CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Khamis, 3 Mei 2012

Warkah buat adikku

Assallamuallaikum

 Kehadapan adik ku yang di kasihi.Tujuan warkah ini abang tulis adalah untuk menyatakan betapa abang terlalu merindukan adik.Kerinduan yang tidak pernah terpadam selagi nafas abang masih ada.

 Adik.Abang rindu kenangan-kenangan kita satu masa dahulu.Apabila adik menangis abanglah yang jadi tisunya.menyerap segala airmata dan hingus adik di bahu abang..hinggakan basah baju abang di penuhi airmata dan hingusmu wahai adikku.

 Adik.Disaat abang sedih,adiklah orang yang sentiasa ada di sisi abang.Sentiasa memberi abang kata-kata semangat agar abang tidak terlalu sedih.Sehinggakan adik sanggup mencari lagu2 yang dapt memberi kata semangat utk abang..

 Adik.Ingatlah bahawa abang merindui saat saat kita bersama.Tetapi kini semuanya telah berubah.Adik telah pergi meninggalkan abang seorang diri.Biarkan abang seorang diri.mengapa adik??apa kesalahan yang telah abang lakukan terhadap adik??

 Adik.Disaat ini abang terlalu rindukan adik.Ingin abang peluk erat tubuhmu,ingin abang kucup dahimu,tapi apakan daya.disaat abang terlantar sebegini,adik tidak berada disisi abang.Abang takkan beritahu pada adik yang abang terlantar sebegini.abang taknak adik risau ataupun menitiskan airmata kerana abang.

 Adik.Andai Ajal menjemput abang pergi,janganlah adik menitiskan airmata walau sedikit pun.Redhakanlah pemergian abang.Abang berharap adik takkan pernah lupakan abang walaupun abang bukanlah seorang abang yang baik buat adik.

 Adik.Apabila adik menerima warkah ini,mungkin abang telah tiada di dunia ini lagi.Adik jagalah diri adik baik-baik.Ingatlah segalan pesan abang.Semoga Allah swt memberkati diri adik..

Salam sayang
Abang..


3 ulasan:

Hirdayu Rahmat berkata...

jay kenapa ni > tak sihat ?

Einaangel Network berkata...

Abg jay dah knapa? Hadoyy.. Sadisnya.. Xmo la sedeyh2 aw... ish2..kan abg masih ada kawan2 yg support nii.. humm.. ke da xnak kawan ngan falling angel??

Jay berkata...

Maya:Jay sihat..ni cuma salah satu monolog je.:)

Mrs Eady: :(

Falling angel:hahaha..adeh..ni monolog je lah falling angel..takde kene mengene dengan diri abg pun..hehehe