CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 30 Oktober 2012

Punca..niat..Kawin...

Assallamuallaikum

Baru aku sedar rupanya selama ini aku mengalami perubahan.Aku seolah bukan diriku sendiri.
Kekasih hatiku telah menyedarkan aku bahawa diri ini semakin berubah.Tidak seperti aku yang dia kenal masa dahulu..

Ya aku sedar diri ini terlalu takut kejadian silam akan berlaku semula.Selepas ini aku lebih tekad dan pasrah.Aku ingin berterus terang dengan keluargaku bahawa aku berniat untuk mengahwini kekasih hatiku.

Semoga keluargaku dapat menerima dan merestui niat suci ini.Semoga dipermudahkan laluan jodoh antara aku dan dia.Aku ikhlas ingin mengambil dirinya sebagai isteri aku yang sah.Doa dan berkat dari keluarga ku ku harapkan.

Aku ingin hidup bersama dengan si dia.Aku tak nak melihat kesedihan tertimpa lagi di dalam hatinya.Aku ingin membahagiakan dirinya dan diriku.Ku harap doakanlah semoga niat ku ini dipermudahkan Allah swt..

Doakanlah untuk aku dan dia.Semoga hubungan kami kekal bersama hingga ke akhir hayat..
Amiin

Isnin, 29 Oktober 2012

Kekuatan!!!!

Assallamuallaikum

Aku ingin mencari kekuatan diri.Kekuatan hati untuk mengharungi segala rintangan ini.Adakala aku hampir kalah,namun aku tetap kuatkan hati dan perasaan ini.Perasaan yang sentiasa diganggu dengan bermacam-macam masalah.

Hatiku dirundung pilu.Pilu kerana insan2 yang tidak pernah mahu berterus terang padaku.Insan yang terlalu bnyak merahsiakan segala hal dari padaku.Aku cuma mahu kejujuran..kejujuran tanpa berselindung..

Mengapa harus berselindung??semakin engkau berselindung,semakin parah hatiku bila mengetahui sesuatu kebenaran itu.Walau bukan dari mulut mu sendiri..Kenapa kau harus menipu aku sekaligus menipu diri mu??

Di mana kejujuran dirimu terhadap diriku??Dimana kata2 yang engkau ucapkan buat diriku??
Aku kadangkala keliru sama ada dirimu betul menyintaiku atau ada orang lain selain diriku??
Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini..

aku harus bersabar dengan ujian ini..Aku harus kuat untuk laluinya.Ya andai saja dia ingin pergi meninggalkan diriku,tidak mengapa..Kerana dia telah melepaskan seseorang yang amat mencintai dirinya dan belum tentu dia akan bertemu dengan orang yang sebetul-betul ikhlas mengasihinya..

Kekasih tersepit...

Di mana ketenangan yang ku cari???

Assallamuallaikum

Di mana ketenangan yang aku impikan selama ini??pada mulanya aku memiliki ketenangan bila bersama mu..tetapi setelah aku mengetahui bahawa ada lelaki lain yang cuba untuk memilikimu,aku mula rasa tidak tenang.Adakah akan berulang kejadian silam dalam hidupku bila kekasih hati beralih arah tanpa sebab yang boleh diterima akal?

Sejak dua menjak ini dirimu sering muncul di dalam mimpi-mimpiku..datang memberikan kebahgiaan buat diriku.Alangkah indahnya kalau mimpi itu betul2 kenyataan?Tetapi orang selalu kata mimpi itu hanya mainan tidur.Tetapi aku rasakan mimpi itu seoalah realiti??

Aku sentiasa memikirkan mengenai perhubungan antara aku dan kau.Adakah ia akan berakhir seperti yang kita inginkan?aku tahu engkau terlalu letih untuk bercinta lagi.Sama juga seperti aku yang dah letih untuk mencari cinta yg sejati.Bagi aku kau adalah yang terbaik buat diriku.

Aku terima segala kekurangan dan kelebihanmu.Bagiku kau teramat cantik bukan pada pandangan mataku,tetapi di dalam hatiku.Kau sentiasa tersemat di dalam hatiku yang telah engkau tawan sejak dari mula kita kenal.

Aku inginkan ketenangan bersama mu wahai sayangku.Engkaulah penghibur diriku disaat aku bersedih.Engkaulah teman sepergaduhan aku.Engkaulah teman menangis ku.Aku tak sanggup untuk kehilanganmu di saat ini.Aku berpegang pada janji kita yang kita tetap akan bersama walau apa juga rintangan yang mendatang.

Di saat aku menulis entri ini,mataku belum terpejam walau sesaat pun hanya kerana memikirkan tentang dirimu dan perhubungan kita.Aku taknak apa yg terjadi semlm berulang.Dan aku taknak cinta yang kita bina selama ini menjadi tawar.

Ya aku jauh di sini dan engkau jauh di sana.Telah aku katakan padamu aku akan menikahimu apabila aku datang menemui mu kelak..Aku dah tak sanggup untuk berpisah lagi..Terasa rindu itu tersangat menyeksakan..

Aku berharap engkau setia menantikan diriku dan cintamu padaku takkan pernah pudar atau padam.Hanya dengan memiliki dirimu dapat membuatkan hatiku berasa tenang..Percayalah sayang Aku akan tetap memegang pada janji2 yang telah aku lafazkan kepadamu..

Ikhlas dari hatiku buat insan yang tersayang..

Gagalkah Aku???

Assallamuallaikum..

Bagi aku cinta itu memang suci.Memang menyeronokkan.Sentiasa bersama orang yang disayangi dan dicintai.Hati aku sentiasa bersama dengannya.Tetapi ada masanya hatiku menjadi takut.Takut kehilangan dia dari hidupku.

Dia pernah bertanya pada diriku,andai dia pergi dulu sebelum ku apa yang akan aku lakukan.Telah aku katakan kepadanya kalau dah ajal,aku redha.Setiap hari aku akan pergi melawat pusaranya.Telah ku katakan padanya,aku ingin membahagiakan dia seumur hidup.

Namun kerana kenangan silam hatinya tiba-tiba tawar pada diriku.Dia tidak lagi semanja dahulu.Dia tidak lagi seceria dahulu.Dia tidak lagi melayan aku seperti dahulu.Kerana kenangan silam itu telah mengaburi hati dan perasaannya.

Dia sendiri keliru dengan apa yang dirasakannya.Sebenarnya dia sayang kan aku tetapi hati dan perasaannya telah dipengaruhi oleh kenangan lampaunya.Aku fikir mesti dia anggap aku ini sama seperti bekas kekasihnya yang dahulu.Namun hakikatnya aku lebih menyayangi dirinya dari diriku sendiri.Sanggup bersusah payah untuk kegembiraan dia walaupun diriku sedang menangis..

Dalam fikiranku,adakah aku gagal sekali lagi untuk membina istana cinta bersama orang yang aku sayang??Gagalkah aku untuk memberi sepenuh kasih sayang ku kepadanya??Gagalkah aku untuk merealisasikan impian kami bersama??Gagalkah aku untuk memberikan kehangatan cinta padanya??Aku sendiri tak tahu.Adakah dia jujur pada diriku bila dia menyebut"i love u" atau pun hanya sekadar lakonan untuk menyedapkan hatiku yang gundah gulana.

Hanya ku berserah kepada yang Maha Berkuasa untuk menentukan segalanya..telah ku usahakan untuk menjaga hubungan ini.Aku sayang dia dan dia Sayangkan aku.Cuma dia keliru dengan perasaan dirinya sendiri.Dirasakannya seolah-olah aku ni jauh daripadanya.sedangkan hakikatnya,dia yang mencoba untuk berjauhan dariku.

Andai engkau membaca luahan hati ini,aku berharap ingatlah saat2 indah kita bersama,saat susah senang kita berdua.aku sentiasa berada disampingmu dikala engkau sedih,marah,letih.Tak pernah aku biarkan engkau menghadapi masalah seorang diri.Ingatlah bahawa cinta aku kepadamu bukan omongan kosong.Bukan mainan belaka.Telah ku katakan bahawa aku ingin mengambil dirimu untuk menjadi isteri aku yang sah.

Aku harap hatimu takkan pernah berubah.

Ikhlas dari diriku..

Selasa, 2 Oktober 2012

Perhubungan,kesetiaan atau kecurangan???

Assallamuallaikum

Okay hari ni Jay nak story kat korang pulak macam tajuk di atas tu lah.Setiap perhubungan pasti akan ada dua benda ini sama ada kesetiaan atau kecurangan.Jay akan bercerita mengenai kesetiaan atau kecurangan.

Dalam perhubungan haruslah ada kesetiaan.Kesetiaan bermaksud sanggup bersama dalam apa juga keadaan atau situasi.Tidak kira susah atau senang.Kesetiaan ini amat penting,penting untuk membina satu perhubungan yang harmoni dan bahagia.Kebanyakan hari ini membincangkan soal kesetiaan pasangan masing-masing.

Masih ramai yang meragui kesetiaan pasangan mereka.Ini disebabkan pengalaman lalu yang membuatkan mereka kurang percaya kepada kesetiaan pasangan mereka.Perkara sebeginilah yang sering terjadi di dalam masyarakat kita.

Curang atau lebih dikenali dengan panggilan Main kayu tiga.Curang bermaksud mempunyai perhubungan lain selain dari pasangan kita.Kecurangan ini pasti terjadi di dalam perhubungan andai perhubungan itu hanya palsu semata.

Belajarlah untuk setia.Jagalah hati pasangan jika cinta itu benar2 ikhlas dan janganlah permainkan cinta seseorang itu andai hanya untuk bersuka-suka.


Isnin, 1 Oktober 2012

Tenangkah hati dan fikiran??

Assallamuallaikum

Apa khabar korang semua?moga sihat2 lah hendaknya.dah bersawang dah blog Jay ni kan.Yelah bz dengan keje,bz dengan kehidupan lagi.Macam2 yang telah terjadi.Namun Jay tetap redha dengan apa yang telah Jay lalui.

Betullah orang kata,dalam perhubungan pasti ada turun naiknya.Dalam percintaan pasti ada pergaduhan dan kegembiraan.itu adalah asam garam kehidupan.Namun ia tetap memberi kesan pada kehidupan seharian.Kesan yang terbesar adalah mood kita untuk hari itu.

Nak buat sesuatu pasti merasa tidak selesa.Ini disebabkan oleh perasaan dan fikiran yang kacau.Inilah yang berlaku di dalam kehidupan kita.Apabila berlakunya perselisihan faham antara dua insan yang saling menyayangi hati dan fikiran jadi tidak tenang.

Situasi ini sering terjadi di dalam masyarakat kita contohnya di dalam keluarga,pasangan kekasih dan juga di dalam individu itu sendiri.Cara untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi perlu ada persefahaman,saling bertolak ansur dan kalau boleh elakkan untuk betengkar.

Kalau pasangan anda merajuk,lekas-lekaslah pujuk.jangan dibiarkan berterusan macam tu.Buatlah sesuatu untuk mengembirakan hatinya semula.Bila hatinya dah sejuk,pasti pekara yg terjadi pun akan dilupakannya.

Wah Jay ni dah macam kaunselor pulak..hehe.sedangkan Jay sendiri mengalaminya pada masa Jay tengah menulis entri ini.Mudah-mudahan si dia dapat melupakan apa yg telah terjadi.Cuma hati Jay sendiri yang tak tenang sekarang ini.Terlalu memikirkan dirinya.