CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Rabu, 21 November 2012

Jodoh..2

 Argh..Kali ini aku tak akan mengalah.Ini masa depan aku.Aku yang akan hidup bersama dia.Aku nekad yang aku tetap akan mengahwininya walaupun tidak direstui oleh ibu bapaku.Pada malam itu aku melakukan solat hajat dan solat sunat isthikarah untuk meminta petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T.

"Ya Allah,engkau berikanlah petunjuk kepadaku.Tunjukkanlah aku andai jalan yang aku pilih ini benar atau pun sebaliknya.Adakah dia yang telah engKau ciptakan daripada tulang rusukku.Berikanlah petunjuk agar aku meyakini keputusan yang akan aku buat.Hanya engKau yang mengetahui segalanya."
Ketenangan muncul di dalam hatiku.Aku yakin bahawa keputusan aku adalah benar untuk mengahwininya.Bermula dari sekarang aku akan berusaha untuk memilikinya.Berusaha sedaya upaya aku untuk menikahinya.Semoga allah memberkati perancangan hidupku.

"Awak.Keluarga saya menentang rancangan kita untuk berkahwin."
"Yeke awak?sekarang apa perancangan awak?"
"Awak,saya sayangkan awak.Saya dah memohon petunjuk daripada Allah S.W.T dan saya dapat rasakan awak adalah pilihan saya yang tepat."
"Tapi awak,saya tak nak awak bergaduh atau bermasam muka dengan keluarga awak hanya kerana saya."
"Awak.Saya percaya,andai niat kita ikhlas Insyaallah Allah S.W.T pasti akan permudahkan.Ini adalah ujian Allah S.W.T bagi hubungan kita.Awak bersabar dan berikan sedikit ruang untuk keluarga saya mengenali awak."
"Saya risaulah.Takut keluarga awak tak dapat menerima saya.Tapi saya tak nak berpisah dengan awak.Saya sayang awak dan ingin hidup bersama awak hingga ke akhir hayat saya."
"Insyaallah,mereka akan menerima awak.Percayalah Allah S.W.T tengah menguji perhubungan kita berdua."
"Awak,andai awak bukan jodoh saya di dunia ini,saya berdoa kepada Allah S.W.T memohon agar awak adalah jodoh saya di akhirat kelak."

Dengan linangan airmata aku mendengar kata-katanya.Betapa sucinya hatimu.Betapa luhurnya hatimu mencintaiku.Aku bersyukur kepadaMU ya Allah.Kerana engKau temukan aku dengan insan yang paling luhur hatinya.

Bersambung...

Jumaat, 9 November 2012

Jodoh..

"Awak."
"Ya Saya"
"Awak bahagia tak di samping saya??Saya risau kalau-kalau saya tak dapat nak bahagiakan awak."
"Awak...Awak dengar apa yang saya nak katakan ni.Demi Allah awak dah membahagiakan saya.Saya tersangat bahagia bila bersama awak."
Dengan senyuman aku katakan padanya.Aku tahu kegelisahan yang terbuku di dalam hatinya.Dia risau andai jodoh aku dan dia tidak tertulis di dalam Loh Mahfuz.Aku juga gelisah bila memikirkan andai dia bukan jodohku.Sedangkan hati kami berdua saling menyayangi.

Saat ini aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah,engKaulah penentu segalanya.Andai dia adalah jodohku,permudahkanlah segalanya.Andai kami berdua tidak ditakdirkanMu untuk bersama,aku redha menerima ketentuanMu."dengan linangan airmata aku berdoa,semoga dialah jodoh yang tertulis di dalam loh mahfuz.

"Ma,abah..aku nak bincang sesuatu ni?"
"Apa yang nak kau bincangkan?cakaplah.."
"Begini ma,abah.Aku rasa aku dah bersedia nak kahwin.Lagipun aku dah ada calon pilihan hati aku."
"Orang mana?"
"Bukan orang sini ma abh,orang semenanjung.Asal Kelantan."
"Hah??Jauhnya??tidak ada yang dekat-dekat ke??"
"Ma abah,kami dah lama kenal.Aku sayangkan dia.Dia tetap ada di hati aku.Telah aku lakukan solat sunat isthikarah dan petunjuk yang aku dapat memang dia yg terbaik untuk aku."
"Kau pun nak jadi macam abang long kau?Kawin dengan orang sana,lepas tu dah tak ingat nak balik sini."
"Ma abah,aku bukan macam tu.bila kami dah berkahwin nanti,dia akan tinggal bersama aku di sini dengan persetujuan dia sendiri.Bukankah seorang isteri mesti berada di samping suaminya.Dia tahu mengenai agama."
"Mula-mula iyalah cakap macamtu.Lama-lama dia tarik kau tinggal kat sana."
Betapa kecewanya aku apabila mama dan abah menentang keputusan aku.Ini bukanlah kali pertama terjadi.Dahulu aku pernah ingin berkahwin dengan orang tempatan juga.Namun mereka menghalang dengan memberikan berbagai alasan.Aku korbankan perasaan aku demi mereka.Tapi takkan kali ini juga aku harus korbankan perasaan aku?

Bersambung....

Rabu, 7 November 2012

Selamat Pengantin Baru BroFramestone!!!

Assallamuallaikum


Korang kenal gambar saper kat atas ni??Mestilah korang kenal kan??hehe
Sape tak kenal blogger otai ni.Salah seorang yg aku jadikan idola.Akhirnya BroFramestone akan mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati Iera Kan.

Alhamdulillah..dah nak kawin dah bro aku ni..Aku bila lagi??Wallahuallam..serahkan pada yang Maha  Esa utk menentukannya.Okay biar Jay ceritakan sikit mengenai perkahwinan bro ni..
BroFramestone ni orang Perak dan pasangannya Iera Kan Orang Johor.

Pertemuan dorang berdua ni Jay tak tahu macamana,tapi yang Jay tahu dah ketentuan Allah untuk mempertemukan hati mereka berdua.Walaupun Jay mendapat jemputan dari BroFramestone untuk majlis perkahwinannnya,Tapi sayang sekali Jay tak dapat nak menghadirkan diri.

Jay cuma dapat Mendoakan semoga mereka berdua berbahgia hingga ke akhir hayat.Bro dah kawin dah tak boleh nk nakal2 sgt.hehe.Dah ade dah orang yang akan jaga makan minum bro..:)
Apa Pun tahniah buat Bro dan juga Iera.

Kepada yang pergi tu jgn lupa share gambar2 ye.Tema Pihak lelaki Warna Merah..So pakailah ape yang bewarna Merah kalau nk ikut rombongan Bro ambush Ke rumah Pengantin perempuan.hehe.

SELAMAT PENGANTIN BARU"BROFRAMESTONE & IERA KAN"

Isnin, 5 November 2012

Hatiku

Assallamuallaikum..

Hatiku betul2 hilang..kegembiraan dan kebahgiaan diri yang selama ini aku dapat,hilang dengan sekelip mata.Hati ini bukan lagi hati yang dulu.Hati ini terlalu pedih dan sakit.Salah kah untuk aku bahagia??Salahkah untuk aku gembira??

Berilah aku kebahgiaan untuk hidup bersama dengan orang yang aku sayang.Kenapa harus merebut kebahgiaan itu dari aku??Engkau mengatakan ingin melihat aku bahgia,tapi dirimu sendiri yang membuan kebahgiaan itu..

Salahkah aku untuk menikahinya??jangan jadikan jarak sebagai alasan.Sedangkan jodoh itu tidak mengira umur atau jarak.Tapi engkau seolah-olah menidakkan takdir.Engkau kata jodoh itu kita yang tentukan.Kalau fahaman agama seperti inilah yang membuatkan orang takkan kawin sampai bila2.

Aku tak mengerti mengapa engkau tidak merestui aku dan dia??Sampai bila aku harus duduk di bawahmu.Adakah engaku nk simpan aku selamanya???adakah engaku nak aku tak kawin sampai ke tua??Mengapa orang lain nk kawin semua dipermudahkan.Tetapi aku??terlalu bnyak alasan yang diberikan.

Dalam islam kawin itu mudah cuma fikiran org kita yang membuatkan ia menjadi susah dan rumit.Apa salahnya engkau berbincang dengan familynya melalui telefon pun takpe.asalkan dapat persetujuan.namun engaku ego.ego pada perasaan yang takut aku juga akan melupakan engkau.

Segala permintaan engkau telah aku laksanakan.Telah aku korbankan semuanya hanya utk engaku.Termasuk mengorbankan perasaan aku satu masa dahulu.Memutuskn perhubungan dengan seseorang kerana engkau.

Namun sekarang berulang kembali.engkau lebih sanggup melihat aku dan dia kecewa,sanggup melihat kebahgiaan kami berdua hancur.itu yang engkau lebih suka kan??engkau lebih suka aku tumpukan segalanya utk kebahgiaan dan kesenangan engkau..

Tapi engkau harus ingat.aku juga memerlukan kebahgiaan.dengan apa yang telah engkau lakukan pada diriku,engkau takkan dapat dirku lagi.Aku bukan aku yang dulu.aku takkan seceria dulu.Separuh dari jiwaku telah hilang akibat perbuatan engkau..

Aku bukan lagi aku..
:(

Jumaat, 2 November 2012

Terluka

Assallamuallaikum

Terlalu terluka dah hati ini.Terluka kerana niat yang ikhlas di pertikaikan.Salah kah aku ingin membahagiakan orang?Salahkah aku untuk merasai susah senang,pahit manis kehidupan berumahtangga?Salahkah aku untuk merasai bagaimana tanggungjawab yang harus dipikul bila berkahwin kelak?

Kerana mereka aku terpaksa memutuskan perhubungan dengan orang yang aku betul2 sayang.Kali pertama aku terpaksa memutuskan perhubungan aku disebabkan mereka.Walaupun hatiku tersangat hancur ketika itu.Telah aku katakan yang aku telah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.Namun kerana nak jaga perasaan mereka aku putuskn hubungan itu walaupun hati aku berkata tidak.

Aku di maki,di marah di caci dan dituduh mempermainkan perasaan.Sedangkan aku juga tidak ingin sebegitu.Pernahkah mereka fikir bahawa aku ini juga mempunyai perasaan.Perasaan untuk bahagia bersama orang yang mencintai dan menerima aku apa adanya.Tapi bila ada org yng sanggup menerima aku seadanya,mereka pula memberi berbagai alasan.

Sampai bila aku harus begini??hidup di bawah mereka??aku juga memerlukan kehidupan aku sendiri.Takkan selamanya aku bersendirian begini?Ya Allah..engkau bantulah hambamu ini..bantulah hambamu ini mempermudahkan segala urusan.

Bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima keputusanku..Kau tabahkanlah hati ini..hanya padamu aku bergantung..hanya padamu aku memohon..

Surat Buatmu

Assallamuallaikum

Sayang,
Pertama kali aku melihatmu,hatiku tertawan.Bagi aku,kau teramat cantik.cantik bukan pada pandangan mata,tapi cantik pada hatiku.Pertama kali aku melihatmu,aku berniat untuk menjadikan kau isteri aku yang sah.

Sayang,
Apakan daya diriku untuk mempertikaikan segala keputusanmu.Aku tersangat kasih dan sayangkan dirimu.Segala pengorbanan telah aku lakukan untukmu.Namun kuasa Allah menentukan segalanya.Kasih dan sayang serta cinta yang kita bina luput begitu saja.

Ya,
Kau akan merasa ketenangan diri setelah selesai semua perkara.Tetapi aku???Kegembiraan yang selama ini sentiasa berada dalam hidupku setiap hari akan pergi.Pergi bersama kenangan kita berdua.Aku rindukan gelak tawamu,senyumanmu,tangisanmu.aku rindu semua itu.Kerinduan yang tiada ubatnya.

Sayang,
Disaat engkau membaca surat ini,ketahuilah bahawa kau takkan pernah luput dari dalam ingatanku.Engkau dah sebati di dalam hatiku.Ketahuilah bahawa aku tidak lagi seceria dulu,tidak lagi segembira dahulu.Ketahuilah betapa hancur dan kecewanya hatiku.Betapa sedih hatiku.Aku menangis di dalam hati.

Sayang,
Segala salah dan silapmu telah aku maafkan.Telah ku halalkan segalanya buat dirimu.Berbahagialah engkau.Walaupun perasaan ini terlalu hancur.Aku bukanlah aku lagi.aku bukan lagi seorang yang suka berjenaka.aku lebih banyak mendiamkan diri.


Ya Allah,
Andai ini ketentuanmu terhadap diriku,aku redha.Ya allah..engkau lindungilah dia.Engkau bahagiakanlah dia.,engkau berkatilah hidupnya.Semoga dia sentiasa di dalam jagaanMu Ya Allah.

Sayang,
Pergimu dari hidupku membuat aku kehilangan segalanya.Kegembiraan,kebahgiaan,gelak tawaku.cinta dan kasih sayangku.Semua itu tidak akan pernah wujud lagi di dalam hati ini.

Salam ikhlas,
Kekasihmu..




Khamis, 1 November 2012

Adakah dia Jodohku??

Assallamuallaikum..

Bermain di fikiranku adakah dia jodohku?Adakah dia akan menjadi milikku??Andai dia lah jodoh yang telah tertulis di dalam lauhul mahfuz,sungguh aku bersujud syukur kepada Allah swt.Betapa gembiranya hatiku andai dia menjadi milikku.

Tetapi Adakah dia bukan milikku??Bersedihlah hati ini andai dia bukan menjadi milikku setelah perasaan cinta dan kasih sayang ku berikan semuanya hanya untuk dia.Kesedihan dan hati yang terluka sama seperti sejarah silam hidupku.

Aku telah membayangkan kebahgiaan antara aku dan dia.Aku terima dia seadanya,kekurangan dan kelebihannya.Mungkin dia takut bahawa aku juga akan mengecewakan dirinya.

"Ya Allah"
'kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.Engkau bukakanlah pintu hatinya buat diriku.Penuhilah hatinya dengan perasaan cinta buatku.Aku telah pun berniat untuk menikahinya.Mengambil dia sebagai isteri aku yang sah.Ya Allah..engkau Permudahkanlah segalanya..'

'Hanya padamu tempat aku meminta..dan hanya padamu tempat aku meluah.Semoga engkau mendengar segala luahan hati hambamu yang ikhlas ini.Hanya satu pintaku kepadamu,perkuatkanlah jodoh kami.semoga dia akan menjadi milikku."

Amiin