang memang sahabat yang terbaiklah...hehehe..

Cuma aku kecewa sikit semalam..betul-betul punya kecewa samapaikan aku tido tertonggeng...opssss..jangan fikir bukan2 ye....aku kecewa pasal takde siaran langsung kat tv Malaysia vs Arsenal...aku rasa ramai yang kecewa...kenapa takde siaran langsung sedangkan yang main tu adalah pasukan kebangsaan..macamana orang malaysia nak support??

Kalau sekadar nak penuhkan stadium takde gunanya..takkan orag sabah dan sarawak nak p satadium bukit jalil tu...semua orang mengharapkan siaran langsung kat TV...kata nak suruh sokong skuad kebangsaan tapi siaran langsung pun takde...memang hampeh...harap pihak yang terbabit buatlah siran langsung..biar orang malaysia dapat menonton skuad kebangsaan....

Harap Malaysia vs Liverpool buatlah siran langsung..tak semua orang dapat tengok kat stadium..tak semua orang dapat tengok live streaming...orang mengharap pada siaran langsung kat TV sahaja...aku semalam memang betul2 kecewa bila tengok takde siaran langsung pun..

Kepada pasukan harimau malaya,korang jangan putus asa..walaupun korang gagal tidak bermakna gagal selamanya...teruskan usaha..usaha tangga kejayaan...semoga impian melihat Malaysia layak ke piala dunia akan tercapai...

SMILE ALWAYS!!!!!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Kepala ku Meletup!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Assalamuallaikum...jawab korang...tak jawab dosa nanti...alhamdulillah bertemu kita dalam rancangan mengedik...jom lempang kepala aku beramai-ramai..wakakakaka..Alhamdulillah aku dah beransur sihat..terima kasih pada kawan-kawanku yg sudi mendoakan aku...akanku kenang doa korang sampai akhir hayat..cewahhhh..

Oaky aku nak cerita saat getir aku melawan penyakit ku semalam..Sampai kat rumah  aku terus mandi dan buat apa yang patut..lepas tu aku memang dah tak larat..terus je aku baring kat bilik berseorangan tanpa di temani sesiapa pun melainkan bantal kesayangan aku..Bila mak aku panggil soh aku makan ubat,aku pun bangunlah..korang tahu apa jadik???
manalah korang tahukan aku tak cerita lagi...kali ni ketuk kepala aku beramai-ramai..hahaha.

Bila aku nak bangun tu,punyalah berat nak angkat kepala aku..macam kepala aku ni besar sangat..panas badan aku pun dah naik berpa puluh belas ratus darjah celcius pun aku tak tahu dah..Aku bangun juga dan perjalanan ku dari bilik nak ke dapur rasa macam aku berjalan berpuluh-puluh batu di grand canyon..dengan panas yg membahang dan kepala yg berat nak mampus...terhoyong sana terhoyong sini..

Lepas je aku telan panadol 2 bijik terus aku gagahkan kaki melangkah ke tilam dan terus mencapai bantal kesayangan ku..Tarik je selimut dah mula badan ku berpeluh sakan..seperti orang yang mengembara di tengah padang pasir..Rasa macam aku dalam api je...habis tilam n bantal ku basah..Masa itulah aku merasakan kepala ku seperti bom jangka masa yg hanya tunggu nak meletup..

Lepas tu aku mmg dah tak sedar apa-apa lagi..seperti orang pengsan...aku sedar bila abah ku kejutkan dan tanya aku dah okay tak???alhamdulillah badan ku dah tak sepanas semlam.cuma badan masih terasa sengal2 lagi..insyallah doakan aku pulih dalam 2 hari ni..best tak cerita merapu aku??hahaha...okaylah nanti aku update lagi ok....bubye!!!!

SMILE ALWAYS!!!!!

Isnin, 11 Julai 2011

Terdengar Azan!!!!!

Bila aku terdengar suara azan itu berkumandang,
hatiku menjadi sayu,hatiku menjadi luluh.
Milik siapakah yang empunya suara??
Sungguh aku dibuai kekusyukan.

Betapa indahnya suara azan itu.
Azan itu membuatkan aku terpanggil untuk ke masjid,,
Azan itu juga telah membuatkan air mata ku berlinang..
Betapa banyaknya dosa ku terhadap allah..

Azan itu juga yang membuat aku terjaga..
Azan itu jugalah yang menjadi penganti jam loceng ku..
Azan itu jugalah yang menyeru aku untuk menunaikan kewajipan..
Hanya allah yang mengetahui segalanya..

Kegusaran?????

Kenapakah hati ku gusar??
Seolah ada sesuatu yang hilang.
Apakah benda yang hilang itu?
Aku pun tak pasti.

Mungkinkah perasaan ku sahaja,
atau emosi aku yang tidak stabil.
Adakah aku gila??
Tidak..aku tak gila..
aku masih waras memikirkan segalanya,
mengenai hidupku,mengenai negaraku,mengenai bangsaku.

Adakah bangsa aku telah melupakan kesetiaan kepada raja??
adakah bangsa aku telah mula melupakan kesetiaan kepada negara??
Adakah bangsa ku mula melupakan kesopanan??

Kenapa bangsaku harus mengikut jejak langkah di mesir??
Kenapa bangsaku harus menyusahkan bangsanya sendiri??
Di mana sifat kebangsaan yang selama ini kita raikan??

Adakah ini yang membuatkan aku gusar??
Ya,mungkin juga tidak...aku pun tak tahu..

Tak sihat!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Asallamuallaikum semua...semoga pagi Isnin ini anda sihat-sihatlah hendaknya.
Sebenarnya aku ni tak berapa nak sihat.tapi tetap  pegi keje juga.Sekarang aku mengalami demam+pening+selsema+batuk..banyak tak sakit aku??harap korang taklah kene macam aku ye..

Aku mula kena sakit ni kelmarin..mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas kot.huhu..Aku paling tak suka bila aku sakit.Sebabnya??sebab sakitlah..boleh terbaring pengsan tau..Lebih2 lagi pucat je muka..huhu.

Korang doakan aku semoga cepat sembuh ye...ada masa aku update lagi entry terbaru ye..:(

SMILE ALWAYS!!!!!

Jumaat, 8 Julai 2011

Kejayaan Sekolah aku!!!!!

Maktab Sabah harumkan negara dengan tiga emas pertandingan tarian dunia

7th July, 2011 KOTA KINABALU: Penyertaan sulung Maktab Sabah pada Pertandingan Tarian Dunia 2011 di Paris, Perancis minggu lepas, berjaya mengharumkan nama negara apabila menang tiga pingat emas dan satu anugerah.
Menggelarkan diri mereka ‘Tagaps Dance Theatre’, kumpulan lapan pelajar lelaki dan dua perempuan itu menang bagi kategori Junior Kebangsaan/Tarian Rakyat, dan kategori Duet/Trio Terbuka bagi segmen kontemporari terbaik dan keseluruhan terbaik.
Sementara itu, pereka tari pasukan Mohd Hairul Nazmi Talib dinamakan Koreografer Terbaik bagi rekaan tari paling berinovatif.
Diwakili pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun, mereka mengatasi 27 pasukan lain dari negara seperti England, Perancis, Jerman, Rusia, Nigeria, Kanada dan Australia.
“Ini kejayaan tidak diduga…kita berjaya buktikan bahawa Maktab Sabah Boleh, Sabah Boleh, Malaysia Boleh,” kata Pengetuanya Nuinda Alia kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kelmarin.
Katanya pertandingan itu adalah kejohanan berprestij yang saban tahun menjadi tumpuan penari dari seluruh dunia untuk mempersembahkan bakat dalam pelbagai jenis tarian seperti balet, moden dan kontemporari, jazz serta tradisional.
“Sudah pasti saya sangat gembira kerana bakat pelajar kita berjaya didedahkan dan mereka setanding dengan penari negara luar,” katanya.
Beliau berkata pasukannya berlatih selama enam bulan sebelum menyertai kejohanan yang berlangsung di taman tema Disneyland dari 28 Jun hingga 3 Julai itu.
Sementara itu, bagi Adhlie Sa’adillah dan Marius Manoel yang menang kategori Duet/Trio Terbuka berkata mereka masih kagum dengan kejayaan yang dicapai.
“Di Paris kami mempersembahkan tarian Bajau untuk kategori tarian rakyat dan saya fikir mereka kagum dengan kebudayaan kita,” kata Ahdlie.


Sumber dari :New Sabah Times


Tahniah buat penari-penari kebudayaan Maktab Sabah..korang memang the bestlah...Nasib aku dah retired..kalau tak confirm aku join kebudayaan dulu..Teringat zaman aku dulu..saat kami menjadi johan peringkat negeri..best....Tahniah..

SMILE ALWAYS!!!!!

Khamis, 7 Julai 2011

nak hadiah dari SyahRidzeah

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Assalamuallaikum...nak join contest ni???jom klik banner di atas...dah klik??bagus..

aku nak tag

*http://jairinly82.blogspot.com/
*http://lamanhatyku.blogspot.com/

Jom kita meriahkan majlis...eh salah....meriahkan contest ni...hehehe..

SMILE ALWAYS!!!!

Keindahan!!!!

Indahnya penglihatan,
bilaku  menatap wajah mu,
akan ku sematkan  di dalam sanubariku,
akan ku abadikan dalam memori hidupku.

Indahnya senyuman,
bagai hatiku terjatuh dari tingkat 20,
takkan ku lupa saat itu,
walau jasadku hancur berkecai.

Inginku sentuh dirimu,
kecomelan dan kegebuan dirimu membuat aku terigau-igau,
membuat diri ini ingin mncium mu dan merasakan kenikmatan tubuh mu,
Ya hari adalah penentunya..
penentu untuk melepaskan hajat ku.
Hajat yang ku nantikan bagai beribu tahun lamanya..

**JAY**

Rabu, 6 Julai 2011

Sakit!!!!!

Dikala aku merindukan mu,
Kau hilang tanpa khabar,
senyap.....sunyi......
begitulah aku rasakan.

Rasa yang sememangnya tidak aku sukai,
rindu yg terlalu berat untuk aku tanggung,
lebih sakit dari demam atau pening,
aku lebih rela sakit berpanjangan dari
menghadapi sakit rindu.

Bilalah sakit ini akan berakhir??
bila???aku dah tak sanggup menanggung..
Kuatkanlah semangat ku..
Tolanglah aku menghadapi semua ini...

tolonglah..tolonglah...

***JAY***

Selasa, 5 Julai 2011

Pokok!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Assalamuallaikum...hye...hawau korang today..hahahaha...giler aku wehhh..Aku sobona eh nak cerito kek ekau semuo...Kalau korang tengah dalam keadaan sedih or ape sajelah kan yg melibatkan emosi,korang akan pergi ke mana??bila sedih je tempat tu yg korang akan tuju...bukan tuju lagu ok....hehehe..

Kalau aku sedih mesti aku akan pegi tempat ni...tempat tu adalah atas pokok...hehehe..bukan nak jadi beruk ke,orang utan ke ataupun spesis yg sama waktu dengannya..Sebab kat kampung aku ni ada satu pokok yg tinggi dan ada pondok kat atas tu..but sekrang dah takde dah pokok tu..sedih juga..

kalau dulu...bila aku sedih or boring,aku akan lepak kat pondok atas pokok tu...pemandangan yg cantik dan angin yg sedap sangat..bila lepas makan tengahari..aku mesti akan ke pondok tu untuk tido...angin pun sedap je..takyah pasang aircond...pokok tu memang tinggi..kalau jatuh confirm patah mematah..

Pondok tu pernah terbakar 2 kali...pertama akibat main api kat dalam tu...yang kawan aku pun bengong...dah tahu pondok tu dari kayu,still nak pasang api kat dalam tu..dan kali kedua apabila pondok atas pokok tu di jadikan port untuk bermain meriam buluh...sekali minyak tumpah habis terbakar..sepupu aku takyah turun guna tangga...dia terjun je dari ketinggian tingkat 3 owh...nasib dia ni terrer bab landing melanding ni...hehehe

Tapi sekarang dah tinggal kenangan pondok tu..pokok tu pun dah takde..huhu..dah takde tempat nak lepak dan menghilangkan kesedihan...teringin lagi nak rasa seperti itu..huhuh..kalaulah aku dapat undurkan masa kan best...huhuhu

Lebih kurang macam nilah pondok tu..tapi tinggi lagi pokok dia...ihsan Google
SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 4 Julai 2011

Nikmatnya GCB!!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Assalamuallaikum...hehehe...sori lambat sangat update entry...ok aku nak cerita berkenaan GCB yg sungguh menyelerakan...sungguh gebu,dan sungguh sedap rasanya....nak tengok kenikmatannya???jom tgok gambar2 yg sempat aku ambil..hehe

Tengok kotak pun dah terliur..waaaaa..nak lagi!!!!!



Buka bagi tengok....ambil bau dulu..hahahaha


Menikmati suapan pertama....


Hasil gigitan yang rakus..hahaha...nyum nyum.....

 Hah macam mana???terliur tak???hehehehe...baik korang pegi beli sebelum stok habis...rugi owh sape tak rasa...hehehehe...aku rasa nak beli lagi lah...tunggu khamis or jumaat lagi...hehehehe..nanti aku update lagi ye..

SMILE ALWAYS!!!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!
Assalamuallaikum....wah nak join lah Abg Ben punya gegaran blog ni....hehehehe..bergegar rasanya blog aku ni..hahahaha...korang nak join???boleh...klik banner abg ben yang macho kat atas tu..hehehe

Ape cerita aku nak buat ek???emm.....takde idealah...hehehe.....teringat masa mula2 join segmen Abg Ben...Best sgt....dapat kawan yg ramai..hehehehe..bestnya..harap makin bertambahlah kawan aku lagi....hehehe...

SMILE ALWAYS!!!!!