CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Isnin, 1 Oktober 2012

Tenangkah hati dan fikiran??

Assallamuallaikum

Apa khabar korang semua?moga sihat2 lah hendaknya.dah bersawang dah blog Jay ni kan.Yelah bz dengan keje,bz dengan kehidupan lagi.Macam2 yang telah terjadi.Namun Jay tetap redha dengan apa yang telah Jay lalui.

Betullah orang kata,dalam perhubungan pasti ada turun naiknya.Dalam percintaan pasti ada pergaduhan dan kegembiraan.itu adalah asam garam kehidupan.Namun ia tetap memberi kesan pada kehidupan seharian.Kesan yang terbesar adalah mood kita untuk hari itu.

Nak buat sesuatu pasti merasa tidak selesa.Ini disebabkan oleh perasaan dan fikiran yang kacau.Inilah yang berlaku di dalam kehidupan kita.Apabila berlakunya perselisihan faham antara dua insan yang saling menyayangi hati dan fikiran jadi tidak tenang.

Situasi ini sering terjadi di dalam masyarakat kita contohnya di dalam keluarga,pasangan kekasih dan juga di dalam individu itu sendiri.Cara untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi perlu ada persefahaman,saling bertolak ansur dan kalau boleh elakkan untuk betengkar.

Kalau pasangan anda merajuk,lekas-lekaslah pujuk.jangan dibiarkan berterusan macam tu.Buatlah sesuatu untuk mengembirakan hatinya semula.Bila hatinya dah sejuk,pasti pekara yg terjadi pun akan dilupakannya.

Wah Jay ni dah macam kaunselor pulak..hehe.sedangkan Jay sendiri mengalaminya pada masa Jay tengah menulis entri ini.Mudah-mudahan si dia dapat melupakan apa yg telah terjadi.Cuma hati Jay sendiri yang tak tenang sekarang ini.Terlalu memikirkan dirinya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

dah macam doktor cinta dah nampak gayanya. Yup, dalam percintaan ada pasang surutnya. Tak semestinya happy aje, sometimes ada juga sedih

Jay berkata...

hehehe..xdelah sampai jadi doktor cinta...hehe..mmg betul apa yg awak katakan Mieya Atiera