Potret ini dilukis oleh seorang hamba allah yg aku kasihi |
Assalamualaikum my frenz.....hari ni aku terfikir nak cerita kisah suka duka percintaan ku yg sebanyak lapan kali dalam hidup ini...mungkin ini ketentuan yg allah dh berikan pada aku...iaitu keperitan,kesedihan dan kesakitan...(baca dgn nada sedih tau..)
Namun semua itu telah aku lalui dgn tabah dan tenang...semakin hari,semakin aku berazam utk mencari cinta yg sejati...cinta yg bukan kerana kemewahan,cinta bukan kerana paras rupa,cinta bukan kerana suka-suka..
aku percaya di luar sana mmg masih ada gadis atau aweks yg mempunyai cinta yg suci dan ikhlas..cintakan seorang lelaki bukan kerana rupa,kekayaan atau saja suka-suka..tetapi mencintai diri lelaki itu kerana allah s.w.t...
Cinta aku yg pertama di kala aku berumur 13 tahun(cinta monyetlah katakan) ...aku menyukai seorang aweks..nama dia D. D adalah seorang pengawas di dalam sekolah ku...dia sungguh comel dan
kiut-miut...aku slalu menatap wajahnya ketika perhimpunan sekolah...pernah aku menulis surat utknya dan memberi pada kawannya utk disampaikan pada D...D membalas surat itu dan alangkah gembiranya aku masa itu...kami pun berkawan rapat semenjak itu..tetapi akhirnya aku ditinggalkan kerana D berpindah ke Sarawak mengikut familynya..alangkah sedihnya aku pada masa tu...perasaan aku habis jatuh berkecai bagai kaca jatuh terhempas kat lantai(punyer jiwang ayat ni...)aku tetap kuatkan semangat aku utk teruskan pelajaran..
Bila aku memasuki umur 14 tahun,aku sekali lagi jatuh cinta pada seorang aweks... biarlah aku namakannya sebagai gadis E...gadis E ni memang seorang yg baik hati....walaupun dia tua setahun dari aku tetapi dia tetap menghormati aku....aku masih teringat apabila aku busy dgn projek sekolah ditambah keje portfolio yg berlambak,,dia sanggup menemani ku utk menyiapkan semua kerja ...bila mata aku dh pedih dia akan menolong mnyambung semua tugasan tugasan ku..betapa aku merasai bahagia di saat itu...namun kebahagiaan itu hanya sementara...akhirnya E juga meninggalkan aku kerana keluarganya berpindah ke semenanjung..aku sungguh frust masa tu kerana semua org yg aku syg mesti akan pergi meninggalkan aku..hari terakhir E bersama ku dia menitiskan airmata apabila bersalam dgn ku...itulah pertama kali dalam hidupku melihat seorang perempuan menitiskan airmatanya utk seorang lelaki...selepas itu aku berjanji pada diriku tidak akan bercinta..
Tapi takdir allah s.w.t hati ku terpaut pada sorg aweks yg bernama M....M ni mmg cantik mmg lawa mmg comel...tapi aku bukan menyukai dia kerana semua itu..aku mencintai dia kerana sifatnya yg manja dan sungguh carring...itu yg membuatkan aku terpikat padanya..bila usia perhubungan kami mencecah bulan kelima aku melihat perangainya yg sebenar..rupanya selama ini dia ada lelaki lain di belakang aku...kawan aku yg menyampaikan berita ini,mulanya aku xpercaya pada kawanku hinggakan aku sanggup menuduhnya cuba merosakkan hubungan aku dgn M..tetapi bila aku sendiri menyiasat dan mmg betul apa yg dikatakan oleh kawan ku itu...depan mata kepala aku sendiri aku melihat M bersama dgn seorng lelaki bukan main mesranya dorg berdua(rase menyampah je)...pabila aku menanyakan siapakah lelaki yg aku nampak bersama dgnnya,dia menjawab bahawa itu adalah sepupunya...tetapi xkan sepupu sampai berpeluk-pelukan???
mulalah dia menuduh aku cemburu buta hinggakan aku di tampar dan di ludah di depan kawan kawanku...ini kah balasan yang aku terima setelah aku berikan seluruh kasih sayang dan jiwa raga aku kepadanya???nasiblah aku ni bukan lelaki dayus yg nak balas balik tamparan wanita dia tu.mungkin allah s.w.t nak sedarkan aku utk fokus pada pelajaran...
Cinta aku yg selebihnya tu xde yg menarik sgt..biasa-biasa je....Hai cinta sejati..bila kah aku akan dpt menemui mu....hai cinta..dtglah kau kepada ku..sesungguhnya aku merindukan dirimu cinta....cinta yg kekal adalah cinta sorang hamba pada penciptanya....
(sedihnye cite kenangan aku ni wei....korang x sedih ke??? sedihlah wei..joinlah aku yg dalam kesedihan ni...)
2 ulasan:
huuu sedey sgt la...mcm kisah novel plak..
kalau Jay nak buat novel pun boleh pasal cinta Jay ni..tapi takut nt semua sdey je...:(
Catat Ulasan