CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 29 Oktober 2013

Pagi yang Sedap

Assalamualaikum.

Gempak tak tajuk tu?haha.Sebenarnya takde apa-apa pun.saja je..Selamat pagi untuk semua umat Nabi Muhammad S.A.W yg masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah masih lg kita ketemu ya.Waduh waduh.kok pagi pagi gue ngomong indon ya.Heehe
Apapun Moga hari ini lebih baim dari semalam.

;)

Isnin, 28 Oktober 2013

Awal pagi depan office

Assalamualaikum

morning,selamat pagi,sobhal khair..Awal pagi jay dah TERPACAK depan office ni.Apa Kes!! Memandangkan Jay takde transport hari ni,so Jay terpaksa ikut dengan abah jay.

Jam 4.00 pagi dah kena bangun.Mata masih rabak lagi ni.Tapi demi tugas,kenalah bangun jugakan.Abah Jay masuk keja jam 6 pagi tu yang kena awal kalau nak ikut abah.

Abah dah bising sebab dia lambat oleh Jay.Maklumlah besiap 30 minit mengalahkan anak dara.Kau hado???haha.Tapi abah walaupun garang tapi baik hati.Best dapat abah yang tak banyak merungut.

Alhamdulillah Jay sampai depan office jam 5.30 pagi walaupun belum buka lagi.Awal sangat kan.Ok lah.pintu Office pun dah buka,Jay nak masuk keja dulu ya.Semoga ceria-ceria di pagi Isnin.

Isnin, 21 Oktober 2013

Ya Allah aku ingin berubah

Ya  Allah..
Aku ingin berubah,Kau berilah aku peluang untuk berubah.
kau berilah aku kekuatan iman untuk menghadapi hari2 ku
Kau berilah aku kesabaran untuk menghadapai masalah-masalah hidup ini ya allah

Ya Allah
kau lindungilah orang-orang yang aku sayang
kau berilah mereka cahaya hidayah mu,
Kau murahkan lah rezeki-rezeki meraka.

Ya Allah
Kau berkatilah hidup dia ya allah
Kau peliharalah dia ya allah.
kau ubahkanlah dia ya allah
Aku tetap sabar ke atas dirinya.

Ya Allah
Aku tersangat ingin berubah.tersangat ingin mendalami ilmu mu.

Im back!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.

Wah lama dah Jay tak buka blog ni kan.Dah bersawang sangat.Ada juga yang berkata Jay dah sombong kat blog.

Sebenarnya tak sombong pun.Cuma Jay perlu selesaikan masalah-masalah peribadi di samping kesihatan ibu Jay yang tak mengizinkan.

Insyaallah Jay akan aktif semula untuk blogwalking,melawat semua blog-blog yang selalu Jay lawati termasuk sifu BroFramestone.hehe.

Oklah sampai sini dulu ye.nanti akan ada post lagi dari Jay.

SMILE ALWAYS!!

Selasa, 23 Julai 2013

Hati

Hati..huh..hati ini sakit,hati ini pedih,hati ini luka.
Kau??kau faham apa hati ku kala ini?
hati yang dambakan kasih sayangmu,hati yang ingin selalu bersamamu
dikala senang atau pun susah..

Tapi..
tapi kau hanya menyenangkan hati ini dikala aku senang,
namun di kala aku susah engkau langsung tidak memahami hati ini.
Ya hati ini memang kotor suatu masa dahulu,
namun sekrang hati ini akan bersih sedikit demi sedikit atas izinnya.
Namun kau tetap menganggap hati ini masih kotor sama seperti dulu.

Hakikat...
Hakikatnya kau tidak merasakan hati ini,
Bila engkau merasa hati ini,kau akan faham suka duka yang tersimpan di dalamnya,
Kenangan yang amat memeritkan.
Semoga kau akan faham suatu hari nanti.

Jika
Jika aku sudah tiada lagi,
hati ini akn aku serahkan buat adikmu.
Aku harap dia akan sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak2
normal yang lain.
Ku doakan moga kau akan sedar suatu hari nanti mengenai hati ini.

Khamis, 28 Mac 2013

Sakit...

Assalamualaikum

Sakit.sakit sakit sakit..semuanya sakit.
Segalanya sakit.
Tak ade yang tak sakit.
Diri sendiri sakit.
Argh.....sakit......

Khamis, 31 Januari 2013

Dugaan

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni.Banyak sangat pekara yang terjadi dalam hidup ni.Mama Jay jatuh sakit.Keadaan mama Jay cukup merisaukan dengan berat badan yang tiba-tiba menyusut.

Doktor mengatakan hati mama Jay bengkak,kedua-dua buah pinggannya tak berfungsi dengan baik.Memang merisaukan Jay sekeluarga.Dengan masalah hidup Jay lagi.Tahun 2013 ni memang cukup-cukup mencabar.

Ya Allah,berilah aku ketabahan untuk mengharungi hidup ini.Kau sembuhkanlah mama ku seperti sediakala.Ya Allah,aku tetap redha apa pun dugaanmu buat hidupku.Sesungguhnya kau pentadbir di bumi mahupun langit.Hanya engKau yang mengetahui segalanya.

Kepada yang membaca atau melawat blog Jay yang dah lama tak update ni.Terima kasih kerana masih sudih melihat blog ni.Doakan semoga mama Jay sembuh seperti sediakala.

:(