Assallamuallaikum
PASIR GUDANG: Belum reda dengan kesedihan kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, yang dibunuh dengan kejam, keluarga budak perempuan itu kini berada dalam keadaan ketakutan apabila rumah mereka di Flet Seri Delima, dekat sini, cuba dipecah masuk selain anggota keluarga berkenaan turut dikejar lelaki tidak dikenali.
Bapa saudara Dirang, Hakim Alan, 14, iaitu adik bongsu kepada Roselyn Alan, 25, sudah tiga kali dikejar lelaki tidak dikenali sejak minggu lalu sehingga memaksanya melarikan diri ke surau untuk berlindung.
Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini
Sumber=Berita Harian
Astaghfirullahalaziim..apalah nak jadi..orang masih dalam keadaan bersedih pun ada juga orang yang cuba nak pecah masuk rumah keluarga Allahyarhamah Nurul Nadirah Abdullah.langsung takde perikemanusiaan betullah..
Mengapalah manusia zaman sekrang tidak berperikemanusiaan??Andai semua mengikut teladan dan sunnah Rasulullah SAW dan hidup berlandaskan Al-quran,takkan terjadi benda2 seperti ini.
Kalau di lihat zaman sekarang ini terlalu banyak dugaan dan cabaran hidup.Lebih2 lagi berkenaan pengaruh sekeliling kita.
Andai nafsu merajai diri maka hancurlah penghidupan..tetapi andai Iman sentiasa mencahayai hidup,Insyaallah harmoni dan bahagia kehidupan dunia dan akhirat kelak.Semoga Allah swt merahmati hidup kita semua..
Hidup berlandaskan al-quran dan sunnah.
SMILE ALWAYS!!!