CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 29 Mei 2012

SABAH 2

Assallamuallaikum dan Salam Sejahtera

Entri sebelum ni berkaitan Sabah kan??now sambungan pulak.tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi melancong kat Sabah ni.Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan..:)

Daerah Papar terkenal dalam pembuatan gambus dan permainan gambus.Setiap tahun akan diadakan Pesta Gambus.Mesti korang tahu macamana bentuk dan rupa Gambus ni kan??Kalau ada yang tak tahu tengok gambar di bawah ni.

Inilah gambus..Kredit to google
Gambus ini biasanya dimainkan oleh suku kaum Melayu Brunei yg banyak terdapat di daerah Papar.Biasanya alat muzik ini dimainkan ketika pesta atau Majlis kenduri kahwin.Salah seorang pemain Gambus yang terkenal di Sabah ni ialah 'Fauziah Gambus'.

Di Daerah beaufort pulak,anda boleh melakukan aktiviti rafting iaitu Padas Rafting.Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III – IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.
Padas Rafting
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Di Sungai Klias anda dapat melihat kunang-kunang pada waktu malam.Terdapat juga Monyet Proboscis atau lebih dikenali orang tempatan Sabah sebagai "BAYAU"."BAYAU" ini telah dipilih sebagai moskot bagi SUKMA ke-9 pada tahun 2002.
inilah si "BAYAU"
Korang tengok-tengok aku apehal??
Di daerah Sipitang pulak terkenal dengan buah-buah tempatan.Buah yang paling bnyak di jual di daerah ini adalah buah Durian.Harganya tersangatlah murah RM5 sekilo.Ada juga yang telah di ikat dalam RM15-RM20 3-4 biji seikat.Apabila buah durian ini terlalu bnyak di jual Harganya boleh jatuh hingga ke  RM1-RM2 sekilo.Dan pernah dijual RM10 Seguni buah durian akibat terlalu banyak hasil pada tahun tersebut.Daerah ini juga mempunyai tempat pelancongan tepi laut yg dikenali sebagai ESPLANADE SIPITANG..
1 TOMPOK RM 15 murah kan?
inilah ESPLANADE SIPITANG
Di Sabah juga mempunyai nama tempat-tempat yang pelik-pelik.Contoh Menggatal,Maraba,Merapok,Gusi-gusi,Nyaris-nyaris bnyak lagilah..Dan ada satu gambar aku jumpa dekat google.Nama Jalan ni mmg pelik.Jalan ni terletak di Daerah Tenom.
Ini bukan edit ye..Memang wujud..
Pelik tak??hehe..Okaylah sampai sini dulu okay.Nanti Jay akan sambung lagi.Jay akan bawa korang round satu Sabah ni.hehe.So tunggu entri yang akan datang "SABAH 3"..
Kalau dah merancang nak bercuti tu,apalagi cepat-cepat bookoing tiket dan penginapan di Sabah.100% korang takkan rugi kalau bercuti ke Sabah.

Selasa, 22 Mei 2012

SABAH

Assallamuallaikum dan Selamat sejahtera.
Okaylah entri sebelum ni Jay dah cerita tentang Pesta Kaamatan kan.Sekrang Jay nak bawa korang semua round Sabah.Maksud Jay ajak korang tengok tempat-tempat menarik yang ada di Sabah ini.Kalau korang bercadang nak bercuti kat sini,Jay gerenti mesti seronok punya.hehe..


KKIA Terminal 1

Pertama sekali kalau korang nak pegi Sabah ni kenalah naik kapal terbang ye tak?Takkan nak berenang pulak.hehe.gambar kat atas ni adalah Kota Kinabalu Internatioan Airport T1..Kat Kota Kinabalu ni ada dua airport.Terminal 1 dan Terminal 2..Terminal 1 ni adalah untuk MAS dan terminal 2 adalah untuk Air Asia atau lebih terkenal sebagai LCCT seperti gambar di bawah ini.
KKIA Terminal 2 (LCCTKK)
Bila dah sampai kat Kota Kinabalu ni,Perkara pertama ialah kena cari tempat penginapanlah kan.Kat Kota Kinabalu ni bnyak hotel or lodging yang murah.Nak duduk hotel 5 bintang pun ada juga.Aktiviti yang korang boleh buat ialah pertama ialah Ke Muzium Negeri Sabah..Apa yang menarik kat sana?
Muzium Sabah

Rangka ikan paus
 Tarikan utama adalah Rangka ikan paus.Bila berada di dalam bangunan tersebut tidak boleh membawa kamera ye..itu adalah syarat untuk masuk ke dalam.Bayaran masuk cuma RM2 kalau tak salah.Di Aras 2 terdapat barangan seperti Tajau..Tajau ini digunakan untuk menanam mayat bagi orang zaman dahulu.Keranda pun ada di pamerkan di muzium ini.Semua artifak seperti tajau dan keranda adalah yg betul dan pernah digunakan untuk menyimpan mayat.

Terdapat juga rumah-rumah tradisi bagi suku suku kaum yang ada di Sabah ini.Seni bina setiap rumah tradisi dari suku kaum yang ada di Sabah ini memang berlainan.tak rugi kalau korang datang dan melawat ke Muzium ini.
Salah satu rumah tradisi yang ada di Muzium Sabah

Selepas dari muzium korang boleh pergi ke Lok Kawi Wild Life Park..Kat sini korang boleh tengok macam-macam jenis binatang.Gajah,harimau,monyet belanda dan macam-macam lagi.Ada masa yang ditetapkan untuk kakitangan membuat pertunjukkan bersama haiwan..
Lok Kawi Wild Life Park
Okaylah setakat sini dahulu Jay ceritakan tempat-tempat yang menarik di Sabah ni.Entri ni belum habis lagi tau..Ada bahagian 2 dan bahagian-bahagian yang seterusnya.So Jom melawat Sabah.:)

Khamis, 17 Mei 2012

Pesta Kaamatan 2

Assallamuallaikum.

Hye korang semua.Hari ni Jay nak ajak korang berpesta kaamatan.Hah??tak tahu apa tu
'Pesta Kaamatan'??Okay lah.Jay akan terangkan serba sedikit mengenai perayaan ini.

Pesta Kaamatan ini diraikan oleh suku kaum kadazan/dusun di sabah ni..Pesta ini dipanggil "Magavau" dalam bahasa Kadazan..Perayaan ni merupakan perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu semngat padi.Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi..

Perayaan ini akan diraikan setiap 30 & 31 Mei setiap tahun.


Pemenang Unduk Ngadau peringkat Negeri Sabah 2011

Unduk Ngadau ini dikira satu pertandingan yang besar juga..Unduk Ngadau ini adalah pertandingan ratu cantik..tiap-tiap daerah besar yang ada di sabah ini akan membuat pertandingan.Johan peringkat daerah akan bertanding untuk peringkat negeri dan sekaligus akan dinobatkan sebagai Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah.Daphne Iking adalah salah seorang pemenang Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah..
Pertandingan Sugandoi..
Sugandoi adalah satu pertandingan nyanyian..Pertandingan ini sama juga pemilihannya seperti Unduk Ngadau.setiap daerah akan memilih satu wakil untuk dihantar ke peringkat negeri.Salah seorang kawan saya ada mengikuti pertandingan ini.

Tarian Sumazau



Sumazau adalah tarian tradisi bagi suku kaum kadazan..Tarian ini juga akan di tarikan ketika sambutan Pesta Kaamatan atau mana-mana keramaian.Kebiasaannya Pelancong akan di minta menari bersama-sama untuk memeriahkan lagi.. 

Kepada ada yang belum pernah merasai suasana Pesta Kaamatan ini bolehlah datang ke Sabah.Banyak aktiviti yang menarik boleh di lakukan di negeri Sabah ini.Tak rugi  anda datang ke Sabah..

Rabu, 16 Mei 2012

Segmen : Saya Nak Blogger Card By Eyqa Hasnan

Assallamuallaikum

Hye you all'z..hari ni mak jemah..opss..tersasul jadi mak jemah pulak..hehe...okay kali ni Jay nk join segmen yang di buat oleh blogger Eyqa Hasnan .So moh kite join reramai..hehe..


Okay..dah tengok??Jay nak tag seorang..sape ek..hah.. ni nama dia...

Hunny Nordin


Okay kalau join kene isi yg ni kan..

nama samaran dalam blog : Jay
tarikh start berblogging :30 Mac 2011
asal negeri mana :Sabah Bah!!
warna untuk tulisan :Biru
link blog :http://jai-diari.blogspot.com

Isnin, 14 Mei 2012

"Aku hanya cintakan kau seorang"

Assallamuallaikum..

Khaifa halukum??Sape perasan sejak dua menjak ni Jay selalu cakap arab dalam status Fb Jay..hehe.Belajar bahasa Al-quran sebenarnya.hehe.Okay hari ni Jay nak bawa tajuk di atas..


Hah!!!jatuh cinta??bila jatuh cinta apa ayat yang akan keluar dari mulut seorang lelaki buat teman wanitanya."aku hanya cintakan kau seorang"kalau ikhlas takpe.kalau tak ikhlas??hah!!!itu menjadi masalah...Betulkah hanya dia seorang yang engkau cintai??

Sejujurnya bagi Jay ucapan sebegini tidak sesuai digunakan..sebabnya??Jay akan huraikan sebab-sebabnya..Cinta Jay terbahagi kepada empat..Banyak kan cinta Jay??hehe..bila Jay mengatakan sebegini ramai bertanya kenapa ada 4??adakah disebabkan Jay masih mempunyai 4 kuota lagi?oh..tidak..bukan kerana itu..:)

Biar Jay jelaskan satu persatu..Cinta yang pertama..Cinta kepada Allah swt yakni pencipta sekalian manusia dan alam semesta.Dia lah yang berhak menerima Cinta yang pertama daripada hamba yang diciptakan dengan kekuasaannya.
  

Cinta yang kedua hanya Rasulullah S.A.W yang layak menerima dari umat yang dikasihinya.Betapa baginda mengasihi dan menyayangi kita sebgai umatnya..Di masa malaikat maut datang untuk mecabut roh baginda baginda berkata
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Subhanallah menitis airmata aku membaca betapa kasihnya Baginda kepada umatnya..
Cinta ke tiga adalah cinta kepada Ibu Bapa yang menjaga kita dari dalam kandungan sehinggalah sekarang.Sebab tu bila orang bertanya bila Jay nak kawin,Jay akan cakap Jay nak capaikan dulu impian Ibu dan Bapa Jay..Insyaallah kalau jodoh dtg dulu Jay terima tapi tanggungjawap tu takkan Jay persiakan..
Dan yang terakhir barulah cinta sesama Makhluk..andai cinta yang disemai kerana mencari keredhaan dari cinta yg 3 itu,insyaallah berkekalan hingga ke akhir hayat.Sebab itu kita tak patut ucap "aku hanya cintakan kau seorang"maknanya hanya cinta sesama makhluk je..yang 3 tu tak cinta lah kot?hehe..Bercinta di dalam mencari keredhaannya insyaallah semuanya akan selamat dunia akhirat..


Asykuruka..

SMILE ALWAYS!!!

Khamis, 10 Mei 2012

Review Blogger 2


Assallamuallaikum

Hye korang..aww..berjumpa lagi dalam rancangan joyah aww aww...hari ni joyah nak tukar watak sikit lah..nak ajak korang pegi jenjalan kat blog seseorang..hakhak..malunye joyah rase..aww..Okaylah Joyah nak ajak korang tengok blogger ni. Kat bawah ni..hehehe



aww chak..hah nilah blogger tu..:)

 Aww..cun tak??hehehe..model sambilan ni..korang nak terjah blog dia meh
klik---->The StOrY BouT HunnY NoRdiN.. tu nama blog dia..Apa kata kiter ramai2 terjah blog dia ni..aww..Joyah hari2 terjah blog dia ni..aww pecah rahsia joyah.

So korang terjah n follow dia tau..hehehe..Now nk jadi lelaki sejati dah..taknak aww..lagi..nanti ada yang muntah hijau bayangkan Jay jadi aww aww kan kan Falling Angel..hahaha..Kalau lagi best korang followlah Jay sekali..hehe

Now nak p meroyan sat kat FB dan twitter..sampai bejumpa lagi dalam rancangan Joyah aww aww.hahaha..

p/s:jangan tiru aksi di atas ye.takut tak pasal-pasal kene cop jantan terhangat di Lorong Hj.Taib..hahaha.

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 9 Mei 2012

Review Blogger

Assallamuallaikum..

Aww chak...Hari ni Joyah nak ajar korang cara-cara nak touchup eye shadow dan lipstik..aww..*amboi mak jemah.anak mak jemah dah jadi aww aww ke?*Haha..takde takde..salah masuk siaran ni.Okay dah lame rasanyer Jay x review mana2 blogger kan..So hari ni Jay nak buat review sikit.

Okay hari ni Jay nak review blog orang ni....yang kat bawah ni..alah bawah ni lah,..

Opss!!!
Sori salah gambo..hahaha..ni gambo kat bawah ni hah..ni yang betul punye:P
Amacam??hehe..Not avalaible dah ni ok..Ni lah tuan empunya blog FALLING ANGEL <----Klik je nama tu.Blog dia ni tersangat okay dan best.banyak info yang menarik dalam blog dia.Kalau nak tahu petua2 yang berkaitan sila layari blog beliau okay.

Blog Falling Angel ni baru di wujudkan di dalam sistem blogger.com pada bulan April 2012..tapi page view dia dah cecah 2099 kali tau..fullamak macam blogger .com tu aku punyer je..hahaha..Semua aku tahu..Aku memang stalk blog dia ni.bukan stalker ape..suka baca entri-entri dia yang bermanfaat untuk kita..

Header dia Jay xdapat nak copy sebab xde.tapi ada tulisan sebegini
"Blog ini hanya untuk kawan-kawan yang menyayangi eina..memberi informasi dan berkongsi tentang kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Eina seorang student kejuruteraan mekanikal..sangat minat menulis.. Seorang yang lembut hati..yang mempunyai nick name "Falling Angel".. Inginkan kehidupan seperti bidadari yang sentiasa bahagia.. Seorang yang romantik..suka gelak dan senang mengeluarkan air mata.. hihi..Follow lah Facebook dan twitter saya...eina_gurlz93@yahoo.com"

Hah dah baca??So kalau nak add dia tu kat atas dah terang-terang bagitahu facebook dengan twitter diakan.Lagi bagus korang follow blog dia ni.tak rugi waa cakap lu..So sekali lagi Jay ajak korang jom kite terjah blog beliau----->FALLING ANGEL Jom ramai2 follow..:)

P/s:Sori Eina tak minta izin ambil gambar kat atas..nak ambil header blog takde..hehehe.

Selasa, 8 Mei 2012

Arghhhh aku buntu!!!!!!


Assallamuallaikum

Hye you all..hari ni Jay nak ajar cara-cara memasak ketupat pulut.aaww..*uik biler masa aku jadi nyah ni??*..Eh salah masuk la.Sekarang Jay betul-betul tengah buntu ni.Sana sini Jay cari tapi tak jumpa-jumpa.Sedih..

Penat Jay email sana sini,tanya itu ini tapi jawapan tetap mengecewakan.Bila lah dapat bejumpa ni.Di manalah ko berada ye.susah bebeno nak cari.Ada sesiapa boleh tolong tak??Dah puas mencari ni..sana sini tak juga bejumpa.*awat aku ulang balik apa yg aku cakap?*

Jay sebenarnya nak sambung study..tapi semua course yang ditawarkan tidak berkaitan dengan bidang tugas Jay sekrang ni.Jay nak ambil PJJ untuk course ekonomi di Sabah ni.UMS (Universiti Malaysia Sabah)ada menawarkan course ini tapi dengan kelayakan minimum STPM..Jay cuma ada Sijil Psikologi Malaysia..ops salah SPM.hehe

USM ada menawarkan course ini tapi dia dah bukak pengambilan pada januari lepas.Jay terlepas tengok iklan dia.tak tahu bile ada pengambilan kali ke2 untuk PJJ tu lagi...

HELP ME!!!!!!

Jumaat, 4 Mei 2012

Entri pendek

Assallamuallaikum


Kepada semua yang hantar komen mengenai segmen bloglist yg Ben Ashaari buat.Jay akan reply secepat mgkin ya.now on9 guna Android je.Esok Jay reply semua komen ye..


Thanks pada yg sudi bertukar bloglist dgn Jay.


SMILE ALWAYS!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?

Assallamuallaikum..

Okay hari ni nak join segmen dari Ben Ashaari.Korang nak join juga??meh rapat..rapat lagi..lagi rapat..hehe..nak bagitahu cara nak join je..Klik gambar macho Ben Ashaari kat atas tu..Dah klik??bagus..Dah join???lagi baguss.

Kenapa korang perlu pilih Blog aku??Sebab aku suka nak promote hasil kerja orang.tak kira bagus atau tidak cara penulisan korang.Semua terpulang pada individu.Satu matlamat aku,aku taknak naik sorang-sorang.biar kita semua sama-sama naik....so kesimpulannya adakah aku akan berjaya seperti Ben Ashaari??tunggu...:P

OO dan minta tolong ye vote sini http://bit.ly/JiGSp6 Untuk vote Ben Ashaari..Harap dia menang tahun ni..:)

SMILE ALWAYS!!!

Khamis, 3 Mei 2012

Warkah buat adikku

Assallamuallaikum

 Kehadapan adik ku yang di kasihi.Tujuan warkah ini abang tulis adalah untuk menyatakan betapa abang terlalu merindukan adik.Kerinduan yang tidak pernah terpadam selagi nafas abang masih ada.

 Adik.Abang rindu kenangan-kenangan kita satu masa dahulu.Apabila adik menangis abanglah yang jadi tisunya.menyerap segala airmata dan hingus adik di bahu abang..hinggakan basah baju abang di penuhi airmata dan hingusmu wahai adikku.

 Adik.Disaat abang sedih,adiklah orang yang sentiasa ada di sisi abang.Sentiasa memberi abang kata-kata semangat agar abang tidak terlalu sedih.Sehinggakan adik sanggup mencari lagu2 yang dapt memberi kata semangat utk abang..

 Adik.Ingatlah bahawa abang merindui saat saat kita bersama.Tetapi kini semuanya telah berubah.Adik telah pergi meninggalkan abang seorang diri.Biarkan abang seorang diri.mengapa adik??apa kesalahan yang telah abang lakukan terhadap adik??

 Adik.Disaat ini abang terlalu rindukan adik.Ingin abang peluk erat tubuhmu,ingin abang kucup dahimu,tapi apakan daya.disaat abang terlantar sebegini,adik tidak berada disisi abang.Abang takkan beritahu pada adik yang abang terlantar sebegini.abang taknak adik risau ataupun menitiskan airmata kerana abang.

 Adik.Andai Ajal menjemput abang pergi,janganlah adik menitiskan airmata walau sedikit pun.Redhakanlah pemergian abang.Abang berharap adik takkan pernah lupakan abang walaupun abang bukanlah seorang abang yang baik buat adik.

 Adik.Apabila adik menerima warkah ini,mungkin abang telah tiada di dunia ini lagi.Adik jagalah diri adik baik-baik.Ingatlah segalan pesan abang.Semoga Allah swt memberkati diri adik..

Salam sayang
Abang..


Rabu, 2 Mei 2012

Gua Samseng??????

Assallamuallaikum

 Fuh..lama dah rupanye Jay tak hupdate blog ni kan.*lamelah sangat padahal xsampai seminggu*Dah bersawang dah nampaknya..jap jap nak bersihkan sawang dengan habuk.pftt treetttt..prakkk prottt.eh asal bunyi kentot pulak??ohh itu bukan bunyi daripada Jay ok.


tgok muka yg innocent sangat2.
Abaikan muka nak nangis kat atas tu yer..haha.Muka budak terbiar memang macamtu..okay tak nak main2 dah.Now orang semua sebok cerita pasal BERSIH 3.0....Juga filem yang tengah hot BERANI PUNYA BUDAK.Banyak yang dah tengok cerita tu.tapi aku tetap tak pegi lagi.:)

Berani punya budak dibintangi Afdlin Shauki,Nabil,Johan,Awie dan ramai lagi.rasa jeles pulak orang lain dah tengok cerita tu..Ada yang sudi temankan Jay tak?Tiket Jay sponsor termasuk pop corn,coke,kentang goreng,ayam goreng dan macam macam lagi.Pakej 10 in 1..hahaha

aku pun dulu kira "Berani Punya Budak" sebab masa aku darjah 4 aku gaduh dgn budak darjah 6.haha.darah muda masa tu.aku gaduh dengan budak tu gara-gara dia cekau duit kawan aku.
aku ape lagi dengan muka selamber rock je jumpa budak tu dan terus aku tampar jer.

Nak dijadikan cerita budak tu and the geng kejar aku dari tingkat 3 ke tingkat 1 bangunan sekolah tu.Sampai jer kat kelas aku dok lari pusing sana sini sampai aku terkepung.Last last aku lompat atas meja sekolah dan lari ke meja aku dan aku terus duduk buat2 tak tahu..

Kebetulan masa tu aku dah nampak cikgu yang nak masuk kelas aku.So budak tahun 6 tu tak sempat nak lari dah kene tengkap oleh cikgu tu..Dia ngadu aku cari pasal tp yg seronoknya semua kawan aku backup aku.Depa kata budak tu yang mula dulu.So budak tu kene denda berdiri kat koridor dari mula cikgu tu mengajar sampailah cikgu tu habis mengajar.

Jadi kesimpulan dari cerita aku tu,jangan lah tunjuk hero kalau tak berani dan adakah aku Seperti Afdlin Shauki di dalam BERANI PUNYA BUDAK??haha..
Nak lawan gua ke??Jom..ganas tak muka aku.hahaha

SMILE ALWAYS..