Assalamualaikum.
Hai semua.Alhamdulillah lama dah Jay nak mula menulis semula dekat blog yang USANG ni.
Tapi di sebabkan banyak perkara yang terjadi sepanjang 2014-2015 Jay tak dapat nak luang masa untuk Blog ni.
Hari ni kemunculan Jay semula setelah lama menghilangkan diri.Dan Alhamdulillah tarikh 1.2.2015 Dan 13.3.2015 tarikh yang tak dapat Jay lupakan sepanjang hayat Jay.Pada tarikh 1.2.2015 Jay telah mengikat Tali Pertunangan dengan seorang gadis.
Tarikh 13.3.2015 pula Jay telah selamat di IjabKabulkan dengan gadis tersebut.Berita Terkini Hiburan Sensasi pula Alhamdulillah Syukur Kepada Allah S.w.t isteri Jay sedang Hamil 2 Bulan.
Insya Allah Jangkaan Tarikh melahirkan pada 14.02.2016.
Tak Lama lagi Jay akan Menjadi Ayah..Dah ada anak sendiri.Tanggungjawab juga Bertambah.Mudah mudahan Allah S.W.T melindungi Isteri dan kandungannya.Syukur atas nikmat yg telah diberikan untuk Kami berdua.
Lepas ni Insya Allah Jay akan update blog ni dari masa ke semasa. :)
Khamis, 30 Julai 2015
COME BACK!!!!!
Jumaat, 23 Mei 2014
Bismillah 6
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezekinya.
- Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Dijauhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar dengan izin Allah.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Dengan memberi makan rumput dan air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
Selasa, 29 Oktober 2013
Pagi yang Sedap
Assalamualaikum.
Gempak tak tajuk tu?haha.Sebenarnya takde apa-apa pun.saja je..Selamat pagi untuk semua umat Nabi Muhammad S.A.W yg masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini.
Alhamdulillah masih lg kita ketemu ya.Waduh waduh.kok pagi pagi gue ngomong indon ya.Heehe
Apapun Moga hari ini lebih baim dari semalam.
;)
Isnin, 28 Oktober 2013
Awal pagi depan office
Assalamualaikum
morning,selamat pagi,sobhal khair..Awal pagi jay dah TERPACAK depan office ni.Apa Kes!! Memandangkan Jay takde transport hari ni,so Jay terpaksa ikut dengan abah jay.
Jam 4.00 pagi dah kena bangun.Mata masih rabak lagi ni.Tapi demi tugas,kenalah bangun jugakan.Abah Jay masuk keja jam 6 pagi tu yang kena awal kalau nak ikut abah.
Abah dah bising sebab dia lambat oleh Jay.Maklumlah besiap 30 minit mengalahkan anak dara.Kau hado???haha.Tapi abah walaupun garang tapi baik hati.Best dapat abah yang tak banyak merungut.
Alhamdulillah Jay sampai depan office jam 5.30 pagi walaupun belum buka lagi.Awal sangat kan.Ok lah.pintu Office pun dah buka,Jay nak masuk keja dulu ya.Semoga ceria-ceria di pagi Isnin.
Isnin, 21 Oktober 2013
Ya Allah aku ingin berubah
Ya Allah..
Aku ingin berubah,Kau berilah aku peluang untuk berubah.
kau berilah aku kekuatan iman untuk menghadapi hari2 ku
Kau berilah aku kesabaran untuk menghadapai masalah-masalah hidup ini ya allah
Ya Allah
kau lindungilah orang-orang yang aku sayang
kau berilah mereka cahaya hidayah mu,
Kau murahkan lah rezeki-rezeki meraka.
Ya Allah
Kau berkatilah hidup dia ya allah
Kau peliharalah dia ya allah.
kau ubahkanlah dia ya allah
Aku tetap sabar ke atas dirinya.
Ya Allah
Aku tersangat ingin berubah.tersangat ingin mendalami ilmu mu.
Im back!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum.
Wah lama dah Jay tak buka blog ni kan.Dah bersawang sangat.Ada juga yang berkata Jay dah sombong kat blog.
Sebenarnya tak sombong pun.Cuma Jay perlu selesaikan masalah-masalah peribadi di samping kesihatan ibu Jay yang tak mengizinkan.
Insyaallah Jay akan aktif semula untuk blogwalking,melawat semua blog-blog yang selalu Jay lawati termasuk sifu BroFramestone.hehe.
Oklah sampai sini dulu ye.nanti akan ada post lagi dari Jay.
SMILE ALWAYS!!
Selasa, 23 Julai 2013
Hati
Hati..huh..hati ini sakit,hati ini pedih,hati ini luka.
Kau??kau faham apa hati ku kala ini?
hati yang dambakan kasih sayangmu,hati yang ingin selalu bersamamu
dikala senang atau pun susah..
Tapi..
tapi kau hanya menyenangkan hati ini dikala aku senang,
namun di kala aku susah engkau langsung tidak memahami hati ini.
Ya hati ini memang kotor suatu masa dahulu,
namun sekrang hati ini akan bersih sedikit demi sedikit atas izinnya.
Namun kau tetap menganggap hati ini masih kotor sama seperti dulu.
Hakikat...
Hakikatnya kau tidak merasakan hati ini,
Bila engkau merasa hati ini,kau akan faham suka duka yang tersimpan di dalamnya,
Kenangan yang amat memeritkan.
Semoga kau akan faham suatu hari nanti.
Jika
Jika aku sudah tiada lagi,
hati ini akn aku serahkan buat adikmu.
Aku harap dia akan sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak2
normal yang lain.
Ku doakan moga kau akan sedar suatu hari nanti mengenai hati ini.