CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Rabu, 16 November 2011

Dosa??

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..Entry hari ini mungkin agak membosankan..aku ingin memluahkan segala perasaan aku....Semoga allah merahmati semuanya..Dosa?
korang tahu apa maksud dosa?aku pasti semua tahu apa maksudnya kan?

Pernahkah korang terfikir sepanjang umur korang berapa bnyak dosa yang telah korang buat?Mungkin ada yang ingat dan mungkin ada yg tidak.Ya aku mengaku diriku terlalu bnyak bergelumang dosa.aku telah banyak menyakitkan hati orang.

Kehidupan aku mmg tidak tenteram.tapi aku berserah pada allah atas takdir dari dia.kesalahan pada manusia memang susah untuk di maafkan.tetapi sesungguhnya kemaafan adalah penting untuk diriku di saat ini.kemaafan dosa yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun aku hidup di atas muka bumi allah ini..

Aku ingin kembali ke pangkal jalan.tidak pernah hatiku sesebak saat ini..ikutkan hati aku ingin menangis sepuasnya..sejak dua menjak ini aku asyik teringat akan kematian.Selama ini aku sering ingat keseronokan duniawi..Tapi kini setiap saat aku teringat akan kematian..kematian yang aku sendiri tidak tahu bila masanya akan tiba.

Aku sedih mengingatkan keterlanjuran hidupku.Semoga allah memaafkan dosa-dosa aku yang telah lampau.Disni juga aku ingin memohon maaf kepada sesiap pun yang pernah aku sakiti atau terlanjur berbahasa..maafkan dosa aku.aku mendoakan semoga korang semua dirahmati dan dikasihi allah...diampunkan dosa-dosa korang...

Maafkan segala dosa-dosa ku sebelum aku pergi untuk selamanya dari dunia ini.Sesungguhnya allah sentiasa membuka pintu taubat nya untuk hambanya yang ikhlas untuk kembali ke jalannya..semoga kita semua di beri hidayah darinya...

6 ulasan:

najihah sahami berkata...

syukurlah kita sedar kesalahan kita..


jay, lama xnampak, sihat?

Jay berkata...

alhamdulillah sihat biasa je..bnyak sakit dari sihat..ni Jay rasa macam dah dekat nak hujung hidup pun ada juga..

:: cikNuurul :: berkata...

Alhamdulillah,..sentiasa ingat mati,.sekurang2nya kita tau kite ni berada kat peringkat mana,.tenang Jay, tenang,.muhasabah diri perlahan2,.Insyallah,oke,.

Jay berkata...

Thanks CN...semoga CN di rahmati allah s.w.t

EYQASARA berkata...

tnpa kte sedar tiap2 hari kta buat dosa.. bezanya kita nak ulangi atau pun tak.. tu je.. (^^)

Jay berkata...

eyqasara:yap betul tu..lebih baik jgn di ulangi..kerana adakalanya tiada peluang kedua lagi..:(