CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 27 April 2012

Thanks to follower ke-444

Assallamuallaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadarat ilahi.Ada juga yang sudi lagi memfollow blog yang telah agak usang ini.Thanks untuk follower aku yang ke-444..cantik nombor tu..hehehe..korang nak tahu siapa dia?? Jom terjah ramai2 blog beliau..



Sori ambil header tanpa kebenaran.:)
 Inilah follower yang ke 444..Korang terjah blog dia ek.comel jer blog dia ni.Lagi bagus follow sekali..Tuan empunya Blog ni berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang.Kalau rasa2 nak belajar bahasa Sarawak klik sini .Bahasa Sarawak ni tak lah susah mana pun.

So terjah ek.BTW thanks pada semua yang follow.Nanti Jay akan buat kunjungan balas tau..
Thanks for Segmen Ben Ashaari.dapat juga rakan2 blogger baru.:)

SMILE ALWAYS!!!

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


Assallamuallaikum..

Dah lama tak join Segmen Ben Ashaari ni..Walaupun kira Jay dah setahun berblogging but Jay nak join juga..Nak kenal blogger2 baru.:)

Kalau korang rasa nak join segmen ni just klik gambar macho Ben Ashaari tu hah.Buka sehingga 3 petang ni sahaja.

Jay rasa yang sama dengan blog Ben ashaari tang Santai...:)

Smile Always..

Rabu, 25 April 2012

Aku Seorang Artis???

Assallamuallaikum

Apa khabar semua.Diharapkan anda semua sihat walafiat di samping orang-orang yg tersayang.Hari ni hari Rabu.Satu lagi lembaran baru buat hidup aku.Hidup yg penuh dengan perjuangan selagi nyawa dikandung badan.

Ada yang mengatakan hidup ini umpama sebiji roda.Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.Memang betul sebab bumi kita pun berbentuk bulat.adakala kita di bawah adakala kita di atas..cuma kita tak sedar kerana adanya daya tarikan graviti.:)

Begitu juga aku.adakala org kata muka aku macam AARON AZIZ..adakala orang kata muka aku macam ADI PUTRA.Esok esok orang kata macam FIZO OMAR pulak.Entah mana satu yang betul pun aku tak tahu.Korang rasa muka aku macam siapa??saje ngade ngade harini.

Bagai ombak membadai pantai.Adakala kuat dan adakala ombak itu mati.Air laut yang membiru menjadi tenang.Setenang wajah IZZAH di dalam OMBAK RINDU.Sekuat mana pun badai mendatang tetap tenang bersahaja.

Begitu juga hati dan perasaanku.Adakala tenang setenang AIDIL di dalam NUR KASIH.dan adakal timbul kekusutan seperti MALEK di dalam KL GANGSTER..Adakalanya juga hati ku selembut ZIKIR di dalam drama TENTANG DHIA..

Kesimpulannya adakah aku pun seorang retis??*ayat minta penampar..*

P/s:khusyuknya memabaca..hahaha..jangan marah ha..hehehe

SMILE ALWAYS!!!

Selasa, 24 April 2012

Penantian..

Assallamuallaikum..

Penantian yang tak pernah kunjung tiba.sampai bilakah saatnya aku akan bertemu dengan si dia?Adakah aku akan bertemunya di dunia sementara ini atau di akhirat kelak?Semuanya rahsia Allah swt..

Ku harap Penantian selama ini takkan sia-sia.Andai dia adalah yang terbaik buatku seperti tertulis di loh mahfuz,aku bersyukur kepadamu Ya Allah.Bersyukur atas nikmat yang engkau berikan.akan ku pikul segala tanggungjawab dan amanah yang telah engkau tetapkan.

Amanah yang tersangat berat dan besar buat diriku yang akan menjadi pendampingnya dikala suka,duka,senyum,tawa,tangis,hiba dan tanggungjawab untuk membimbingnya ke jalan mu Ya Allah.Mencari nafkah yang halal buat dia dan bakal anak-anak ku.

Aku tidak segagah abu bakar as-siddiq..Aku tidak sebaik ali bin abi talib..aku hanya insan biasa yang masih banyak kekurangan..Tetapi aku sentisa berusaha untuk jadi yang terbaik buat diriku,bakal isteriku dan bakal anak-anakku.

Ya Allah..andai belum tiba masanya engkau ketemukan aku dengan dia ku harap Engkau lindungilah dia dari segala marabahaya.Kau lindungilah dia di dalam rahmatmu ya Allah..Andai sudah tiba masanya untuk engkau ketemukan hatiku dan hatinya,temukanlah kami didalam keimana dan keredhaan darimu Ya Allah..

Aku tahu engkau ada di luar sana wahai pemilik tulang rusukku..Aku tetap setia menanti dirimu.Mungkin juga dia tengah  membaca entri ku ini.Siapa tahu??Hanya Allah swt mengetahui segala-galanya.

Insyaallah ku tetap setia menanti dirimu.Salam sayang buat bakal isteriku.

Yang benar,
Bakal Suamimu..

Isnin, 23 April 2012

Yes..aku seorang Hipokrit...

Assallamuallaikum..


ni muka budak hipokrit tu..:P


Hipokrit??apa yang korang tahu pasal hipokrit??Ni maksud hipokrit
(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.

Aku mengaku bahawa aku seorang Hipokrit.Orang sekeliling aku nampak aku seorang yang periang,mudah ketawa,sentiasa tersenyum.Itu luaran yang orang nampak pada diri aku..Yups Dulu aku memang aku..seorang periang seorang peramah..tanpa ada wujud perkataan hipokrit dalam diri.

Tetapi itu suatu masa dahulu..Tetapi sekarang orang hanya nampak lakonan diri aku semata,Senyuman,gelak tawa yang hanya satu lakonan buat diriku.Sedangkan hati ku sedih,hatiku tak tenteram,hatiku sakit.Itu yang bermain di dalam diriku.Sehingga makan minum ku terabai,kesihatan aku sering terganggu.

Sebab tu aku lama menghilang dari dunia berbloging ni.Sekarang aku nak kembali aktif berblogging..pada yang sudi baca silakan pada yang tak sudi tu paham2 lah yer..butang X ada kat atas tu..I will update my blog evrytime i can...wah dah speaking london dah..hipokritnyer aku..BI masa SPM pun hampir2 nak kantoi..hahaha..

So jangan jadi hipokrit kalau itu membahayakan anda dan teman sekeliling anda.Hipokrit bila perlu tapi adalah lebih baik jujur dari menjadi hipokrit..Aku sendiri x suka jadi hipokrit tapi terpaksa demi orang sekeliling aku.

So korang jangan jadi hipokrit..biar aku jer jadi hipokrit..

Smile always!!!

I'm King of The World

Assallamuallaikum

Fuhh..hari ni aku raja kat ofis..haha..jahat tak aku.Cepat cakap aku jahat kalau tak aku sekeh sorang2.hahaha..aku memang jahat..

Memandangkan ofis aku hari ni sunyi sepi sebab semua pergi kursus..So aku sorang kat ofis ni.Ape lagi fikiran jahat mula timbul..nak buat itu ini yang menyalahi undang2.duduk goyang kaki sambil makan keropok..hahaha..really tired lah hari2 tgok huruf n nombor berbilion-bilion ni.Kadang-kadang jemu mata memandang..

Lagipun hari ni badan tak berapa sihat akibat muntah-muntah semalam..sampaikan keluar status adakah aku pregnant??haha..semalam pegi hospital buat medical checkup takut penyakit kronik.Doktor pulak cakap simptom2 penyakit kronik tu ada..Risau juga menunggu keputusannya semalam..

Doktor kata dalam air kencing aku ada darah n masa aku muntah semalam pun keluar darah sikit..Dalam menunggu result tu sempat jugalah aku bertwitter dgn kawan2 aku..Ada yg anggap macam aku main2 je sakit semalam dan ada juga yang ambil berta kat aku..thanks semua..Koranglah kawan aku yg paling terbaik di dunia ni.

So Doktor pun kata kemungkinan aku akan di tahan..risau juga hati dgn kerja lagi..but selepas result keluar alhamdulillah aku takde pape..Cuma keracunan sikit n ada luka kat saluran tett..hahaha..dan pasal muntah darah tu suhu di dalam badan aku mungkin naik mendadak..

Alhamdulillah aku masih sihat dan sekrang aku bebruat jahat kat opis aku ni..tak insaf2 lagi..hahaha..nak jadi raja dulu konon2 arah sana sini..padahal xde sisiapa pun kat dalam ni..:)
Kepada kawan yang mendoakan kesihatan aku semalam thanks bnyak2 yer..

kesimpulan dari apa yang aku cakap kat atas tadi,insaflah sebelum datang penyakit..:)

Smile Always!!!

Rabu, 18 April 2012

Dimana penguatkuasaan undang-undang jalan raya??!

Assallamuallaikum


Ni nak habaq mai..tu diaaa..haha..tadi masa on the way balik keje.Jay ambil lorong belah kanan..jalan ada dua lorong je.lpas tu ternampak kejadian ni..Orang punyerlah lama beratur tiba2 selamba rock jer teksi tu memotong ikut lorong kecemasan.Tiap2 hari macam tu.Kalau penguatkuasa tidak mengambil tindakan selagi itu kesalahan ini pasti berulang-ulang setiap hari.


Pihak berkuasa ambillah tindakan pada pesalah trafik agar tidak ada yang berani melakukan kesalahan trafik.Tahun ini sekali pun tidak ada penguatkuasa yang membuat operasi di kawasan dalam gambar tersebut.setiap hari jalan yang hanya mempunyai 2 lorong akan menjadi 3 lorong.termasuk lororong kecemasan yg digunakan oleh individu dan kenderaan awam yg tidak bertanggungjawab.


Harap pihak berkuasa ambillah tindakan utk membendung masalah ini..Lakukan operasi sekerap yang boleh.Bukan Jay je merungut malahan orang sekeliling juga sama.


Sama-samalah kita mematuhi undang-undang jalanraya.Pandu cermat Jiwa selamat.Ingatlah orang yang tersayang..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 13 April 2012

Salam Jumaat

Assallamuallaikum..

Apa khabar korang harini??semoga sihat hendaknya.Bersempena hari Jumaat yang mulia ini.Penghulu segala Hari saya nak share sikit berkenaan tafsir surah Al-Fatihah.Kebiasaaannya kita hanya membaca surah ini tanpa mengetahui apakan erti ayat2 tersebut..mari saya kongsikan.

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani(1)
Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(2)Yang Maha Pemurah.lagi Maha Mengasihani(3)Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat)(4)Engkaulah sahaja (Ya Allah)Yang Kami sembah,dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan(5)Tunjuklah kami jalan yang lurus(6)Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan(jalan)orang-orang yang Engkau telah murkai,dan bukan pula(jalan) orang-orang yang sesat.

Surah al-fatihah ayat 1-7

Inilah makna di sebalik surah al-fatihah yang sentiasa kita baca.Setiap hari pasti kita akan baca surah ni kan.Melainkan yang memang tak ingat langsung lah..cuba fahami dan hayati maksud ayat2 tersebut..Semoga kita lebih memahami makna di sebalik ayat2 Al-quran yang selalu kita baca di dalam kehidupan seharian kita.:)

Khamis, 12 April 2012

Aku gembira

Aku gembira melihat dirimu turut gembira.
Gembira kerana berada di sampingku.
Gembira kerana kebahgiaan yang kau kecapi bersamaku.

Aku gembira bila melihat dirimu tersenyum riang
Gembira kerana keletah ku bila bersamamu.
Gembira kerana perangai aku yang gila-gila.

Aku gembira bila melihat dirimu terlalu manja kepadaku.
Gembira kerana kau rasa selamat bersamaku.
Gembira kerana kau sentiasa di hatiku..

Aku gembira...
Aku gembira...

Isnin, 9 April 2012

ABPBH??

Assallamuallaikum

Fuh dah berhabuk blog den ni hah..lame gilo den tak hupdate..jap nak bersihkan sawang sikit2.Alamak ada lipas lah..hehe.ayat xboleh blah..
Mesti bnyak blogger yang update pasal "Anugerah Bintang Popular Berita Harian" yang berlangsung semalam kan?

Bile dengar pagi tadi kat radio tengok kat twitter dan facebook  ada segelintir peminat yang tidak berpuas hati dengan beberapa artis yang menang utk anugerah yang dipertandingkan.Seperti isu yang keluar dalam radio mengenai ketidakpuasan hati utk kategori Pelakon TV Lelaki Popular.Seperti yang kita tahu Fizz Fairuz adalah yang paling popular utk kategori tersebut.

Ada yang mengatakan Aaron Aziz yang patut menang.Sebetulnya benda itu tidak menjadi masalah.masing2 ada peminat sendiri..itu adalah undia dari rakyat malaysia sendiri kan.So sepatutnya tidak perlu menjadikannya sebagai satu isu..

But the Way..Tahniah buat semua yang memenangi anugerah..So teruskan usaha korang semua..teruskanlah menyokong industri hiburan Malaysia.:)

SMILE ALWAYS!!!