CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Isnin, 29 Oktober 2012

Gagalkah Aku???

Assallamuallaikum..

Bagi aku cinta itu memang suci.Memang menyeronokkan.Sentiasa bersama orang yang disayangi dan dicintai.Hati aku sentiasa bersama dengannya.Tetapi ada masanya hatiku menjadi takut.Takut kehilangan dia dari hidupku.

Dia pernah bertanya pada diriku,andai dia pergi dulu sebelum ku apa yang akan aku lakukan.Telah aku katakan kepadanya kalau dah ajal,aku redha.Setiap hari aku akan pergi melawat pusaranya.Telah ku katakan padanya,aku ingin membahagiakan dia seumur hidup.

Namun kerana kenangan silam hatinya tiba-tiba tawar pada diriku.Dia tidak lagi semanja dahulu.Dia tidak lagi seceria dahulu.Dia tidak lagi melayan aku seperti dahulu.Kerana kenangan silam itu telah mengaburi hati dan perasaannya.

Dia sendiri keliru dengan apa yang dirasakannya.Sebenarnya dia sayang kan aku tetapi hati dan perasaannya telah dipengaruhi oleh kenangan lampaunya.Aku fikir mesti dia anggap aku ini sama seperti bekas kekasihnya yang dahulu.Namun hakikatnya aku lebih menyayangi dirinya dari diriku sendiri.Sanggup bersusah payah untuk kegembiraan dia walaupun diriku sedang menangis..

Dalam fikiranku,adakah aku gagal sekali lagi untuk membina istana cinta bersama orang yang aku sayang??Gagalkah aku untuk memberi sepenuh kasih sayang ku kepadanya??Gagalkah aku untuk merealisasikan impian kami bersama??Gagalkah aku untuk memberikan kehangatan cinta padanya??Aku sendiri tak tahu.Adakah dia jujur pada diriku bila dia menyebut"i love u" atau pun hanya sekadar lakonan untuk menyedapkan hatiku yang gundah gulana.

Hanya ku berserah kepada yang Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya..telah ku usahakan untuk menjaga hubungan ini.Aku sayang dia dan dia Sayangkan aku.Cuma dia keliru dengan perasaan dirinya sendiri.Dirasakannya seolah-olah aku ni jauh daripadanya.sedangkan hakikatnya,dia yang mencoba untuk berjauhan dariku.

Andai engkau membaca luahan hati ini,aku berharap ingatlah saat2 indah kita bersama,saat susah senang kita berdua.aku sentiasa berada disampingmu dikala engkau sedih,marah,letih.Tak pernah aku biarkan engkau menghadapi masalah seorang diri.Ingatlah bahawa cinta aku kepadamu bukan omongan kosong.Bukan mainan belaka.Telah ku katakan bahawa aku ingin mengambil dirimu untuk menjadi isteri aku yang sah.

Aku harap hatimu takkan pernah berubah.

Ikhlas dari diriku..

2 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

nice~

Jay berkata...

Mrs.Eady: thanks..luahan hati jay sendiri..