CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 31 Mei 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum..hah kali ni Jay nak join segmen yg ABG BEN kite buat..Korang nak join??Klik banner dia atas..

Okay Jay nak story sikit apa kesan terhadap diri kita kalau merokok..Dulu Jay memang perokok.Terus terang Jay katakan..Tetapi sekarang alhamdulillah Jay dah berhenti sepenuhnya.
Dulu masa Jay merokok memang rasa best je.Tetapi tak pernah percaya pada kesan terhadap diri.

Jay taklah menjadi perokok tegar.Tiap-tiap hari nak hisap.Jay akan hisap berkala..tetapi kesan pada diri inilah yang membuat Jay terus berhenti merokok..Jay akan merasa semput jika berlari.Dada akan berasa seperti tak cukup oksigen..

Sebab tu lah Jay berhenti dengan segera.dan kesan tu masih lagi ada cuma dah berkurangan.Jadi Jay sarankan kepada remaja2 di luar sana janganlah merokok kerana kesannya sangatlah bahaya.Bayangkan setiap batang rokok mempunyai 4000 jenis racun contoh seperti karbon monoksida,contoh asap kenderaan. Tar..sama seperti tar jalanraya..

Jadi sama-samalah kita katakan taknak pada rokok..Jadilah masyarakat yang sihat dan bebas dari rokok..ungkapan iklan yang Jay ingat sampai sekarang "Don't Break my heart"mesti korang ada tengok kan iklan di mana seorang lelaki india tengah tunggu emaknya yang bekerja sebagai jururawat.Dan ada pesakit yang terkena kanser mulut kerana merokok.Seorang lagi memakai oksigen kerana semput dan pada masa itu isterinya tengah mengandung.Dan seorang lelaki india tidak mempunyai kaki kerana kakinya telah dipotong kerana akibat merokok.

So berhentilah demi orang-orang yang kita sayangi..

SMILE ALWAYS!!!!!

Isnin, 30 Mei 2011

Entry Orang sakit..!!!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum semua...Soli moli sebab tak dapat hupdate blog.Jay tengah demam sekarang ni..
Ni pun nak bukak mata pun tak larat..nasiblah hari ni dan esok cuti..

Hope korang sihatlah ye..dapat makan cekodok sambil menonton tv..Jay terbaring je kat atas katil..huhu..semoga korang bergumbiralah hendaknya..

Korang doakan aku sihat seperti sediakala ok..Mungkin dalam seminggu ni aku tak hupdate entry sebab bizi..tapi kalau sempat aku hupdate lah ye..hehehe..

Tapi komen dan BW tetap berjalan ok..Dan blog yang Jay belum terjah tungguuuuuu!!!!!..hehehe
Okaylah sampai sinilah dulu entry Jay ni..Esok-esok kalau sempat Jay hupdate ye..

SMILE ALWAYS!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 27 Mei 2011

Ranking Digi WWWOW Awards For Blogger Of The Year

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum..Hah mesti korang nak tahu kan sape Top 10 untuk Digi awards for blogger of the year kan??hah..meh sini aku buat untuk korang..hehehe..Korang tengok gambar yang aku susun..Bermula dari 10 hingga yang 1..hehehe

Ranking 10
Ranking 9
Ranking 8
Rangking 7
Ranking 6
Ranking 5
Ranking 4
Ranking 3
Ranking 2
Ranking 1


inilah ranking2 terkini dari Digi WWWOW Awards For Blogger Of The Year ..Hope korang undilah mana yang betul2 boleh jadi Blogger of The Year..Kalau Jay yang Ranking 3 tu Jay bagi menang..hehehe..Okay undi tau..Ada 10 hari sahaja lagi..hehehe..

SMILE ALWAYS!!!!!

Ben Ashaari????????

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...Hah terkojut ekau org yo??hehehe..Ni hah den nak koba kek ekau semuo..
Kenapalah korang ni..Cakap sokong Ben ashaari ??Tapi korang tak undi pun beliau dalam DIGI WWWOW INTERNET FOR ALL AWARDS..untuk kategori BLOGGER OF THE YEAR?

Sekarang Ben Ashaari dah jatuh ranking ke-4 korang tau..Kalau korang sokong ben ashaari jom kita ramai2 undi beliau..Kita naikkan ranking beliau semula..Tinggal 10 hari je lagi tau..hahaha..Aku ni dah macam memaksa pulak..Undi ikhlas hati ok..yg penting kita  sokong antara satu sama lain..

Waa pun nak undi banyak.lah..biar Ranking ABG BEN naik balik..hehehe..
Korang nak undi ABG BEN sekarang?? Bagus...meh KLIK SINI....
Dah klik??hehehe...bagus..camnilah dikatakan penyokong setia blog BEN ASHAARI..

P/S:Sory Abg Ben..Jay cuma nak promote untuk Abg Ben..kalau Abg Ben nak komen,komen je ok..kalau tak suka On the spot Jay boleh delete..tapi hope ABG BEN tak marah dan suka le..hehehe..


Klik gambar ABG BEN untuk ke blog beliau...Cara nak mengundi pun ada dalam blog beliau..

SMILE ALWAYS!!!!!

Pesta Kaamatan......

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

 Assallamuallaikum...Selamat hari Jumaat..Semoga perjalanan hidup kita hari ini diberkati allah s.w.t..Hari ni dah bnyak staff yang bercuti..Kan nak sambut perayaan Pesta Kaamatan..

 Meh aku story berkenaan pesta ni..Pesta Kaamatan ini diraikan oleh suku kaum kadazan/dusun di sabah ni..Pesta ini dipanggil "Magavau" dalam bahasa Kadazan..Perayaan ni merupakan perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu semngat padi.Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi..

 Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.




Sumber:Google


Hah..begitulah asal usul perayaan ini..Tak salahkan kita mempelajari asal usul sesuatu perayaan tak kira bangsa,agama atau kaum?..Kita ni kan rakyat malaysia.Rakyat yg berbilang kaum.Jadi Apa pun perayaan kita tetap menyambutnya secara bersama..Kepada Yang menyambut Perayaan PESTA KAAMATAN ni aku ucapkan selamat bercuti..selamat berpesta ye..Dan kepada negeri jiran pula akan menyambut Hari Gawai...Kamik ucapkan selamat Hari Gawai untuk Kaum iban di sarawak..Kamik dh rindu sarawak owh..Lamak gilak kamik sik pegi sia..hehehe..



Pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu cantik


Pesta Kaamatan  2009
 Okay tunggu entry yg terbaru dari Jay ok..hehehe

SMILE ALWAYS!!!!!!

Khamis, 26 Mei 2011

Penat!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...Sorilah hari ni tak dapat buat entry panjang2..huhuhuh..ni pun baru sudah breifing..penat lah dua hari asyik meeting,taklimat n breifing..

Memang dah tanggungjawab pada  kerja,organisasi dan negara.Nak buat camne lagi kan..Beginilah tanggungjawab harian aku untuk organisasi dan juga Negara..

Okay..Hari ni waa nak rehat kat rumah tengok tv sambil makan cekodok.Dan lepas buat perkara wajib waa akan terjah blog2 korang semua dan cuba membalas komen2 korang n mengomen entry korang..(Apalah budak Jay ni merepek)...

Okay see you all in blog..hahaha...nak p merhempit jap..hahaha..korang tunggu kedatangan waa k..Dan Jay akan sebut apa selalu bila di akhir entry???eh eh..pandainya korang...anak sapelah pandai sangat ni ye..hehehe

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 25 Mei 2011

Jom tengok siapa Follower ke-238 saya!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..Selamat malam..mungkin ada yg tengah makan dan mungkin juga da yg tengah lepak depan TV sambil mengunyah keropok lekor.Jay nak story kat korang sapa follower Jay yang
ke-238..

Beliau seorang yg simple but macho....Blog beliau pasti Jay akan tengok tiap2 hari..Beliau suka buat segmen yg best2 yg boleh buatkan kita berfikir dan berkreativiti..Mesti korang tahu sape kan??hehehe..


Tak sangka beliau memfolloow blog Jay yg tak seberapa ni..hehehe.. Jom tgok gambar bawah ni sapa kah orang yang dimaksudkan itu...jeng jeng jeng..Muziok please...drummmmmm tummmm cesssssss..Menperkenalkan.....

Tadaaaaa...
Korang kenal kan siapakah jejaka Macho tu..Of course Ben Ashaari...hehehe..
Thanks Abg Ben sudi follow blog Jay ni..harap Ab Ben sudi beri tunjuk ajar pada Jay ye..Jay pun baru ceburkan diri dalam bidang blogging ni..Ilmu pun cetek lagi..hehehe..

Thanksssss ABG BEN......................................................



SMILE ALWAYS!!!!!!

Meeting!!!! lagi!!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...Argh...kenapalah tiap2 minggu asyik meeting je...Hari ni pulak aku kena sampaikan taklimat kepada semua staff pada jam 2.00 nanti..

Tak boleh ke dalam sebulan takde meeting??Minggu depan ni pun meeting lagi 3hb Jun..
Lepas tu meeting lagi untukpersiapan dinner Jabatan..aish...penatlah gamaknya aku ni tiap2 minggu..

Ada orang boleh ganti aku tak untuk meeting2 tu??sapa nak ganti angkat tangan macam saya.(Macam usop wilcha lah pulak).Dapat makan free owh kalau pegi meeting..Makan cekodok dengan nescafe secawan..hahaha..

Okaylah..aku nak buat persiapan untuk taklimat petang ni...Nanti aku update lagi blog ni ye..tapi komen dan terjah tetap berjalan seperti biasa..hahaha...tunggu kedatangan Jay ke blog korang..

Ada sapa nak mintak belanja breakfast tak??aku nak p sarapan ni..hahaha..jom ikut Jay...

SMILE ALWAYS!!!!!!

Selasa, 24 Mei 2011

SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

Bermulalah pengembaraan Kapten Jack Sparrow bersama krew2 Balack pearl.
"Hoi MTT!!Apa ekau buek tomonung kat situ???Nak jadi macam Nuramina kah??Ayu sangatlah tu."dengan berlagaknya Jack Sparrow memaki hamun MTT.
"Hoi Jack Sparrow!!Mentang2 ko kapten,jangan suka hati nak marah oranglah."Kata Famili Ceria kepada Jack Sparrow. Keberanian Famili Ceria itu disokong cik pulau, fRaMe+LenSeS, Syuhadah Razali dan zieha hisham.


"Apasal korang ni??aku gurau jer lah..Itupun nak serius."
Dari atas tiang layar,Ujang9897 menjerit."Woi kapal Flying Dutchmans dah sampai.Cepat siapkan diri!!!!"
"Apa??dah sampai?cepatnye??"Kata L.a.n.u.n j.A.L.a.n.a.n kepada onenie.
"Apa korang tunggu lagi?cepat siapkan meriam.Kita akan berperang dengan kapal Flying Dutchman."

Di atas kapal Flying Dutchmans,Kapten Davy Jones aka gadis melayu mengarahkan budak2 suruhan beliau iaitu Lieyda, greenappleku.com, aku bukan captain....haha, dan Cik Cikki.
"Woiii..kita akan berperang sebentar lagi...Siapkan meriam semua..Kita tawan Black Pearl"
"Baik Kapten!!!"Kata anak2 kapal.

Tiba-tiba datang lagi satu kapal nak join berperang.Nama kapal tu Tongkang Pecah.
Kaptennya ENCIK BEDAK SEJUK a.k.a Han..Anak2 kapalnya terdiri dari ateyya, MAK DARA, geminigurlz, mynameismy @ My dan Abdul Farique..

Sedang ketiga-tiga kapal tengah bersiap sedia nak berperang dtg lagi sebuah kapal bernama Kapal Malin Kundang yang diketuai oleh MISS QASEH SAIFUDIN berserta anak2 kapalnya iaitu eryzi90, Nisha, mamaDiana (captain), Nadya O'Conner, dan nmirmo.

Tak lama lepas tu datang lagi sebuah kapal yg dinamakan Kapal Kapala.Diketuai oleh kapten zacky ~786~ berserta anak2 kapalnya Ez0Lleee, azizul, Izzat Nazmi, kemboja85 dan Areliff.Kapten memberi arahan supaya bersiap untuk berperang..

Muncul lagi sebuah kapa yang diberi nama Kapal Putar alam.Kaptennya cpahniza disertai anak2 kapalnya iaitu AzzAh, Liza @ Adzriel AB, CiK EmMa, azie dan ♥yaya budak suka embun♥.Mereka pun bersiap untuk berperang..

Bila Jack Sparrow a.k.a Jay memberi arahan untuk menembak,semua kapal terus menembak antara satu sama lain.Dan akhirnya Kapal Black Pearl aku hancur di bedil oleh semua kapal2 lanun tu..jahat kan dorang..akhirnya aku mengalah dan menampar diriku sendiri.Dan terjun dari tiang layar ke dalam laut..

Aku terasa badan ku dibasahi air..Rupanya mak aku simbah aku dengan air sebab tak bangun2 bila dikejut..hahaha..Sekali mimpi der...
Apasal semua geng blogger aku ada dalam mimpi aku ek??


P/S:Klik gambar di atas untuk menuju ke alam kreati Abg Ben..ehehe

SEGMEN DRAMA KREATIF BLOGGER bersama BEN ASHAARI ...

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..harap korang sihat hari ni ye..Okay harini Jay nak join lagi segmen yg Abg Ben kite ni buat..Korang nak join??klk banner di atas..


Waa nak watak Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean..Waa suka Jack Sparrow ni sebab dia ni lanun yg paling best kat dunia ni..Waa tak miss tengok dari Filem pertama pirates of te carribean curse of the black pearl sampai lah yg terbaru pirates of carribean on stranger tides..

Jack Sparrow ni cool walaupun banyak masalah yg menimpa dia contoh Captain Barbossa selalu mencuri kapal Black Pearl dari Jack Sparrow.Yang best bila Jack Sparrow dapat lepaskan diri dari Flying Dutchman yang diketuai oleh Davy Jones..Aksi Jack sparrow ni pun kadang2 membuatkan kita ketawa..hahaha..

Okay kenapa waa patut dipilih?..hahaha..Sebab Waa dengan Jack Sparrow bnyk persamaan..Suka bergurau walau dalam kesusahan.Nama panggilan waa kat rumah Jack..Sama dengan Jack Sparrow...hahaha..itu sajalah..hehehe

Isnin, 23 Mei 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Dikala aku tengah menunggu keretapi aku terjumpa dengan teman2 seperjuangan blogger.Aku terjumpa Belog MTT ,zieha hasim, Cik Oshin ,Kak Es dan Sunah Mohammad tengah dok menunggu keretapi sampai sambil mengunyah keropok lekor dengan ganasnya..

Tengah aku usha line menuju ke tempat mereka,aku terserempak dengan Arif Azmi ,kokser kokdam, Syuhadah Razali, GREENAPPLEKU dan Misa Amane. Assalamuallaikum..Korang nak pi mana ni?syahridzeah, RABIATUL ADAWIYAH ABD RAHIM, Aidanatasya, CIK EKA dan MyMye MyMya tak datang sekali kah?

Arif selaku ketua rombongan pun berkata.."Owh dorang datang dengan missQaSeh, cik azizah ,nuyui a.k.a miss NUSHA, NiSha dan munnafendy nanti." Sebenarnya apa yang menyebabkan korang datang sini..Kenapa mesti kita semua berjumpa kat sini??

"Aku pun sebebnarnya dapat panggilan dari faLiaa, ..::Tinta Hati::.., mcm ni lah ,bila hati izzaty hedry berbicara dan CIK NAJIHAH."
"Aku pun samalah wei.aku dapat panggilan dari UpProfits, Zacky, farah alias , AZZAH dan aii gazali."

"Sebenarnya apa kite semua kene berkumpul kat stesen keretapi ni??" Jap aku nak tepon qaseh johanna.Hello Qaseh..Ko ada dapat panggilan tak berkenaan kita semua di minta berkumpul di stesen keretapi?"

"Ada.Qaseh dapat panggilan dari Yana Yassin, misz eisya, nana riduwan, Encik Bedak Sejuk, dan izyan kaher."
"Qaseh tak datang ke ni??" "Qaseh datang lah Jay tapi i tunggu EYFAalias, Ashraf Jalil, alynn,
Bro Wacana dan anismelon datang amek Qaseh."

Semua blogger2 pun naik keretapi yang sama.Rupanya kiteorang dipanggil sempena surprise gathering untuk blogger2..kat sana aku jumpa sarah, C`Ayob-Ilmu Asas Hidup, IeRa, MISS QASEH SAIFUDIN, anyss syuhada, ♥yaya budak suka embun♥, Zaleta, Izzat Nazmi Saiful Bahri, Eza Boom Boom, DAYANA AZ,  dan ramai lagilah..

Best or gathering yang dorang buat..dapat jumpa sifu2 blogger semua..hehehe..

Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Part 4.

Sudah seminggu Sham cuba menghubungi Hani,
namun Hani tetap tidak dapat dihubungi.

Kampung Delima

"Hani!Mari tolong mak kejap.."
"Ya mak,Hani datang"Dengan cepat Hani dah berada di hadapan maknya.
"Hani,mari tolong mak potong sayur ni."
"Okay mak.Mak Dani mana?"
"Adik engkau tu pegi sekolah ada kelas tambahan katanya.Hani,mak nak tanya sikit  ni."
"Tanyalah mak."Sambil Hani tersengih.
"Mak tengok sejak Hani balik ni asyik termenung je?Ada masalah ke kat kolej?
"Emm..takde papelah mak.Hani okay je."
"Jangan lah Hani nak sembunyikan dari mak.Mak tahu Hani memang ada masalah.
Hani takkan dapat tipu mak.Mak kenal perangai anak mak ni."
"Malaslah nak cerita mak.Buat sakit hati je."
"Kenapa ni?Hani gaduh dengan Sham ye?"
"Taklah gaduh mak,tapi Hani kecewa dengan sikap Sham.
Depan Hani bukan main baik lagi,tapi belakang Hani buat hubungan dengan si Laila."
"Apa yang si Sham tu buat?"
"Hani nampak dia tengah berpeluk-pelukan dengan si Laila tu."
"Hani pasti ke yang Hani nampak tu Sham?"
"Pastilah mak.Hani nampak segala-galanya."
"Hani jangan tuduh melulu,tak baik tau.Hani kena siasat perkara ni betul-betul.Mungkin ada orang nak aniaya hubungan kamu berdua.Ada kamu jumpa Sham dan minta penjelasan dia?"
"Takde mak.Hani terus lari dari dia.Tu yang Hani balik sini."
"Kamu tak boleh buat macam tu Hani.
Kamu kena bagi Sham peluang untuk jelaskan perkara yang terjadi tu.Jangan ikutkan hati kamu yg marah tu,kelak diri yang musnah.Ingat pesan mak ni."
"Baiklah mak nanti Hani buat apa yang mak suruh.Cepatlah masak mak,Hani dah lapar ni."
Sambil Hani memluk dengan manjanya pada Mak Jah.
"Nakal anak mak sorang ni."





Adakah cinta Hani dan Sham akan bertaut semula?Atau Laila cuba untuk merosakkan perhubungan Hani dan Sham?Tunggu sambungannya..

Entry terdahulu:


Selamat membaca..SMILE ALWAYS!!!!

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..Korang nak join segmen Abg Ben kite ni??Klik banner kat atas..

Kreatif ni yang best..hehehe..dapat mengasah bakat semulajadi diri...Best segmen yg Abg ben buat..Bukan segmen kosong tapi segmen yg penuh dgn manfaat.. Jom kita join ramai2..

Smile always...!!!!

Anak Soleh dan Solehah???

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...Semoga hari ni lebih baik dari semalam..Apa khabar korang??sihat??..I hope you all sihat lah ok..Pagi tadi aku sempat dengar ceramah kat radio.Tajuk Anak soleh dan solehah..

Cuba kita renung bersama adakah diri kita sekarang ini adalah anak yg soleh or solehah??
Hah..persoalan yang susah nak jawab kan??hehehe..Okay salah satupoint yg aku dengarlah kan untuk mendapatkan ank yg soleh dan solehah dari segi didikan..

Didikan agama bermula dari kecil lagi..kita terapkan nilai2 islam di dalam kehidupan seharian,contohnya ajak keluarga solat berjemaah.Ajarkan mereka membaca al-quran dan berikan tazkirah selepas solat dapat mendidik dan memberi ilmu agama kepada anak2.

Point ke dua..Berilah keluarga kamu makanan dari sumber yang halal..Ini penting sebab apabila makanan yg kita beri bukan datangnya dari sumber yang halal akan merosakkan akhlak anak2 kita nanti..Sumber itu akan menjadi darah daging anak2 kita..Dan mulalah kejatuhan akhlak dan moral mereka..Mungkin ada yg berkata aku bagi wang rasuah pada family aku,anak2 aku tetap cemerlang.Dapat 5A dalam UPSR,8A dalam PMR,10A dalam SPM..

Tapi kita harus ingat bahawa itu kecermelangan di dunia,Akhiratnya adakah juga cemerlang?
Apabila kita meninggal dunia maka terputuslah semua perkara kecuali 3..
Doa dari anak2 yang soleh dan solehah,Sedekah jariah,Wakaf...

Adakah anak2 kita nanti akan mendoakan kita bila kita dah meninggal dunia??Bagaimana diri  kita sekarang adakah kita ini anak yg soleh or soleheh??Bersama kita fikirkan sendiri..


SMILE ALWAYS!!!!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

Tiada lagi PTK...Diganti dengan PROSPEK

Tiada lagi ujian
Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2011/05/2011




PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa

PUTRAJAYA:
Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.
Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.

“Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,” katanya pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, malam tadi. CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam.

Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.

Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.

“Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.

“Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.

Pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ujian PTK diperkenalkan pada 2003 berikutan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada Oktober 2002 menggantikan Skim Saraan Baru (SSB) yang diguna pakai bagi menilai prestasi kakitangan awam sejak 1990.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan mulai 1 Julai depan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Konsep baru itu akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan PTK di bawah SSM

Sumber Berita Harian

Khamis, 19 Mei 2011

Kawan aku rosakkan kereta Lamborghini aku yg bernilai RM1.1 juta

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..hahaha..gempak tak tajuk entry aku..sebenarnya ni adalah berita dari kosmo yang berlaku kat SYDNEY..Bukan kereta aku ek..aku takdelah kaya macam tu..Aku kereta MYVI je..hik hik..korang bacalah ye  berita kat bawah ni..


SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.
Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.
Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.
Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.
"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.
Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.
Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.
Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.
Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.

Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

Inilah hasilnya..
Sumber dari Kosmo..




Fuiyohhh kalau aku dapat kereta macam ni best owh..hahaha..tapi itulah sayang giler kalau rosak macam terjadi dalam berita kosmo tu kan..huhu.. Korang nak tengok gambar asal kereta ni??moh kite nengok..
Nilah rupa sebeno kereta tu..
Kalualah aku kaya sekalipun,aku taknaklah beli kereta macam tu..Lebih baik aku buat amal jariah..Sedekah kat anak2 yatim,rumah orang tua2,Orang miskin..Dan aku impikan hendak membina masjid dan wakafkan untuk orng ramai....

SMILE ALWAYS..

ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..Jay nak join lagi segmen yang ABG BEN buat..korang nak join??klik banner di atas..


Andai kekasihku dikebas orang..Confirm aku marah plus sedih..Takde pompuan lain ke korang nak kebas??Ni makwe aku juga yg jadi mangsa..Tobatlah wei..Banyak lagi pompuan lain kat luar sana tu..

Aku tak suka lah perkara camni terjadi..dah 8 kali awek aku kene kebas..tapi dorang juga yang nak sangat lelaki tu..Aku relakan dikau pergi kekasihku..Dah ,mula aku mencarut ni..

Tak baik korang kebas awek orang ni..Boleh membawa padah tau..Tapi aku memang tak suka nak kebas awek orang walaupun aku jatuh cinta dengan dia.Aku faham perasaan macamana bila  awek  kene kebas dek orang lain..

Tapi aku memang tak suka kalau awek aku kene kebas...meresap je darah untuk mengeluarkan amrah yang paling maksimum.Itu kalau ikut hati.Kalau guna akal insyallah takkan terjadi semua itu..:)


itu jelah aku nak katakan...

SMILE ALWAYS!!!

bloglist solomolo - kini dibuka



Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...hari ni aku nak join bloglist en.solomolo ni..
Blog beliau ni best.Banyak informasi dan cerita yang menarik..Semoga terus sukses ye ..

Jadi apa lagi jom kite ramai2 join bloglist beliau ni..nak join???Klik banner cik solomolo di atas..

Kategori: bloglist encik solomolo

Rabu, 18 Mei 2011

Syukran....

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum...Alhamdulillah dah mencapai pun target kedua dalam jangka masa yang singkat..
Follower dah sebanyak 207 dalam tempoh sebulan lebih je..Thanks kepada korang semua yg support aku..:)

I love korang.....

SMILE ALWAYS!!!!!

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum..kali ni Jay nak join lagi segmen Abg ben ni..Korang nak join juga??klik banner di atas..

Soalan abg ben kite
'SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI.'

Bagi saya memang setuju bahawa pihak pengantin lelaki harus menyediakan wang hantaran seratus peratus.Ini kerana melibatkan soal maruah keluarga pihak lelaki.Kita berkehendakkan anak perempuan mereka tetapi tidak dapat menyediakan wang hantaran seperti yang diminta.Bukankan akan memalukan diri.Jadi perlulah menyimpan terlebih dahulu sebelum menyunting seseorang.

Tapi dalam zaman ini harga barangan pun dah meningkat.Perempuan itu sendiri haruslah membantu lelaki yg bakal menjadi suaminya.Tidak lah pihak lelaki berhutang semata-mata hendak berkahwin dengannya.Itu pendapat akulah..Setiap orang berbeza pendapat kan..


Ok itu sahajalah abg ben...


SMILE ALWAYS!!!!!

Pasangan.............

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum..bersama lagi kite dalam rancangan smile always..hahaha..Sengal je aku ni...
Takdelah..aku nak tanya koranglah ye..Ape yang korang nak ada pada pasangan korang..tak kiralah hensem ke,perangai ke..

Bagi akulah kan aku nak pasangan aku tu nanti faham dengan perangai dan karenah aku yang suka bergurau ni.Jangan pulak dia cepat kecil hati or terasa..Aku suka buat orang ketawa or tersenyum walaupun aku dalam berduka or sedih..

Aku nak pasangan aku nt faham dengan kerjaya aku sebagai penggerak negara.Aku ni kan busy giler..hehehe..Tapi takdelah sampai nak abaikan tanggungjawab terhadap keluarga..Tanggungjawab mesti jalan bro..itu amanah allah...hehehe

Dan aku nak pasangan aku tu nanti boleh jalankan tanggungjawab sebagai peneman hidup aku untuk dunia dan akhirat...yang penting pandai masak dan menambat hati mak ayah aku..hehehe

Sape rasa ada ciri2 tersebut bolehlah isi borang dan sertakan resume sekali ye..wah macam nak cari jodoh je aku ni??takdelah..gurau ok..taklah sampai buat macamtu..nanti ada pulak yang berkecik hati pulak..hahaha...Okay sampai sini dulu..kalau korang ada masa komenlah ye bg pendapat..hehehe.

SMILE ALWAYS!!!!!

Kerja dan cuti!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!


Assalamuallaikum..Hai korang semua..apo kabo??sihat??alhamdulillah.Hari ni aku nak mengajak korang pergi keje..haahaha(aku ketuk juga kepala budak ni)..Memanglah keje takkan cuti pulakkan..haha..

Takdelah,korang pernah tak dalam sebulan takde cuti?Or sebulan bnyk kali cuti.Aku sebulan 4 kali je cuti.Hari ahad je.Hari lain aku kejelah..Bestkan kehidupan aku.Cuti pun berapalah sangat..

Korang setahun berapa kali bercuti?bagi yg bekerja lah ok..Yang menganggur tu memang sepanjang masa cuti..hehe.aku setahun hanya seminggu bercuti.Peruntukan setahun 25 hari.Beginilah tanggungjawab yg patut aku laksanakan demi negara.Aku korbankan percutian demi kerja yang lebih penting.

Tapi kalau dah kawin confirmlah mesti ada masa untuk isteri kan.Nanti isteri merajuk pulak taknak masak,taknak basuh kain baju,taknak kemas rumah.hahaha..bahaya tu..Jadi kene pandailah jaga perasaan isteri..:)

Wah dah masuk bab rumahtangga pulak..Aku single ok.tetapi hatiku telah dicuri dan di bawa lari jauh..hahaha..Korang nak tau??mana boleh,rahsia besar tu..hehehe..biar aku dan dia je yang tahu..

Okaylah nak rehat.Dah time lunch ni.nanti aku buat lagi entry k..harini aku nak buat entry bnyk sikit.
Nak ikut saranan Abg ben..hahaha.

Apa yang penting???Bukan kerjasama je..Apa yang penting????


SMILE ALWAYS!!!!!..

Isnin, 16 Mei 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum.Harini aku nak join jugalah segmen yang ABG BEN kite ni buat.Korang nak join?klik kat banner atas tu.Alah muka Abg Ben yang hensem dan nampak santai je tu..(Habislah aku kene cop nak bodek abg ben pulak nanti..)


BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ?

Bagi diri aku,aku lebih suka bercinta dulu.Sebabnya kita dapat mengenali hati budi pasangan masing2.Dari bercinta itu jugalah kita dapat kenal perangai pasangan,tapi tak tahulah kalau lepas nikah berubah pulak kan.

Seperti pengalaman aku yang lepas.Aku hampir 8 kali terjebak dalam dunia percintaan ni.Banyak suka duka yang aku telah tempuhi.Memang ada manis dan ada juga pahit.Sepanjang 8 kali aku bercinta aku tak pernah memutuskan hubungan tetapi ex2 GF ku yang memutuskan perhubungan kami.Semuanya mempermainkan perasaan aku saja.

Dalam percintaan ini jugalah yang membuatkan aku hampir2 hilang kewarasan.Mungkin tekanan yang aku rasakan tak dapat aku tanggung.Akibatnya aku terlantar tidak dapat bergerak hampir sebulan.Yang jadi pengalas perutku hanyalah air dan susu.

Tapi sekarang aku dah sihat dan alhamdulillah semangatku sudah pulih.aku berharap janganlah korang merosakkan diri kerana cinta.Carilah cinta yang sejati.Saling membimbing dan amanah pada tanggungjawab yg telah diberikan oleh allah kepada kita semua..

Kalau korang nak baca lebih lanjut kisah cinta hidup aku korang KLIK SINI.Korang akan tahu betapa teruknya kekecewaan aku dalam bercinta.Harap jadikanlah pedoman dan berhati-hatilah.Ini pesanan aku pada kawan2 blogger.

Maaf abg Ben terlalu panjang pulak luahan hati ini..hope Abg ben tak marah dan sudilah abg Ben mengajar saya dalam berblogging ni.Smile always:)

Spesis yang makin bertambah di dunia ini.

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum kepada semua.Korang pernah jumpa tak spesis yang depan korang pijak semut pun tak mati..Belakang korang nauuzubillah macam syaitoooonnnnn...Pernah tak?Kalau pernah angkat tangan macam saya...manalah korang nampak aku angkat tangan mana kan??hahaha..

Orang yang perangai macam ni memang wujud di sekeliling kita.Dalam kehidupan seharian kita spesis ni pasti ada.Tak kira di mana anda berada.usah biarkan hidup anda diselubungi misteri..(apasallah budak ni masuk misteri nusantara pulak??Out tajuk lah wei).
Opss sori aku melalut jap..hehehe..

Korang rasalah apa yang patut korang buat bila berhadapan dengan spesis macam ni??Adakah korang akan cakap"Kite bako"hehehe..

Atau

Korang nak balas dendam kat spesis ni..Bagi aku spesis macamnilah yg patut di hapuskan,mana tak menyusahkan orang,memusnahkan perhubungan orang dengan orang lain.Ape kejadahnye nak rosakkan perhubungan orang lain..Mesti dorang nak curi perhatian je.Pastu bajet dorang ni serba bolehlah.

Sadarlah diri sikit wahai spesis2 ni..Korang tu sama juga macam kiteorang takde bezanya.Depan allah kita semua sama.Cukuplah merosakkan jiwa dan perhubungan orang.Jagalah diri sendiri.Jangan asyik nak mencari salah orang lain..

Aku betul tak faham macamana spesis ni boleh wujud kat dunia ni..Takkan dorang takde akal?tapi dorang manusia.Jadi gunalah akal sebelum bercakap dengan orang lain.Nak tegur pun biarlah beradap,jangan menegur dengan cara kurang a**r.

Benda ni memang dah terkena kat aku,sebab tu aku buat entry pasal spesis ni.Tapi apapun ada akal kita fikir,ada mulut kita jaga ada bibir smile always..hehehe..dah jadi tagline aku pulak kan smile always..hehehe..hah tengok korang senyumkan..macam tulah muka bertambah berseri2 takdelah monyok sampai ke malam.okaylah harap korang enjoy n hepi ye..smile always:)

Selamat Hari Guru...

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum...Selamat Hari Guru buat Guru2 di Malaysia dan tidak lupa juga kepada bakal2 guru..Walaupun hati aku tak berapa nak sihat hari ni,demi semua aku tetap cuba untuk ceriakan korang semua.(jiwangnye mamat ni??).

Dulu aku ni kat sekolah kire nakal jugalah..tapi takllah sampai ada kes disiplin.Dulu masa sekolah rendah aku pernah gaduh dgn budak darjah enam,masa tu aku darjah 4..gile tak aku??ngeh ngeh....aku ingat lagi cikgu yang tolong aku masa tu.Cikgu aziz namanya..tak tahulah dia kat mana sekarang ni..

Kat sekolah menengah pulak semua cikgu aku best giler..Yang paling best bila penolong kanan hal ehwal murid kamcing dengan kiteorang..hehehe....Beliau mengajar subjek ekonomi..hehe..I love ekonomi..hahah..

Okaylah aku tengah busy sikit ni..harini aku ada meeting n taklimat lagi,,penat betullah.Macamnilah tanggungjawab sebagai govermant servantkan..hehe..Nanti ada masa aku buat entry lagi ye..Semoga korang hepi2 selalu..Apa aku selalu kata kat korang??Smile always k..hehehe..

Sabtu, 14 Mei 2011

JAIDIARI FIRST RANDOM GIVEAWAY

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamualikum..Jawab korang.Tak jawab dosa.Betul kah tajuk di atas??Betullah tu.Sape rasa nak join boleh join ok.Takde yang nak melarang.Cuma hadiah tu taklah segah mana pun..hehe.Nak join???ok ni syarat2 nya..

1.Letak header blog aku.

2.Tajuk:JAIDIARI FIRST RANDOM GIVEAWAY???dan korang link kan ke entry ni.


3.Lepas tu korang buatlah cerita pape tentang blog aku ni.

4.Dan jangan lupa tinggalkan url entry korang kat sini.

5.Terbuka untuk follower aku.kalau nak join mesti follow lah ye.hehe.

Hadiah pertama:Topup Rm 30
Hadiah kedua:Topup Rm 20
Hadiah Ketiga Topup Rm 10

Itu je hadiahnye..Terpulanglah kalau korang nak join k.hehehe..Waa ni ok je kalau ada yg nak join.Waa buka sampai 31 Mei 2011..Cepat join sebelum terlambat..:)

Smile always..:)

Blogger Support Blogger :: Tugasan Pertama!




Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..Yes akhirnya aku berjaya buat blogwalking n follow semua..Semoga kita dpt berkenalan dgn lebih erat lagi..Semlam sedih nye tak dapat bukak blog seharian..boring giler waa cakap luu.Tapi sekarag dah okay..

Korang klik je banner tu kalau nak pegi tengok list yang join segmen ni.Korang nak masuk pun boleh juga..Jom kita pakat ramai2 join segmen ni..Smile always:)

Khamis, 12 Mei 2011

"Segmen Blogger Support Blogger".



Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum...best segmen ni..Jom kita pakat ramai2 join...
Dapat kenalan baru owh..:)..I like to be your friend..Smile alway:)

Apa lagi korang tunggu Joinlah..Ops lupa nak bagitahu camne nak join kan..hehehe..Korang klik je banner di atas k..Smile always:)

List blogger join SEGMEN PH:Benda yang paling aku suka???

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum..Salam  kepada semua sahabat blogger ku yang ku kasihi dan cintai..(Skemanya ayat dak ni..puihhh).Okay waa hari ni nak tutup Segman Waa SEGMEN PH:Benda yang paling aku suka???Okay ni senarai blogger2 yang telah join ye.

1.http://nuruashia.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
2.http://bingkisancintaku.blogspot.com/2011/05/saya-joinsegmen-phbenda-yang-paling-aku.html
3.http://jamlocengkita.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
4.http://aweksomban.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
5.http://adibsyazwan.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
6.http://laluan-kehidupanku.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
7.http://gurlgemini.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
8.http://subieymerle87.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
9.http://cthaslinda.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
10.http://micciedelweis.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aq-suka.html
11.http://donashiefun.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
12.http://marlizamazlan.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html
13.http://littlelulu-cempaka.blogspot.com/2011/05/benda-yg-paling-aku-suka.html
14.http://temporaryland.blogspot.com/2011/05/benda-yang-paling-aku-suka.html

Itu je yang join segmen waa....sikit je kan..Takpe ni segmen percubaan waa.Tapi waa bangga juga dorang ni sporting join waa punya segmen..thanks ye..Korang terjah lah blog2 dorang ni..semua blog dorang ni best2 tau..Terjah jangan tak terjah.hehehe:)..

Sape yang nak join GA aku boleh join..still open lagi tau..Apa?tak tau nak join cam mana?
Senang je.okay korang KLIK SINI...Itu je..See you in next entry..Smile always:)

Rabu, 11 Mei 2011

Segmen Review Bersama Izzaty Hedry



Waa nak Izzaty herdy review blog waa sebab  waa nak tingkatkan lagi trafik n waa nak cari kawan seramai yang mungkin tak kiralah yang baru or lama..hehehehe.


Waa nak tag semua follower waa..
kalau korang nak join klik jer banner di atas..hehee

Overtime!!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamualikum..fuh fuh..tiap2 hari aku kene OT.Apelah kejadian diriku,balik lewat lepaih tu penat.Owh sungguh memenatkan.Kalaulah ada bantal dan tilam kat sini confirm tido je.
Korang pernah tak tiap2 hari OT sampai ke malam.6 hari seminggu.fuh...

Inilah kejadian yang akan menimpa anda kalau kerja yang ada dateline.Betul tak?
Macam aku ni kerja dateline tiap2 15hb.Tak ke mampus nak siapkan.Dahlah data nak dibuat tu berpuluh2 ribu.aish...penat2..,,letih2....(dush,dush)..errr..sori bos.aku bukan kutuk bos..aku cerita pasal kerja ni..

Garang nye bos ni..hahaha..Mana tak garang pengarah beb..dah masuk bahasa rempit pulak..Sebenarnya aku takde idea nak buat entry ni.tapi bila terfikir aku tiap2 hari OT,mesti ada kejadian yang sama dengan aku kan..:) (tolonglah support waa,korang cakaplah korang pun sama cam aku)..

Hehehe..yes  thanks korang sokong aku..hahaha..bahgianya..(dush....)Sori bos aku gelak kuat ke tadi...sori ye bos..fuh mata au dahlah jadi beruang panda.tak cukup tido.bangun pegi keje dahlah awal.Hari sabtu keja juga,hari Ahad baru dapat bangun lewat.itupun jarang2 berlaku..aku ni suka bangun awal..hehe:)

oklah takde idea sebenarnya ni..aku nak komen2 kat entry2 korang lah..Apapun hidup mesti ceria,Smile always..Dan blog yang belum Jay terjah,tunggu kedatangan Jay hehe..Owh ya sebelum aku lupa GA aku still open ek.Sapa yg sudi nak join KLIK SINI...Bubye..ngeh ngeh...