CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 19 Jun 2012

SABAH 3

Assallamuallaikum..

Hai korang..lama dah tak update blog ni kan?Mesti ada yang tertunggu-tunggu entri Jay mengenai Sabah ni kan?Ape??takde??wuwuwuwu..touching jap*sepak budak ni laju2*.Okaylah,kali ni Jay nak bawa korang melawat ke Daerah Tenom.Tenom ni terkenal dengan kopi dan Taman Pertaniannya..Tak caya jom mari Jay ajak korang jalan2..


Di dalam Taman pertanian ini terdapat bermcam-macam jenis tumbuhan,darilah pokok buah-buahan sampai lah ke pokok bunga-bungaan.Salah satu contoh Taman Anggerik atau lebih dikenali sebagai taman Orkid.
Papan tanda ke taman anggerik.
Jenis2 bunga yang ada di dalam Taman tersebut



Salah satu spesis orkid yg ada.


Di dalam taman pertanian Tenom ni ada terdapat satu buah ajaib...atau dalam bahasa saintifiknya "Synesepalum dulicifficum".Kelebihan buah ni adalah:

1. Keunikan rasa buah yang bertahan 2-3 jam selepas memakannya.
2. Gula mengandungi protin miraculin.
3. Merawat sakit gigi, kencing manis, malaria, buasir dan batuk.


Nak tengok macamana rupa buah ajaib ni??tengok gambar kat bawah ni..

ni lah rupa buah ajaib tu..

Okaylah dah cukup di area Tenom.Sekrang Jay akan bawah korang ke sebelah Timur Sabah pulak.Pertama sekali korang boleh buat aktiviti rafting di Kiulu River.Kat sini boleh dikira mencabar juga untuk buat aktiviti rafting ni..Sesiapa yang gemar aktiviti lasak seperti ini,jangan lepaskan peluang.Rugi kalau tak cuba..





Selepas itu kalau korang nak rasa udara yang sejuk dan nyaman,bolehlah datang ke kinabalu park.Di sini anda boleh merasai suasana yang segar dan nyaman,walaupun matahari tegak di atas kepala sekalipun tetap terasa kesejukan udaranya.
ini adalah gambar2 yang di ambil ketika Jay berkursus di kundasang.

Anda boleh mendaki gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di asia tenggara..Entri akan datang Jay akan ceritakan mengenai ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu..Kalau nak mendaki kena cukup kuat dari segi mental dan fizikal tau..hehe..

Okaylah buat masa ni sampai di sini sahaja dulu pengembaraan kita.Jay akan sambung lagi di entri seterusnya.Harap korang suka tengok gambar-gambar di atas.Gambar-gambar di atas di kreditkan utk google.hehe.