CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Rabu, 3 Ogos 2011

Alahamdulillah

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum dan selamat sejahtera pada sidang hadirin...eh???dah macam nak jadi pengacara majlis pulak...hehe.alhamdulillah kesihatan aku semakin bertambah pulih atas doa rakan2 dan juga ahli keluarga..thanks kat korang semua..peluk korang ketat-ketat.

Ok nak cerita sikit pengalaman masa puasa aku dululah..masa tu aku ni masih sekolah rendah..masa tu aku puasa..jadi adalah sekor mamat ni..kawan akulah ni...dia dahlah tak puasa..lepastu dia pegi kantin beli burger.Tengah sedap2 dia mencekik dia tanya aku ko nak rasa tak??Aku dengan selamba je cakap boleh juga..masa tu aku lupa yang aku ni tengah puasa..

Jadi aku makan lah sesuap..sedap juga..tiba-tiba kawan aku yang sorang ni tanya..kau tak puasa ke harini??punya gelabah aku muntahkan balik apa yang ada dlm mulut aku..tak kira batallah kan.aku bukan sengaja masa tu.hehehe.tapi yang kes masa solat terawih...sepupu aku ni nakal tengah2 imam nak bagi salam,sepupu aku bakar mercun bom kat bawah surau dengan imam2 terkejut..nasib sempat bagi salam.

Teruk sepupu aku lari kene kejar oleh pakcik aku..hahaha..sapa suruh dia buat keje camtu..lagi satu aktiviti nak hujung2 ramadhan,kiteorng suka berlawan meriam buluh sapa yang paling kuat..sepupu aku bagi idea gila cara nak test kekuatan meriam buluh kiteorang tu..dia ajak pegi depan satu rumah..halahkan muncung meriam tu tepat kat pintu utama rumah tu..pastu "Baaaammmmmm"keluar tuan rumah dengan senapang patah di tangan..apalagi semua sepupu aku tertiarap atas semak..aku??..hahaha...
aku meniarap atas jalan raya betul2 sebelah pokok ara'tahukan pokok berhantu tu..hahaha..kalau ada kereta lalu masa tu confirm aku jadi lempeng..hehehe..

Oklah nanti ada masa sambung cerita lagi ok...apa pun masalah,apa pun kesedihan yang penting...

SMILE ALWAYS!!!!

3 ulasan:

anez zamri berkata...

zaman kanak-kanak puasa memang best.. :)

aizamia3 berkata...

hahaha.. kelakarlah entry ni..

part yang bakar mercun masa pak imam nak bagi salam tu lagi haru..

hamizah afifah berkata...

selamat berpuasa jay..

bese lar zaman kanak2...dri pengalaman kiter belajar.. :)