CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011...Welcome 2012...

Assalamuallaikum..

Salam pagi jumaat buat semua kawan-kawanku..Semoga hari ini kita semua diberkati  Allah s.w.t
Ya tahun baru menjelma lagi..Setiap orang pasti ada azam baru untuk tahun 2012 kan??Heheh..
Tidak terlepas juga aku..aku pun ada azam baru.korang nak tahu??

Hehehe..biarlah rahsia..Tahun ni banyak sangat dugaan yang aku tempuhi.Tahun ni juga aku sambut new year sorang2 tanpa ada seorang yang bernama kekasih.:)..maknanya single lagilah..siapa nak isi borang boleh je..haha..

Okay dah sudah cerita sedih-sedih.xnak touching2 lagi..:P..kali ni nak cerita apa impian pulak..hehe..Tahun depan ni insyallah impian nak sambung study..nak ambil degree kot..xpun master..lagi best PHD bukan Perasaan Hasad Dengki ye..hehe..insyallah andai ada rezeki..

Dan yang paling penting..nak cari seorang yang sudi menerima diri ini seadanya..yang paling penting nak cari seorang yang solehah..insyallah..nak cam Dhia boleh tak??Perasan lebih la ko wei..
Yang paling penting nak ubah segala tabiat buruk kepada yang baik..

Aku harap korang yang membaca sama ada pengikut setia atau silent reader doakan semoga aku berjaya mencapai segalanya..insyallah..:)

Rabu, 28 Disember 2011

Aku tertarik menarik tercantik ko da bomb!!!!

Assalamuallaikum.

Hah..hari ni aku tertarik lagi..haha..Ish ape ke heynyer aku asyik tertarik jer ni.ok ok..aku tertarik dengan seseorang yang post dekat wall FB nya..sori aku xdapat print screen sebab kat ofis tak boleh bukak FB..haha

"Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh."maaf tuan yang empunya status yer..hehe..


Hah..korang faham tak maksud di sebalik kata-kata itu??tak faham??mari aku bagi korang faham..

Bercinta memang mudah.

Cinta itu memang mudah..lebih-lebih lagi jenis yang cepat jatuh cinta macam saku..hehe..Mencari cinta itu ada di mana-mana..tak kiralah cinta pada haiwan,cinta pada dunia,cinta pada ibu bapa..tetapi maksud ayat di atas ni lebih merujuk kepada cinta sesama manusia..

Untuk dicintai juga memang mudah

Yang ni pun macam aku juga..arrr..semualah nak macam aku..haha.Dicintai memang mudah..kita berbuat baik sesama manusia pun orang akan mudah jatuh cinta pada kita kan??tetapi adakalnya kita berbuat baik pun langsung tak di pandang orang..yang jahat dipandang tinggi yang baik dipandang keji..Biasa berlaku..:)ops..dah berbaur peribadi pulak..

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Hah,,ni yang aku suka nak rungkai ni..haha..beginilah erti percintaan.banyak cabaran yang harus ditempuh demi mendapatkan cinta sejati..memang mudah untuk jatuh cinta dan mencintai seseorang,tetapi untuk dicintai dari orang yang kita cinta itu memang amat sukar untuk diperolehi..Berusahalah ke arah itu andai dia adalah pilihan mu yang tepat..tapi jangan sampai terlalai mengingati Allah s.w.t..Kebiasaannya pada mula orang yang kita cintai itu memang akan jual mahal sedikt..tak tahu lah berapa peratus diskau yang dia bg kat kite..hehe..Andai  kita teruskan usaha untuk mendapatkan cinta darinya insyallah Allah pasti akan membuka jalan padamu andai dia yang telah ditetapkan untuk dirimu..Jika dia bukan milikmu redha lah..semua ketentuan allah s.w.t..

aku suka petik kata-kata ni..untuk jadi peringatan pada kita semua..

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tak adda guna penyesalan karena dia pergi tanpa mengucapkan kata – kata."

Andai ada terkasar bahasa,terlebih gurauan saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa juga yang membaca..kepada yang empunya status maafkan saya kerana mengambil status anda tanpa memohon izin terlebih dahulu..akhir kata renungkanlah segalanya..:)

Wordless Wednesday #2

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ. متفق عليه

“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.” (Muttafaqun ‘alaih)

Selasa, 27 Disember 2011

Calon isteri buat mujahid

Assallamualaikum.

Semoga Allah s.w.t merahmati anda sekalian.aku tertarik membaca entri seseorang yang bertajuk calon suami buat mujahidah Di sini aku ingin membuat balasan entri berkenaan.kalau yang itu untuk mujahidah..kali ini untuk mujahid pulak.

Wahai kaum hawa.Adakah engkau tahu apakah erti lafaz akad bagi seorang adam terhadap kamu??
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Inilah tanggungjawab seorang adam kepada hawa yang akan menemani hidupnya sehingga ke akhir hayat.Wahai kaum hawa,bukan paras rupa yang kami inginkan.Kami inginkan kamu atas dasar cinta mu kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w..Rupa yang cantik tidak akan kekal selamanya.tetapi iman yang cantik akan kekal hingga ke akhir hayat.

Bagi aku.Cantik luaran tidak sama cantik dalaman.Ya mungkin engkau tidak mempunyai rupa,harta dan segalanya.Tapi kau harus ingat engkau masih mempunyai keimanan,ketaqwaan pada Allah s.w.t. Walau keimanan mu masih longgar,akan ku sambut tanganmu untuk membimbing mu ke jalannya.Membawa kan untuk mu kebahgiaan yang di redhai nya..Itu adalah tugasku sebagai kaum adam..Tugas yang telah Allah s.w.t mempertanggungjawapkan pada seorang Adam.

Sememangnya aku juga insan biasa sepertimu.Tidak mempunyai apa harta,tidak hidup semewah orang lain..Tapi aku tetap bersyukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t berikan padaku sepanjang hidup ku 24 tahun di muka bumi ini.Sebaik mana dan seburuk mana pun aku tetap terima dirimu seadanya.Tanggungjawap aku untuk menegur dan membimbing dirimu menuju ke jalan Allah s.w.t.

Sebagai seorang adam aku ingin menjadi khalifah buat isteriku dan bakal anak-anakku.Biarlah aku melengkapi kehidupan isteriku..susah senang lalui bersama.Membimbing keluargaku menuju kebahgiaan dunia dan juga akhirat..semoga dialah isteriku dunia dan akhirat..

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِى الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ. رواه الترمذي وغيره.
“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan besar di muka bumi.” (Riwayat At Tirmizy dan lainnya)

Jumaat, 23 Disember 2011

Aku tertarik...

Assalamuallaikum..

 Salam jumaat kawan2..Hah hari ni aku nak kupas sikit pasal satu perkara yang menarik perhatian aku untuk aku bentangkan dalam forum...Eh.. jap jap...Forum??ape yang aku merepek ni.he..Begini aku ada terbaca kat wall seseorang yang berbunyi begini..

Orang ensem nak yang lawa je yek?
Orang kaya nak yang berada je yek?
Orang macam tu memang nak macam tu je yek?
Lumrah ke?

Hah..dah nampakkan..sekrang aku nak kupas satu persatu pasal perkara tu..

Orang ensem nak yang lawa je yek?


Perkara sebigini terpulang pada individu..adakala orang yang hensem memang layak mendapat yang lawa kan..tapi cinta itu buta..andai dia menyukai seseorang kerana paras rupa itu bukanlah cinta yang suci..hanya cinta kerana rupa kerana nafsu...Rupa yg cantik atau ensem tidak akan kekal lama.

Orang kaya nak yang berada je yek?

Yang ini memang perkara yang banyak terjadi sekrang..Andai seseorang itu tak berharta tak kaya pasti tidak di pandang.
Perkara ni memang selalu terjadi dalam masyarakat kita..andai seseorang itu mencintai kekasih atau pasangannnya keluarga pasangan itu pasti akan bertanya kerja ape,ada kereta,ada rumah??
Memang semua tu penting dalam hidup tetapi harus ingat..semua itu hanya jaminan di dunia..Jarang sekali aku dengar family akan bertanya dia pandai mengaji ker,pandai mengimamkan solat ke,tahu hukum2 agama ke??harta di dunia hanya sementara sahaja..Biar sederhana di dunia ni...Bila di alam barzakh adakah malaikat akan menanyakan berapa banyak harta kita di dunia??

Orang macam tu memang nak macam tu je yek?

Yang ini terpulang pada individu..sama ada cinta nafsu,cinta ikhlas..Aku sarankan cintalah seseorang dengan seikhlas hati..bukan kerana nafsu semata..cinta kerana nafsu memang tidak akan kekal lama..cintalah keran mencari keredhaan Allah s.w.t..Insyallah kekal bahagia selamanya.

Fuh panjang bebeno aku kupaskan..hehe..ni semua pendapat dan berdasarkan pengalaman aku yer..kalau ada salah dan silap mohon tegur  dan aku menyusun sepuluh jari meminta maaf pada semua ye..

Kesimpulannnya
Cintalah seseorang kerana agamanya,keimanannya,ketaqwaannya pada Allah s.w.t...bukan kerana rupanya,hartanya..Harta dan rupa tidak menjamin kebahgiaan dunia dan akhirat tetapi keimanan dan ketaqwaan pada Allah s.w.t pasti menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan juga akhirat..renung-renungkan..eh??alamak terambil trademark Prof. Izi..sori Prof..

Kepada yang empunya persoalan ni aku minta maaf ye sebab ambil buat entri..hehe..
mesti dia senyum tengok ni..haha..jahat tak aku??hehe..

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 21 Disember 2011

PENA CIK EYQASARA???

Assalamuallaikum
Ok.hari ni waa nak celite dekat lu olang pasal seolang blogger ni..waa manyak minat baca dia punya blog.banyak berunsur ketuhanan sedikit dan banyak nasihat yang bagus untuk kita guna dalam hidup kita.Pengalaman beliau juga bnyak membuat orang tersedar..
Waa sudah baca dia punyer blog dari entri yang pertama sampai lah yg terbaru..waa pun sudah sangkut sama dia punya blog oo..manyak syok..hehe..sikalang pun waa sudah jatuh hati sama dia punya blog der…(dengan tuan empunya blog)..hehe..jgn marah..
Ok..ok..sebenarnya aku suka baca blog dia ni..sebab adakala aku menjadi diri dia..lalui apa yg dia rasakan.sebab tu aku suka baca blog dia walaupun dulu aku tak sempat nak godek-godek habis blog dia ni.Nama yang empunya blog ni NURUL EYQASARA..yang aku tahulah..Nama blog dia PENA CIK EYQASARA…..
Bagi aku dia seorang yang tabah..walaupun adakala hatinya sedih..Tapi keyakinan dia pada takdir allah itu yang membuat aku tertarik untuk mengenali dia..mengenali diri dia..Aku tahu dia mesti baca sebab aku dah minta izin dia untuk buat entri ni khas untuk dia..:)
Eyqa..Jay harap Eyqa tak marah kalau Jay katakan yang Jay dah jatuh hati kat kat kat……hurm…..Susah pulak nak cakap ek..Apapun Jay suka baca blog PENA CIK EYQASARA..Jadi kepada kawan2 yang baca blog Jay ni..silalah lawat blog beliau ye..Kalau nak follow lagi chantek…TERBAIK……hehehe.
Pada eyqa Jay mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap tulis,terlebih bergurau..Dengan rendah hati Jay menyusun sepuluh jari memohon maaf.Ada masa Jay tulis lagi..heheJ
Salam Ampun dan Maaf dari Saya..
SMILE ALWAYS!!!!

Wordless Wednesday #1

Assalamuallaikum...

Aku rasa ni kali pertama aku buat wordless wednesday ni..hehe..belum pernah nak buat.entah kenapa hari ini aku terbuka hati nak buat..


Hah..ambil engko.besar gedabak..haha..

SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 19 Disember 2011

Soalan merapu??

Assalamuallaikum..

Soalan merapu??Hah??takde pape pun dengan tajuk tu..saje nak bagi gempak sikit.Oklah sebenarnya nak buat soalan ni..sape yg sudi jawab boleh jadi entri kalau dah takde idea kan kan kan??

Soalan Bahgian 1..
1.Sape nama anda?
2.Ceritakan sedikit mengenai diri anda?
3.Anda ada blog?
4.ceritakan sejarah penubuhan blog anda?
5.Kenapa beri nama ... pada blog anda?

Soalan Bahagian 2(kepada yang sudah berpunya)
6.Anda dah berpunya?
7.Siapa bf/gf anda?
8.Berapa lama dah anda bersama?
9.Apa rancangan anda dengan dia di masa depan?
10.Apa impian anda pada dia?

Soalan Bahagian 3(Kepada yang belum berpunya)
11.Kenapa anda masih single?
12.Apa ciri bf yg anda inginkan?
13.Apa yang anda impikan bila ada bf?
14.Sejauh mana anda percaya dia?
15.adakah anda akan merasa bahagia?

Soalan Bahagian 4
16.Apa impian anda yang belum tercapai?
17.Siapakah orang yang paling anda sayang?
18.Kenapa?
19.Apa pendapat anda pasal Cinta?
20.Adakah Cinta itu menyakitkan atau membahagiakan?

Soalan Bahagian 5.
21.Anda kenal siapa saya?
22.Anda dah baca blog saya?
23.Komen anda?
24.Penambahbaikan yang perlu saya buat?
25.Korang sayang saya tak??(Soalan tak bleh blah..)
Syarat-Syaratnya
Linkkan entri korang ke blog ni..
Tag 3 orang kawan untuk mereka jawab..
itu je..

hehehe..ni soalan merapu tu..sape sudi jawab silalah..soalan bahgian 2 untuk yg dh berpunya..soalan bahgian ke 3 yg belum berpunya...sape yg dah jawab tinggalkan link dekat post comment aku..aku nak terjah korang..haha..Terjah tetap terjah..yeah...

nak tag..
1.http://iladelarossa.blogspot.com/
2.http://akukanila.blogspot.com/
3.http://bibie-mumui.blogspot.com/

Selamat menjawab..:P

SMILE ALWAYS!!!

Selasa, 13 Disember 2011

Surat untuk dinda..

Assalamuallaikum.
Kehadapan kekasihku yang abg cinta dan sayangi..tujuan abg menulis surat ini adalah untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati abg pada dinda..Abg tidak pandai meluahkan secara terang terangan..biarlah surat ini sebagai pengganti diri abg..
Dinda.Setiap hari hidup abg penuh kesepian.sepi sangat-sangat..tapi bila dinda ada di sisi abg,hidup abg berseri-seri..abg gembira..Hati abg berbunga-bunga untuk bahagiakan hidup idinda..Tapi sayangnya abg terlalai untuk menjaga hati dan perasaan dinda.Abg sedar abg bukan manusia sempurna dinda..
Dinda..selepas kita berpisah,hati abang sentiasa tidak tenang..hidup abg tak tentu arah.bila di rumah abg terpaksa buat-buat senyum..sedangkan hati abg menangis dinda…menangis sebab kehilangan dinda..bila dinda katakan hati dinda terlalu hancur,abg seolah hilang akal ..sebab abg terlalu cinta dan sayangkan dinda..
Dinda..Masa mula berjumpa keluarga dinda,abg dah nampak apa yang abg nak buat..abg berhasrat mahu bahagiakan mak bapa dinda,tolong adik2 dinda dan paling penting bahagiakan dinda..abg sayangkan adik2 dinda tapi abg tak tahu nak tunjuk macamana..abg cuma berdoa setiap saat agar keluarga dinda dan adik beradik dinda sentiasa sihat,di murahkan rezki dan sentiasa dirahmati..abg tahu dinda terlalu sayangkan adik-adik dinda..
Dinda..saat abg menaip surat ni air mata abg menitis tidak berhenti..mungkin semua hairan bila abg menangis tanpa sebab..tapi airmata ini adalah kerana dinda..abg tak mampu tegok dinda bersedih..walaupun abg cuba untuk bahagiakan dinda tetapi abg tetap gagal..
Dinda..andai di izin allah s.w.t..abg ingin menjaga dinda,membahagiakan hidup dinda..bahagiakan mak bapa dinda..adik2 dinda…itu harapan abg selama ini untuk dinda..abg tidak pernah terfikir hanya mahukan dinda sahaja..abg cuba hendak bahagiakan keluarga dinda..abg faham abg dah bnyak sakitkan hati dinda dulu..abg akui kesilapan abg...
Dinda..Abg tak mampu buktikan pada dinda betapa abg ikhlas cintakan diri dinda..hanya dinda sendiri yang mampu menilai cinta abg ini..biar abg bersusah payah demi orang yang abg sayang asalkan jgn orang yang abg syg itu susah..dinda faham maksud abg kan..
Dinda..abg ucapkan terima kasih atas kebahgiaan yang dinda beri pada abg walaupun sekejap.abg bersyukur sangat dapat mengenali sorang yang tabah dalam hidup..walau bnyak mana dugaan hidup, dinda tetap tabah..dinda terlalu kasihkan keluarga dan adik beradik..
Dinda..dalam surat ini abg sertakan sebuah bungkusan untuk dinda..ini adalah hadiah pemberian abg untuk dinda..tanda terima kasih abg pada dinda selama ini..abg harap dinda sudi untuk menerima hadiah ini..ini hasil titik peluh abg..abg sanggup berikat perut semata inign belikan hadiah ini untuk dinda..ini adalah niat abg pada dinda..abg tak minta balasan apa-apa dari dinda..abg Cuma harap biarlah dinda sentiasa ingat abg bila tgok hadiah ini..dinda jagalah hadiah ini seperti dinda jaga diri sendiri…
Dinda..abg memohon ampun dan maaf kerana abg tidak sempurna seperti yang dinda inginkan..tapi abg cuba untuk berubah seperti mana yang dinda mahukan..adakala ego kita terlalu tinggi..tapi percayalah cinta abg pada dinda bukan permainan..Abg akan sentiasa menanti dinda..
Dinda…dinda adalah satu anugerah dalam hidup abg..Terima kasih dinda..terima kasih banyak2…
                                                                                                           
                                                                                                  Insan yang tulus mencintaimu

Selasa, 6 Disember 2011

Ya Allah...

Ya Allah...
Apakah dosaku hingga aku di duga sebegini??

Ya Allah...
Berdosakah aku membuat perkara ke jalan kebaikan??

Ya Allah...
Salahkah aku untuk membahagiakan seseorang??

Ya Allah...
Berikanlah semua jawapan kepadaku..

Ya Allah...
Hanya kau sahaja tahu apa yang terbaik buat diri ini..

Ya Allah...
Berikanlah aku kekutan untuk bersabar atas dugaan ini..

Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahhim...
Ya zaal jalallil wal ikram..

Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh allah..

Isnin, 5 Disember 2011

Telah aku katakan...

Telah aku katakan dulu padamu bahawa aku hanya mencintai dirimu,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kasih sayang aku padamu takkan pernah pudar,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kau sentiasa ada di hati ku,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah ku katakan dulu padamu bahawa aku ikhlas ingin mengambil mu sebagai isteriku yang sah,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Tolong jawab kepada siapa yang ikhlas untuk menjawab.

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 30 November 2011

Aku bersyukur...

Assalamuallaikum...Semoga hidup anda akan bahagia di samping orang yang tersayang..
sedar tak sedar esok genaplah aku berumur ** tahun..dan esok juga genaplah allahyarhamah moyang aku kembali kerahmatullah ** tahun yang lalu..

Sebenarnya tarikh lahir aku sama dengan tarikh pemergian arwah moyang aku..iaitu 1 disember..ceritanya begini...aku lahir pada subuh 1 disember itu..tahun tak perlulah aku nyatakan yer..dan arwah meninggal dunia pada petang 1 disember itu juga.

Bila aku pergi ke tanah perkuburan setiap hari raya,aku takkan lupa untuk singgah ke kubur arwah moyang aku..takkan lupa untuk bacakan yassin dan juga al-fatihah untuk arwah..aku doa semoga roh arwah ditempatkan disisi orang orang yang beriman..insyallah..

Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk hidup di dunia ini..terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang kehidupan ini..dosa besar dan dosa kecil..ya aku bukan seorang yg baik tetapi aku masih tahu batasan mana yang aku tidak boleh buat.aku ingin kembali kejalannya ke jalan yang diredhai allah..

Terlalu banyak rintangan dan masalah hidup yang aku alami..selama ini aku seorang yg panas baran walaupun tidak nampak pada mata kasar.sekrang aku mula belajar erti sabar dan dan belajar untuk tidak melukai orang yang aku sayang..

Aku bersyukur atas nikmatnya dan anugerah yang telah allah pinjamkan padaku..aku manusia biasa yang adakalanya lalai pada tanggungjawab.sekarang aku hanya bertawakal kepada allah untuk menentukan hala tuju hidup aku..aku akan cuba apa yang aku terdaya untuk lakukan..

Hari jadiku yang penuh dengan kesedihan dan kegembiraan..kesedihan kerana tidak bersama orang yang aku sayang..kegembiraan kerana aku masih diberi peluang untuk teruskan hidup di muka bumi allah yang luas ini..

Hanya satu permintaan aku pada harijadi ku,iaitu semoga dia kembali padaku dan memberi kebahgiaan untuk aku dan juga keluarga aku..itu yang aku harapkan..aku tetap setia menanti walaupun penantian itu suatu penyiksaan.

Ya allah,aku memohon kepadamu ya allah,redhailah kedua ibu bapa ku dan berilah mereka kebrkatan,kebahgiaan atas jasa mereka menjaga mendidik dan membesarkan aku..Ya allah kau ampunilah dosa2 mereka sama ada yang kecil atau pun yang besar.berilah mereka kebaikan di dunia dan akhirat..

Ya allah,kau berilah aku kebahgiaan dan ketenangan hidup..berilah aku hidayah mu,bimbinglah aku ke jalan mu ya llah..ampunilah dosa2 ku,dosa2 sahabatku dan dosa2 kaum muslimin dan muslimat..ya allah..permudahkanlah urusan  aku di dunia ini dan di akhirat sana..

Ya allah..kau rapatkanlah hubungan aku dengan si dia seperti mana kami rapat suatu masa dahulu..kau kembalikanlah dia padaku ya allah..kau perkuatkanlah jodoh kami,kau permudahkanlah perancangan kami berdua ya allah..

Ya allah,sesungguhnya aku memohon dan meminta padamu kerana kau tuhan ku,tuhan yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya..ya allah ya rahman ya rahhim..aku bersyukur kepadamu kerana di saat ini aku masih terus bernafas..ya allah..hanya padamu aku memohon,hanya padamu aku meminta..sesungguhnya kaulah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..amiin..ya rabbal allamin..

Di sini juga aku ingin meminta maaf kepada semua sahabat2 ku,orang2 yang pernah muncul di dalam hidup aku..andai aku pernah menyakiti korang pernah berbuat dosa pada korang pernah terumpat pasal korang,aku menyusun jari memohon maaf atas segala kekhilafanku..semoga allah merahmati kehidupan korang semua..insyallah andai umur masih panjang akan bertemu kita lagi..

SMILE ALWAYS!!!!!

Selasa, 29 November 2011

Persembahan hidup

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..hope korang semua sihatlah hendaknya.persembahan hidup..hah..apa yang aku boleh katakan??dalam hidup aku apa persembahan yang telah aku buat??

Persembahan di sini bukan bermaksud buat show nyanyi ke,menari ke tapi persembahan untuk sang pencipta.pada orang yang aku sayang??jujur aku katakan terlalu banyak kekurangan aku untuk aku persembahkan pada sang pencipta...

Pada orang yang aku sayang??hurm..mmg masih banyak kekurangannya..yang aku cuma dapat persembahkan adalah kasih sayang dan cinta abadi...cinta yang tidak berbelah bagi..walaupun aku selalu melakukan salah pada mereka..tetapi aku tetap sayangkan mereka.

Pada si dia??apa persembahan yang dapat aku lakukan??aku cuma dapat memberi kebahgiaan dan kasih sayang..kasih syang yang tidak pernah luput dari hati sanubariku..persembahan yang susah untuk aku berikan pada sesiapa pun..

Persembahan terakhir hidup aku??kematian..persembahan pahala dan dosa yang akan aku bawa masuk ke dalam liang lahad dan bermulalah kehidupan di alam barzakh..menerima seksaan atau ketenangan sehingga dibangkitkan di padang mashyar..di hitung pahala dan dosa,melalui titian as-sirat sama ada ke syurga atau jatuh ke dalam neraka..

Cuma satu yang aku harapkan dalam persembahan hidupku..kasih,sayang,cinta,kebahgiaan dan ketenangan jiwa.hanya itu yang aku harapkan..semoga allah memberkati hidupku..amiin..ya rabbal alamiin

SMILE ALWAYS!!!

Jumaat, 25 November 2011

Pagi jumaat yang mendebarkn..

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...hurm...hari ni entah kenapa aku berdebar...biasanya aku akan rileks je bila nak pergi berjumpa parents dia..tapi kali ni aku rasa tetiba berdebar pulak..macam pertama kali pulak jumpa parents dia..

Mungkin atas sebab apa yang berlaku antara kami berdua sejak kebelakangan ni buat aku jadi berdebar..aku berdoa semuanya berjalan lancar dan baik saja..harap tidak ada apa lah yg buruk terjadi pada diri aku..

Apapun terjadi,aku tetap sayang n cintakan diri dia..cuma terpulang pada diri dia sendiri untuk fikirkan semua itu..setakat ni aku tak nak bagi dia tekanan.lagipun dia tak sihat sejak kebelakangan ni..

Aku akan cuba apa yg terbaik untuk dirinya dan juga keluarganya..aku berniat untuk membahagiakan diri nya dan juga keluarganya..begitu juga dgn keluarga aku..aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa aku..

Semoga allah membantu aku dalam semua hal..ya allah permudahkanlah perjalana hidup aku di dunia ini dan juga di akhirat sana nanti..kau peliharalah aku,keluarga aku,si dia dan juga keluarganya dari segala marabahaya..berilah kami semua kebaikan di dunia dan akhirat..linmpahilah rahmatmu ke atas kami semua..berilah kami semua kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat..

Amiin...:)

SMILE ALWAYS!!!!

Khamis, 24 November 2011

Bersabar...

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..semoga hari ini dimulakan dengan senyuman..:)..hari ni aku tetap setia untuk dia.aku masih bersabar atas apa pun kehendaknya.Tapi aku sedih melihat dirinya yg tak sihat..matanya pun tidak bermaya..

Kalau diizinkan allah aku teringin untuk menjaga diri dia sampai akhir hayat aku..insyallah..aku cuba belajar erti sabar dan cuba memahami dirinya.selagi mampu aku akan tolong apa juga yg dapat aku tolong asalkan dirinya tidak dibebani tekanan dan masalah..

Selama ini aku tidak pernah berfikir apa juga perasaan dia..aku hanya fikir perasaan aku..tapi sekrang aku cuba untuk memahami diri dia,cuba untuk kenal hati budi dia..semoga allah membantu kami berdua..

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 23 November 2011

Sihir???

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...ya allah kenapa aku harus di duga seperti ini ya allah...salahkah aku memberi rezeki yg aku perolehi untuk sidia walaupun kami sudah tidak bersama??tetapi pertanyaan dari si dia buat aku tersentap..

Seikhlas hati aku ingin berkawan dgn dia..setikhlas hati aku belikan dia sarapan seperti biasa..tapi boleh dia bertanya ikhlas kah atau ko nak guna-gunakan aku supaya balik dgn ko..sampai hati dia buat aku begini..

Tidak apalah...bukan salah dia..hanya allah tahu bagaimana aku ikhlas tolong dia n bagaimana aku ikhlas syg dia..tapi ini yang aku dapat.mungkin ini nasib aku.,...sakit yg buat aku bertambah sakit.hurm...

SMILE ALWAYS!!!!

Selasa, 22 November 2011

Hospital Bahagia

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum korang semua...hehehe...sekrang ni aku dah ada kat hospital bahagia...hah??kat mana??biarlah rahsia bak kata dato' Siti..hehe...Hidup aku bahagia di dalam ni..Bnyak juga nurse-nurse yang cun melecun..

Tapi tak kurang juga bnyak nurse yang garang,bengis mcam gorilla..hehe..tapi dorang semua baik2 layan aku..apa aku minta semua dapat..hahaha...bestkan??haha..oo mana orang yang kate nak melawat aku tu??hah cepatlah datang melawat..aku tengah tunggu ni..hehehe..

Haha,,takdelah..aku masih waras ler..buat apa nak masuk sampai hospital bahagia tu??sana memang best tapi kalau dah tak waras ler..hehe...Tapi adakala memang best tengok gelagat penghuni hospital tu..macam2 kejadian yang lucu..ada yang baca suratkhabar terbalik..

Ada juga yg aku tengok ambil bunga dan bagi kat nurse kat sana sambil ucap i love you lagi..punyerlah romantik giler..hahaha..yg itu biasa2 jer lah..kalau yg hadcore giler tu memang dok dalam bilik kene rantai tu..kalau lepas memang bahaya..hehe..

Apapun semuanya bermula dari diri kita..kalau ikutkan hati memang boleh jadi gila..tapi kena fikir positif sentiasa..semua yang berlaku dalam hidup ada hikmah..ada pro n kon dia kan...adakala kita sedih,adakala kita gembira..hehe..

SMILE ALWAYS!!!

wehoo.........18sx

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum korang....hehehe..apa khabar semua...semoga korang sihat lah hendaknya..sekarang semua masalah aku dah setytle..dah takde ape lagi yang aku nak fikirkan..
Hidup aku dah kembali membujang sejak semalam..

Jadi kepada siapa yang sudi nak isi borang cepat2 sebelum kene kenbas dek orang..haha...gurau jer...aku dah pun kembali single..walaupun hati masih terluka tapi aku cuba gagahkan diri ni...life must go on..betul tak??

apa lagi ek??emmm....oo ya tahniah buat Harimau muda yg dapat menewaskan garuda di sangkar sendiri..hehehe..syabas buat semua pemain2..hope teruskan usaha anda di masa2 akan datang..
kepala aku skrang tgh toink toink ni..hehehe...kalau aku layan sangat nanti tak pasal2 aku masuk hospital bahagia..mmg bahagia kot dlm tu..hahaha

Oklah..aku chaw dulu...nanti aku hupdate lagi..kalau aku dah masuk hospital bahagia cepat2 aku bagitahu korang ye..hehehe..

SMILE ALWAYS

Isnin, 21 November 2011

Perjalanan hidup ku..

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum semua...ya bertemu lagi dalam sesi luahan hati..hari ni aku nak luahkan apa yg aku inginkan.Kebahgiaan..Korang tahu apa erti hidup bahagia?Yang dah kawin mungkin tahulah kan...tapi ada juga yg dah kawin tapi tak rasa bahagia..yg ini memang bahaya..

Okay..aku inginkan kebahgiaan dalam hidup aku walaupun aku terpaksa lalui bnyak rintangan yang datang..adakala aku rasa sunnguh menyakitkan..ya mmg sakit untuk mencari kebahgiaan hidup..Bila berjumpa kebahgiaan adakalanya hilang di tengah jalan.

Aku teringin untuk hidup bahagia bersama orang yang aku sayang..bahagia yang aku ingin miliki..bukan untuk diriku sahaja tetapi juga kebahgiaan untuk mak bapa aku..saat ini kebahgiaan itu ada di hadapan mata ku..tapi aku perlu bersabar untuk melihat sejauh mana kebahgiaan itu akan bertahan..

Hati aku sentiasa merindui semuanya..aku tahu kebahgiaan yg aku cari  juga akan buat aku menderita jika orang yg aku harapkan untuk memberi aku kebahgiaan itu pergi meninggalkan aku..aku sentiasa berdoa meminta pada tuhan yang maha kuasa untuk memberi aku kebahgiaan dunia dan akhirat..walaupun aku tahu bnyak dosa yang telah aku lakukan..

Kebahgiaan yang diharapkan dari seseorang insan yang bergelar kekasih..aku ingin mengambil dirinya sebagai isteri aku yang sah..tapi apa pula lagi halangan yang akan datang aku pun tak tahu...cukuplah terlalu bnyak halangan yg aku terima sebelum ni...aku cuma minta satu sahaja iaitu kebahgiaan dari si dia yang aku sayanag dan aku cintai sepenuh hatiku...

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 16 November 2011

Dosa??

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..Entry hari ini mungkin agak membosankan..aku ingin memluahkan segala perasaan aku....Semoga allah merahmati semuanya..Dosa?
korang tahu apa maksud dosa?aku pasti semua tahu apa maksudnya kan?

Pernahkah korang terfikir sepanjang umur korang berapa bnyak dosa yang telah korang buat?Mungkin ada yang ingat dan mungkin ada yg tidak.Ya aku mengaku diriku terlalu bnyak bergelumang dosa.aku telah banyak menyakitkan hati orang.

Kehidupan aku mmg tidak tenteram.tapi aku berserah pada allah atas takdir dari dia.kesalahan pada manusia memang susah untuk di maafkan.tetapi sesungguhnya kemaafan adalah penting untuk diriku di saat ini.kemaafan dosa yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun aku hidup di atas muka bumi allah ini..

Aku ingin kembali ke pangkal jalan.tidak pernah hatiku sesebak saat ini..ikutkan hati aku ingin menangis sepuasnya..sejak dua menjak ini aku asyik teringat akan kematian.Selama ini aku sering ingat keseronokan duniawi..Tapi kini setiap saat aku teringat akan kematian..kematian yang aku sendiri tidak tahu bila masanya akan tiba.

Aku sedih mengingatkan keterlanjuran hidupku.Semoga allah memaafkan dosa-dosa aku yang telah lampau.Disni juga aku ingin memohon maaf kepada sesiap pun yang pernah aku sakiti atau terlanjur berbahasa..maafkan dosa aku.aku mendoakan semoga korang semua dirahmati dan dikasihi allah...diampunkan dosa-dosa korang...

Maafkan segala dosa-dosa ku sebelum aku pergi untuk selamanya dari dunia ini.Sesungguhnya allah sentiasa membuka pintu taubat nya untuk hambanya yang ikhlas untuk kembali ke jalannya..semoga kita semua di beri hidayah darinya...

Rabu, 2 November 2011

Pertanyaan???

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..hari ni aku betul2 teramat sedih...sedih sangat2...Adakah aku bersalah kerana bertanya sesuatu benda yang aku tidak pasti..Aku terpaksa bertanya untuk kepastian..adakah itu salah?

Ya aku kerana aku takut kehilangan dia aku bertanya...kerana aku sayang dia aku bertanya..itu memang sifat diri aku..andai perkara yang tidak aku pasti,aku akan bertanya sendiri untuk kepastian..tetapi pertanyaan itu di salah anggap..

Aku tak tahu mana hala tuju aku selepas ini??segalanya aku serahkan pada allah..kerna hanya dia yang mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di sebalik kehidupan aku..Hidup aku penuh dengan dugaan dan cabaran..

Terlalu bnyak untuk aku ceritakan..tetapi memang terlalu perit untuk aku luahkan..disaat aku menulis entri ini,linangan airmata aku tak berhenti menitis..menitis kerana dugaan yang maha berat sedang melanda diri ini...

Ya allah...aku bermohon padamu untuk kembalikan hatinya pada ku..ya allah...kau pereratkanlah semula hubungan aku dengan si dia..Ya allah kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat kelak..Sesungguhnya cinta ini hnya untuk dia...dia kekasih hati yang bnyak memberi kebahgiaan di masa aku bersedih...walaupun bnyak rintangan dan dugaan yang kami hadapi bersama..

Dia tidak pernah jemu untuk memberi aku semangat..tetapi kerana pertanyaan aku kami bergaduh..kerna kepastiaan yang aku perlukan kami bertengkar..kerana takut kehilangan dia
segalanya aku berserah pada allah..aku tidak mempunyai kuasa untuk mengatur segalanya...

Aku tersngatlah lemah untuk hadapi dugaan ketika bercinta.terus terang aku tak kuat untuk bercinta lagi..tapi kerna dia aku kuat semngat aku untuk terus bercinta kerna kami telah berjanji untuk susah atau senang bersama...

Maafkan aku kalau cerita aku ini membuat korang boring..tapi inilah hakikat hidup aku di saat ini...semoga korang yang membaca dirahmati allah s.w.t..

Selasa, 1 November 2011

18sx...

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..akhirnya aku menghupdate gak blog aku yang dah berhabuk berhaban dek sesawang labah-labah..segala kutu lipan lipas semua cukup..hahaha.Aku tahu ada blogger yang merindui diri ini..sebab aku selalu stalk kat blog korang kan?

Di sebabkan kebizian melanda diri ini,ditambah dengan sedikit masalah yang hampir2 membuat diri aku menjadi seorang penyakit mental berdaftar,aku mengambil langkah yang drastik untuk menghupdate semula blog aku yang dah berkurun lama aku tinggalkan..

Thanks kepada kengkawan aku yang tak putus2 memohon agar aku menghupdate semula blog ini..dan ada juga yang mencari aku kemana aku menghilangkan diri..hehe..aku tak hilang lagi di muka bumi ini...masih bernafas lagi...so lepas ni sesiapa yang tahu fb aku cari aku kat fb dan blog aku ni..sesiapa yang tak tahu tu cuba2 lah cari k..hehe..

Kepada yang dah rindu nak komen kat blog aku di persilakan untuk mengkomen ye...komen anda amat dihargai...cewah...hehehe.

SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 5 September 2011

Salam Aidilfitri...Mood Raya lagi..:)

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum semua...mesti korang rindu aku kan??hehehe...sorilah raya ni bizi sikit layan tetamu..hehehe...Best tak korang beraya??Aku??hehehe..aku jadi pelayan je..haha..Tunggu anak dara datang ke rumah je..hahah..xdelah gurau ok..

Raya pertama of courselah pegi solat dulukan..lepas tu bersalam-salaman dengan mak abah..Lepas tu kiteorang bertolak balik kampung..oh oh oh balik kampung..hahaha...ternyanyi pulak..

Sampai je kat kampung..sepupu kata makcik,pakcik dan nenek baru je bertolak pegi kubur..melawat kuburan arwah atuk...Kiteorang pun kejarlah sebab dah 2 tahun tak melawat kubur arwah atuk,arwah moyang dan sedara mara..alhamdulillah tercapai juga niat aku tahun ni untuk menjenguk mereka..

Menu special raya tahun ni...nasi ayam...pastu makan soto...hehe..dan yg paling special pelanduk masak lemak..fuhh bertambah 3 kali...lepas tu makan udang kat rumah pakcik..hehehe...mmg raya pertama tu makan je kerja aku...tapi yang paling best bila berkumpul dengan sepupu sepapat semua..haha...

Thanks pada yang ucap raya pada aku..sayang korang semua...okaylah aku pun hari ni dah mula kerja...hehe..hope korang enjoy ye...

SMILE ALWAYS!!!!

Khamis, 25 Ogos 2011

Maaf

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum semua..salam ramadhan salam keberkatan salam kemuliaan...gua nak minta maaf pada korang andai gua ada salah dan silap ye...raya tak lama lagi kan???maafkan gua ok...nak duit raya!!..hehehe...

Sori gua lama tak update blog gua ni...dah berhabuk pun...gua bizi nak dekat2 raya ni..banyak kawan cuti..jadi gua terpaksa tanggung kerja..hehe..tapi still maintain okk...cuma letih je..hehe..Hope korang bergembira hari raya nanti...

Di sini gua ambil kesempatan ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin pada semua follower gua tak kira baru or lama..kepada kawan-kawan blogger semua,,harap maafkan salah dan silap gua ok...saja nak ucap awal..takut2 tak sempat nak ucapkan..hehehe...nak duit raya!!!hehehe...

Oklah..bubye you all...nanti ada masa terluang gua update lagi..

SMILE ALWAYS!!!!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Doodle giler!!!!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Asslamuallaikum...untuk menyahut cabaran harini...aku dah terkena...ceit....aku yg betangan kayu di minta melukis doodle diri aku..hahaha...hodoh giler wei...aku sendiri tgok nak tergelak...korang enjoy je k..hahaha...kalau ada yg gelak siap lah korang..hahaha...aku meroyan karang..:)
Gambo doodle meroyan..hahaha
SMILE ALWAYS!!!!

Kalau tak tahan jangan baca ye!!!!Takut muntah:)

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum korang...hahaha...sori lame tak update...biasalah tukar Pc baru jenama Lenovo..monitor 21" tu..hahaha..besau gilo eh...Ok semlm aku ada main permainan truth or dare dengan kengkawan...semua kepala gila wei...soalan pun mmg sengal....aku tak sudah2 meroyan..hahaha...

Jadi sampai turn aku bagi soalan,aku bagi soalan tahap meroyan aku...berani juga dorang sahut cabaran dare tu..hahaha..Soalannya berbunyik begini

Setiap orang pernah cirit-biritkan..belum sempat nak p tandas dah tekeluar...cuba cerita pengalaman sebenar yg jadi pada diri korang..

Anda Berani???hahaha..bagi untuk keadilan pada yg terkena soalan meroyan aku,aku pun akan jawab soalan yg sama cam korang...baru adilkan...dare tak dare tak??hahaha

Situasi 1

Ni cerita masa aku betul2 darjah 1...masa tu cikgu tengah mengajarlah seperti biasa..Aku punya perut memang dah memulas giler...tak dapat baygkanlah masa tu..duduk tak senang...nak pegi toilet pun takut cikgu marah ler kan...

Aku dok kepit je kat kerusi...tahan punyer tahan last2 melepas juga wei...pastu member sebelah sound..."ko ada cium bau benda pelik tak"aku nak cover line punya pasal,aku cakaplah takde pun???kebetulan masa tu dah bunyik locen tanda kelas tu dah habis untuk subjek tu lah...aku pun lepas tu pecut p toilet n tengok ape dah jadik...dammmm giler..habis seluar kecik aku kene...aku fikir camne nak buat ek...aku ambil air basuh seluar kecik aku dari bende kekuningan yg cair dan lekit tu..hahaha..pastu aku pakai balik...sejuk semacam aku rase...

Masuk kelas je semua pandang semacam...aku tanyalah awat korang pandand ceq laghu tu???depa dok tengok seluar sekolah den lembab.yang paling tak boleh blah bau tu still melekat..hahaha..

Situasi 2

Selepas beberapa tahun lepas tu..kejadian ni berulang lagi...gua ni memang susah nak p toilet kalau cikgu tengah mengajar..hahaha...masa tu memang betul2 dah sakit sangat...kelas gua tingkat 3...tandas kat bawah pastu kat hujung pulak..

Betul2 dah tak tahan gua cakap kat cikgu tu..."Cikgu saya nak p toilet nak berak.."direct gua sound..member pakat gelak..ceit...tak guna...Cikgu bagi kebenaran..Gua ape lagi larik turun tangga sambil kepit gua punya tutttt...tak boleh cakap...hahaha.korang bayangkan lari sambil mengepit..tak ke giler tu...sampai je dalam toilet waa memang tak tahan dah...nak bukak zip seluar pulak buat hal..menyangkut kat baju...kepit punya kepit...tekeluar juga akhirnya..

Terpaksa gua cuci...tapi seluar memang harum semerbaklah melekat bau aneh tu...member dok sebelah pun pindah meja lain..hahaha.pasal bau benda tu lah...giler tak wei...

Sekianlah cerita meroyan aku..hahaha...Thanks korang sudi terima cabaran aku...Bagi aku tak malu pun..sebab memang lumrah manusia macam tu...ce korang tanya kawan korang dia pernah tercirit n terlepas dalam seluar tak??kalau dia kate tak pernah mmg tipu lah wei...hahaha

Ok adilkan kengkawan meroyan ku sekalian...takde tak aci tak aci lagi..hahaha.korang baca korang gelak lah sampai meroyan..hahaha:)Sayang korang ketat2...giler kepala korang wei..hahaha..sori tak tag korang ramai sangat..hehehe..

SMILE ALWAYS!!!!!

Jumaat, 12 Ogos 2011

Dalam hati ada taman

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Asslamuallaikum...salam sejahtera..salam perpaduan...dalam satu Malaysia...ok harini aku taknak jadi apek dah..tak pasal-pasal lidah korang berbelit baca aku punya entry..hehehe..aku nak cerita masa zaman sekolah aku dululah..

Masa tu aku sekolah menengah kan..aku dulu ni boleh dikira nakal juga atau orang ramai panggil gengster...tapi taklah macam si shark atau si malik tu...aku ni kira macam abang long fadhil tu lah..hahaha...tapi yang best sapa kacau aku ada taiko besar backup aku...confirm kena tibai..jahatkan aku...

Tapi sejahat-jahat aku,aku tetap ada perasaan owh...aku ada suka dengan satu budak ni..memang comel memang cantik...nama dia Dewi...tapi yang buat spoil tu aku samseng kampung pinang sebatang dia pulak pengawas sekolah...gila tak gila aku nikan..

Nak di jadikan cerita aku cuba juga mengorat dia...dia cakap sama aku...ko samseng...aku tak suka dengan budak samseng ni...aku suka budak yang baik2 je...yang tak ganas...aku cakap dengan dia memang aku samseng..tapi sesamseng-samseng aku,aku tetap sayang kat dia...muka ganas tapi hati ada taman owh...

Dan dia cabar aku...kalau betul aku suka dan sayang dia,aku mesti berubah..dia taknak tengok aku terlibat dalam kegiatan samseng ni...Dia nak aku tumpu kat study...baru dia terima aku...Aku pun dari sehari ke sehari mulalah meninggalkan kegiatan kesamsengan aku tu...Semua orang hairan kenapa aku tiba-tiba berubah...dari yang kaki kecoh kat kelas,jadi seorang yang pendiam dan study habis-habisan..

Dari sehari ke sehari aku makin berubah...dan alahamdulillah aku terus berubah...tapi yang sedih bila aku dah berubah aku tetap tak dapat memiliki Dewi...Dewi terpaksa berpindah mengikut ayahnya...MAsa tu perasaan aku memang sedih...Hari terakhir alu berjumpa Dewi untuk pertama kalinya dia memegang tangan ku..dan dia nak aku berjanji walaupun dia tiada lagi bersama aku dia nak aku tetap dengan imej aku sekrang...

Dia lebih suka dengan kehidupan aku sekarang ni...Masa itulah aku betul2 terharu..nak nangis pun ada,tapi kerana gentleman aku terpaksa tahan sebak di dada..Dan 10 tahun lepas peristiwa itu,aku menemui Dewi dan laman Friendster..aku menegurnya..tapi sayangnya dia telah melupai aku...Dia langsung tak kenal aku..

Tapi tak apa..Kerana dialah aku telah berubah..dan kerana dialah aku berjaya...thanks Dewi...jasamau aku takkan lupa...Kerana kau aku telah berubah...dari seorang budak yang nakal kepada seorang budak yang baik..Walaupun kau telah melupai aku namun aku tetap mengingati mu...

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 10 Ogos 2011

Aiyooo....luit laya...

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Asslamuallaikum..salam sejahtela,salam pelpaduan dan salam satu malaysia kepada lu olang semua...aiyaaa...ni kali waa mati oooo...tahun ini waa tanggung itu luit laya maa...waa punya turn sikalang..

Kalau waa punya anak buah sikit,waa tatak peluli...tapi ini waa punya anak buah itu mau dekat selatus maa..aiyak...satu olang misti dapat satu linggit juga,...itu balu waa punya anak buah...belum waa punya cucu ooo...waa sikalang sudah jadi latuk muda maa,,muda muda waa sudah becucu ooo..

Jangan pulak lu olang panggil waa latuk pasat mo mintak luit laya...waa sulah pokai maa...mana waa mo cali itu luit mo kasi sama dolang...nanti waa tatak kasi dolang bilang waa taik idung masin...kedukut punya olang....lu olang ada idea kah??apa??pinjam along kah??tatak mau lah..nanti talak pasal waa kena libas owh....lu langsi lu mati kah??aiyakkk..

Ini tahun talak manyak ong maa..waa lapat itu bonus laya pun sitangah bulan gaji...tapi waa tetap syukur...aiyah...apa waa misti buat...talak apa waa pinjam sama waa punya along dulu lah..nanti waa kasi bayal balik sama dia...bukan along itu ceti halam ah....ini waa punya abang sulung...hahaha..

Kepada kolang yg membaca waa punya entli ini,soli ah..ampun maaf dipinta kalau lu olang punya lidah tebelit selupa itu ulal...hahaha...lu olang jangan malah sama waa....TQ kepada yag sudi membaca ini entli...waa sayang sama lu olang...apa yang penting???bukan kelijasama tapi??

SMILE ALWAYS!!!

Selasa, 9 Ogos 2011

Entri kisah berbuka dalam kereta

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum..ni hali aaa..wa mau celite sama lu olang...simalam waa balik kija lambat owh..waa balik jam 6.20 maa...lepas itu waa lalan punya lalan...sudah jam 6.30..aiyooo talak lama mau buka puasa sudah maa...

aiyak...apa pasat hali ini waa sudah jadi apek owh...cakap itu selupa balu latang lali nigala china adui der..wah dah masuk ahcai la pulak..hehehe..Jadi waa pun pecut itu keleta...belum sempat samapi waa punya lumah itu azan sudah bunyi owh...wa belenti itu tepi jalan,waa minum ail mineral saja...kesian kan sama waa..

Pelnah waa bebuka lambat gala-gala waa punya kakak ipar buat itu lebonding ma...aiya...mau 4 jam owh balu siap...waa sama waa punya abang makan dalam keleta saja maa...aiya...apa yang waa melepek ni...waa sudah cakap ini ently memang melepek ma...

Waa mo tukat jadi nolmal balik...jadi kepada anda di luar sana(dengan suara macho minta penampar)janganlah balik lewat sangat..biarlah berbuka dirumah bersama keluarga yg tersayang..aku takpa...aku bujang lagi...yg ada kat rumah mak abah dengan adik aku je..ahaks...

Tapi memang tak bestlah bebuka kat kereta ni...yelah bebuka sorang2..aish...sunyi sepi lahkan..
Oklah nanti aku buat entry lagi ye...itupun kalau aku rajinlah...hehehe..Silamat hali laya...aiyooo...soli soli...silamat menyambut lamadhan dali saya..hehehe

SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

Maafkan aku...

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Asslamuallaikum...Alhamdulillah...dapat juga kita bertemu lagikan.,..
Hari ni aku nak minta maaf kat korang semua..termasuklah bff aku kat blog ni..
Mungkin ada perangai or cara aku yang buat korang terasa ke..Aku nak minta maaf bebanyak..

Mungkin juga ada sesetengah komen aku kat entry korang yg membuat korang tersinggung or kecik hati...bukan niatku nak buat korang tersinggung...aku cuba untuk menghiburkan korang...biar korang tersenyum baca komen aku..

Kepada yang pernah chat dengan aku...aku minta maaf kalau ada perkataan or perangai aku yang buat korang tak suka..aku minta maaf..kadang2 aku cepat sensitif bila ada perkataan korang yang buat aku tersinggung...tapi aku dah maafkan korang...aku tak pernah nak berdendam pun...aku taknak persahabatan yang dibina rosak begitu sahaja...

Maafkan aku kepada yang dah follow aku.aku tak sempat nak terjah korang balik...alasan aku ya aku tengah bizi...bizi untuk korang juga...rakyat malaysia...itulah tugas aku pada korang semua...andai kualiti kerja aku tak bagus...ia memababitkan korang juga sebagai rakyat malaysia...Jadi maafkan aku andai tidak sempat menerjah korang...


Maafkanlah aku...sesungguhnya aku manusia biasa yang tak lepas dari salah dan dosa..Memohon banyak2 keampunan pada korang semua..anadai aku mati nanti taklah tertanggung dosa aku pada korang andai korang tak memaafkan aku..akhir kata maafkanlah aku...

SMILE ALWAYS!!!

Jumaat, 5 Ogos 2011

Beza Ramadhan dulu dengan sekarang

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum,...salam jumaat...salam keberkatan untuk semua..kali ni aku nak cerita beza ramadhan dulu dan sekrang...memang dah banyak bezanya...ini berdasarkan pengalaman hidup akulah..

Dulu bila nak buka puasa memang rasa seronok sebab family semua ada kan...tapi sekrang mungkin ada yang dah berkeluarga sendiri...jadi bukak puasa pun jarang dah nak berkumpul...lebih2 yang duduk jauhkan..semua keluarga mengalaminya kan...mungkin ada yang duduk dekat tu okaylah hari-hari boleh berbuka sama-sama...

Dulu bila nak berbuka puasa excited kan main sebab mak masak sedapkan..tapi sekrang excited juga tapi excited nak makan yang dibeli dari bazaar tu kan..lepas tu tak habis juga...beli banyak tapi makan sikit je..

Dulu asal berbuka mesti semua masak sendirikan..sekarang senang beli je kat bazaar ramadhan tu..belambak makanan...nak makan ape semua ada kan..hehe..tapi beli biar berpada ye...tengok juga makanan yang beri kesihatan untuk kita ye...kurangkan makanan yg berminyak..

Dulu banyak budak muda pegi terawih..tapi sekrang???pegi terawih juga tapi kat lepak kat luar masjid ...time moreh tu berhabis pulak makan...inilah perangai budak sekrang...tak sama macam dulu..dulu budak dia nakal juga tapi taklah sampai solat terawih dok borak kat luar surau..

Dulu budak dia suka main mercun yang selamat je...tapi budak sekrang memang terrer lah...dah mercun elok2,pandai2 nak ubahsuai pulak...itu yang ada putus jari segala...janganlah main mercun ni...berbahaya tau...kalau zaman akulah dulu...budak2 main bunga api je...mercun yang besar2 ni semua orang tua-tua yang main...bukan yg umor 20 tahun camtu...yang kira pangkat atok yang main tau...

Itusajalah dulu..karang terbabas pulak aku cerita yang bukan2..hahahaha...nanti ada masa aku sambung lagi..hehehe..

SMILE ALWAYS!!!!

Khamis, 4 Ogos 2011

Cerita Ramadhan 12 tahun lepas!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

 Assalamuallaikum...kali ni pulak aku nak cerita kisah aku di bulan ramadhan pada 12 tahun yang lepas..hehe..cerita dia camni.Masa tu aku dok kampung lah kan.Kiteorang dengan sepupu sepupu aku ni memang kaki lepak kat jambatan depan rumah aku ni lah.

 Jambatan tu memang laluan utama.jambatan kecik je..taklah tinggi mana pun kan.jadi nak di jadikan cerita pagi tu adik sepupu aku ni pegilah beli something kat kedai kampung sebelah kan.masa dia balik tu kiteorang masih lepak kat jambatan tu.Mengelabah dia nak lalu.Takut kene tahan dek kiteorang yang nakal ni kan..nakal ek bukan jahat..ahaks..

 Dia takut kene tahan dia lari kat jambatan tu sambil tutup mata apalagi "Kecebur" bunyi punyalah kuat..tengok2 dia dah kat dalam sungai..nasib air sungai cetek masa tu tapi ada lumpur kat bawah.Yang sepupu aku ni abang kepada yang jatuh ni punya kuat dia gelakkan adik dia..bukan dia nak tolong ke hape..Naik je kat tepi semua rasa nak ketawa sampai rasa nak tecirit pon ada.mane tak sebelah hitam sebelah putih..ahaks..

 Malam tu pulak kiteorang cadang nak round satu kampung termasuk kampung sebelah.Tapi takde lampu suluh kan..Sepupu aku cadang bawak lampu minyak tanah tu..yg buat dari tin minuman tu..haha.tapi baru nak buat projek dah kene sound oleh nenek aku..fikir punya fikir sepupu aku dapat idea..apa kata kita pakai lilin.bermulalah pengembaraan di malam yang gelap gulita itu...tengah syok berjalan ada satu titi ni..titi ni senget dan kecik...boleh muat sorang je pejalan..masa aku jalan lepas.semua sepupu aku lepas tinggal sorang je yang dok ketawa kan adik dia tu..kiteorang jalan je tak toleh belakang ..lepas tu kiteorang dengar bunyi "Kebabomm"
eh salah masukkan sound effect.."Kecebur"...

 Toleh2 kat belakang tak nampak sepupu aku ni...sekali tengok dah masuk dalam air..yang kiteorang ketawa 1 badan hitam kene lumpur..dah macam orang minyak dah.Itulah adik dia jatuh,dia ketawa sangat2..sekrang dia pulak yang jatuh,,,hahaha...sampaikan esok hari pun kieorang still kate kat dia ko ni busuklah bau lumpur..hahaha..jahat tak???hehehe..

 Itu dululah zaman jahil lagi..zaman budak kecik.Tapi sekrang sepupu aku ada yang dah kawin dan ada yang dah jadi bapa..aku???always maintain bujang lagi..ahaks...

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 3 Ogos 2011

Alahamdulillah

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum dan selamat sejahtera pada sidang hadirin...eh???dah macam nak jadi pengacara majlis pulak...hehe.alhamdulillah kesihatan aku semakin bertambah pulih atas doa rakan2 dan juga ahli keluarga..thanks kat korang semua..peluk korang ketat-ketat.

Ok nak cerita sikit pengalaman masa puasa aku dululah..masa tu aku ni masih sekolah rendah..masa tu aku puasa..jadi adalah sekor mamat ni..kawan akulah ni...dia dahlah tak puasa..lepastu dia pegi kantin beli burger.Tengah sedap2 dia mencekik dia tanya aku ko nak rasa tak??Aku dengan selamba je cakap boleh juga..masa tu aku lupa yang aku ni tengah puasa..

Jadi aku makan lah sesuap..sedap juga..tiba-tiba kawan aku yang sorang ni tanya..kau tak puasa ke harini??punya gelabah aku muntahkan balik apa yang ada dlm mulut aku..tak kira batallah kan.aku bukan sengaja masa tu.hehehe.tapi yang kes masa solat terawih...sepupu aku ni nakal tengah2 imam nak bagi salam,sepupu aku bakar mercun bom kat bawah surau dengan imam2 terkejut..nasib sempat bagi salam.

Teruk sepupu aku lari kene kejar oleh pakcik aku..hahaha..sapa suruh dia buat keje camtu..lagi satu aktiviti nak hujung2 ramadhan,kiteorng suka berlawan meriam buluh sapa yang paling kuat..sepupu aku bagi idea gila cara nak test kekuatan meriam buluh kiteorang tu..dia ajak pegi depan satu rumah..halahkan muncung meriam tu tepat kat pintu utama rumah tu..pastu "Baaaammmmmm"keluar tuan rumah dengan senapang patah di tangan..apalagi semua sepupu aku tertiarap atas semak..aku??..hahaha...
aku meniarap atas jalan raya betul2 sebelah pokok ara'tahukan pokok berhantu tu..hahaha..kalau ada kereta lalu masa tu confirm aku jadi lempeng..hehehe..

Oklah nanti ada masa sambung cerita lagi ok...apa pun masalah,apa pun kesedihan yang penting...

SMILE ALWAYS!!!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...harapa semua sihat walafiat harini ye...hari ni dh 2 ramadhan...mesti ada yang tertanya mana aku menghilang 4 hari lepaskan...betul tak??aku sakit sebenarnya...ni pun belum sembuh sempenuhnya lagi...dugaan dari allah s.w.t untuk aku..

Terlantar 4 hari asyik muntah pening,nak pitam rasa cam dah sampai masa pun ada juga..kepala aku ni rasa macam ada sarang tebuan..penuh dengan madu...jalan kiri senget ke kiri..jalan ke kanan senget ke kanan..bila duduk tetonggan ke belakang..

Yang paling seksa aku rasa bila muntah...bukan pregnant ye..yelah perut kosong xde berisi mestilah muntahkan...rasa macam isi perut ni nak tekeluar sama...dahlah muntah mata pun rasa cam nak tekeluar je...sampaikan aku muntah pejam mata...terfikir pulak bila aku muntah bukak mata tiba2 biji mata aku tekeluar jatuh kat sinki pulak...ahaks...gila tak imaginasi aku...

Dan panas badan yang melebihi tahap terlampau...lebih2 lagi bila letak kain basah dalam seminit dah kering..panas ke tak panas tu??itulah yang membuatkan diri ini lemah gila...terbaring terbungkang kat atas katil...dugaan dekat ramadhan ke ni??tahun lepas pun terjadi perkara yang sama...

Mungkin allah nak buangkan dosa dosa aku sebelum ni...sape tahukan...takpe..aku terima dengan redha....walau pun memang sengsara aku rasakan...huhuhu...kepada korang semua jagalah kesihatan ye...jangan sesekali abaikan...kalau kita terlalai maka segala penyakit senang menyerang kita...apapun yang penting??

SMILE ALWAYS!!!!!

Khamis, 28 Julai 2011

Owhhh ayam penyet!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...selamat tengahari...ni waktu lunch kan...korang dah lunch ke belom??
Aku ni tadi minum teh tarik ais je...makanan aku tak sampai lagi..aku nak makan ayam penyet harini..yelah minggu depan dah mula puasa...jadi tak dapatlah aku nak makan untuk sebulan..

Ayam penyet dia dahlah beso...puas hati jugalah...yang paling meletop sambal dia...sapa dapat habiskan memang aku tabik spring lah...pedas gila seh....aku makan pun meletop bila nak tuttt...tak boleh cakap..korang tengah makan tak pasal-pasal muntah pulak..

Mula-mula kawan aku yang perkenalkan ni...mula aku order tu lupa nak pesan sambal tu asingkan dari ayam tu...sekali dia campur je..fuhh berpeluh satu badan aku makan ayam tu...hehehe..memang pedas sambal dia...dan yang memusykilkan aku,meja sebelah aku asyik minta tambah sambal...memang gila lah orang tu...sambal punya pedas rileks je dia makan..

Kat semenanjung aku rasa lebih pedas kot sambal dia..hehehe...yang aku suka ulam dengan tempe dia..memang kelas makan dengan sambal tu...hehehe..manalah ayam penyet ni...jangan2 dorang baru nak tangkap ayam tak??hahaha...takpe sabar...demi ayam penyet kene sabar...

Okaylah nanti aku update lagi ye..manatau kot2 aku nak masukkan gambar ayam penyet tu kat sini..hehehe...

SMILE ALWAYS!!!!!

Aduh!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...semoga anda sihat semua..
kenapalah tahun ni banyak sangat penyait yang aku dapat??Mesti allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku kan...sekrang mata ku sebelah kanan sakit...dah merah dah...mata aku dahlah jenis ala ala korea gitu...ahaks...

Gila aku ni weh..sakit sakit pun nak buat lawak lagi...mata aku sakit bukanlah di sebabkan tengok benda bukan-bukan...bukan juga di sebabkan kenyit-kenyit mata kat aweks...mata aku ni sensitif sikit...kalau kene habuk sikit pasti akan merah dan kemarin kesnya bulu mata masuk dalam mata...pedih perit dan sakit hinggakan mata menjadi merah menyala seperti lampu trafik light..

Nasib baik lah harini dah beransur pulih...ini pun masih merah..bilalah nak pulih...aku rindu mata ala ala korea aku ni..mesti yang tengah baca ni akan muntah hijau..takpun muntah pelangi..semua benda keluar..

Okalah nak sambung kerja dulu...nanti aku buat entry lagi ok...kepada yang dah baca tu sila sila lah join segmen aku...menang dapat duit owh...ahaks...nak join??klik kat sini

SMILE ALWAYS!!!

Rabu, 27 Julai 2011

Segmen Pengalaman Seramku

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...okay...harini aku nak bukak segmen lah...nak buka segmen pasal pengalaman seram yang korang pernah lalui...ni bukan saja untuk suka-suka...sapa cerita dia yang paling seram dan banyak orang suka akan dapat hadiah..tak kiralah pengalaman sebenar atau nak kelentong pun boleh..yang penting cerita tu menarik...

ok perkara pertama yang korang kene buat.

1.Buat entri tajuk:Pengalaman Seramku

2.Letak header aku yang kat atas tu dan korang linkkan ke entry korang tu.

3.Dah siap tinggalkan Url korang kat ruangan komen ye..

4.Andai penyertaan kurang dari sepuluh automatik segmen ni terbatal ok..

5.Hadiah bagi cerita yang paling menarik mendapat topup RM 20..pemenang akan diadili berdasarkan cerita yang paling seram.

6.Penyertaan terbuka kepada semua...tidak ada paksaan untuk memfollow blog aku ni..kalau korang nak follow alhamdulillah...hehehe

7.tarikh tutup penyertaan akan diberitahu dari masa ke semasa..

itu je..

SMILE ALWAYS!!!!

Selasa, 26 Julai 2011

Pengalaman Seram.........

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...nampaknya tak jadilah aku nak tutup blog aku ni...Aku nak teruskan usaha aku utuk berblogging ni...Okay entri ni kira seram sikitlah ye...yang tak tahan atau takut termimpi cepat-cepat korang tutup...takut nanti ada ynag histeria pulak..

Kejadian ni memang dah lama berlaku...sewaktu aku masih sekolah menengah...kami ada 4 orang adik beradik..masa tu yang tinggal di rumah hanya aku,abang ngah aku dan adik aku..aku dan abang ngah aku duk sebilik.adik aku masa tu masih tido dengan mak abah aku..

KAtil kat bilik kiteorang tu kat bawah double dan di atas single..kebiasaan aku dan abang long aku tido kat bawah dan abang ngah ku tido kat atas..Masa tu abang long aku tu kat KL..dia study kat Uitm Shah Alam...

Pada waktu maghrib tu aku solat kan...mengahadap kiblat..kat sebelah kanan aku ada cermin muka yang besar...dan kat belakang belah kanan aku tingkap..Tengah-tengah aku solat tu..aku ternampak ada benda putih lalu depan tempat aku sujud terus tembus ke tingkap..time tu juga bau wangi menusuk ke lobang hidung aku..apa perasaan korang bila benda ni terjadi kat korang???
adakah korang akan lari??hehehe

Ni pengalaman aku selepas kejadian tu..abang long aku still kat shah alam kan..aku tido sorang kat katil bawah yang double tu..kat atas abang ngah aku..Tengah aku sedap tido masa tu tak tahu dah kol berapa kan..kiteorang kalau tido memang tutup lampu..memang gelap sangat-sangat..masa aku pusing menghadap ke tempat tido abang long aku,aku nampak samar-samar ada benda putih seperti di kafan sedang baring di sebelah ku..

Aku pun ingat itu abang long aku..tapi baru aku teringat abang long aku kan kat shah alam..habis tu siapa yang tido kat sebelah aku..bila aku bukak mata benda tu masih ada  betul2 kat sebelah aku..lepas tu aku pusing menghadap dinding buat2 tak tahu...bila aku toleh semula benda putih tu dah hilang...aku tak penah cerita kejadian ni pada family aku...aku pun tak percaya mulanya...tapi benda putih tu memang berbau minyak wangi yang sangat wangi...tak pernah aku hidu bau minyak wangi yang sama dekat pasaran kita ni...

Perkara ni memang betul terjadi..mungkin allah nak bagi aku peluang untuk melihat benda tu...atau pun sekadar menumpang untuk berehat...jadi apa perasaan korang kalau ada benda putih seperti jenazah yang berbalut kain kafan sedang berbaring kat sebelah anda???apa tindakan korang???mesti menjerit ni..hehehe..apa pun perkara ghaib ni susah untuk kita melihatnya melainkan dengan izin allah ataupun kehendak allah..
ihsan pakcik google

SMILE ALWAYS!!!!!

Tak siapa yang tahu!!!!

Kemana arah tujuku selepas ini??
Tak siapa yang tahu..
Adakah aku masih disini pada esok,
bulan hadapan atau tahun hadapan???
Tak siapa yang tahu...

Adakah aku sedih,gembira atau kecewa??
tak siapa yang tahu..
Adakah aku telah jatuh cinta???
Tak siapa yang tahu..

Hanya allah yang tahu,
segala susah senangku,
kegembiraanku,kesedihanku,kekecewaanku,
Hanya allah yang tahu,
bila sampai ajalku...
Ya,hanya allah yang tahu segalanya..

Isnin, 25 Julai 2011

Siapa aku????

Aku ingin berkata,
Siapa aku??
Siapa aku dalam hidupmu???
Aku ibarat benda yang tiada harga padamu..
Aku hanya seperti tunggul yang mati bagimu..

Kau...
bagi ku kaulah teman ketawa dan gembira ku...
Di saat aku sedih,engkaulah orang pertama yang akan ku cari..
tapi persahabatan yang dibina hanya sandiwara.
Sandiwara yang meruntun kekecewaan..

Aku kecewa..
kecewa kerana persahabatan yang dibina,
musnah begitu sahaja.
Ya aku sedar siapa diriku..
Aku sedar...
Aku manusia biasa yang lemah segala-galanya..

Tidak aku mengerti
mengapa engkau musnahkan persahabatan
yang telah terjalin selama ini.
Atas nama persahabatan,aku lepaskan engkau pergi.
pergi untuk selamanya dalam hidupku...

Selamat tinggal Semua!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum....mesti korang tertanya dengan tajuk di atas kan???Okay tajuk tu memang ada kene mengena dengan blog ni...Aku nak tanyalah kat korangkan...patut ke aku tutup blog ini??

Bukan sebab ada yang kritik aku kau kau punya....adalah sebab yang aku taknak cerita...kalau korang sokong aku tutup aku tutup..kalau ada yang still support aku aku akan buka sentiasa blog ni... buat masa ni itu je aku nak cakap...nanti aku bagitahu keputusannya ...thanks kepada yang sentiasa support blog aku ni... harap korang teruskan usaha ye..

SMILE ALWAYS!!!!

Jumaat, 22 Julai 2011

Arghhhhh!!!!! Tidak!!!!!!!

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum....bersama kita dalam rancangan darah ku naik lagi....betul ke ni???
Darah aku naik lagi???owhhhhhh..apa puncanya semua ni???tidak????adakah aku tension???mungkin ya...adakah aku tak jaga pemakanan aku????mungkin ya.....

Tahap merbahaya darah ni....systolic 180 distolic 111 pulse 100....bahaya tak korang baca.....yang ni dah tahap berjaga-jaga dah ni....kenapa boleh naik sampai macam ni???tidakkkkk...mungkin disebabkan faktor tekanan...stress,tension bagai segala...mungkin itu penyebabnya...atau pun faktor makanan yang buatkan darah mencanak naik seperti bursa saham.....mungkin ya juga....kalau dah sampai tahap ni kena cepat2 jumpa doktor...dah kena makan ubat sepital ni....takut bila darah dah naik mengila strok pula yg datang...strok ni yg bahaya sangat...boleh buat orang dapat 2 jalan...samaada jalan terus(meninggal dunia) atau tak dapat jalan(lumpuh)...

Jadi korang jagalah pemakanan,jagalah kesihatan..rajinkan bersenam..kalau boleh joging lah..kalau takde masa,carilah masa..kalau tak boleh kena bolehkan juga...jangan dah kena darah tinggi baru nak insaf...dah terlambat dah,.....huhuhu

Okay...bacaaan darah di atas bukan aku yang punya okay...ofismate aku...bacaan aku
systolic 124 distolic 72 pulse 71....yang ni adalah normal....alhamdulillah....ni kesan bila aku mengawal pengambilan makanan....dulu berat aku pun dah kira obes dah....tapi sekrg alhamdulillah dah turun dan dah slim dah..hahahahaha...bukan slim macam bini popye ok...slim sederhana...sesuai dengan BMI aku..hehehe..


SMILE ALWAYS!!!!!