CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011...Welcome 2012...

Assalamuallaikum..

Salam pagi jumaat buat semua kawan-kawanku..Semoga hari ini kita semua diberkati  Allah s.w.t
Ya tahun baru menjelma lagi..Setiap orang pasti ada azam baru untuk tahun 2012 kan??Heheh..
Tidak terlepas juga aku..aku pun ada azam baru.korang nak tahu??

Hehehe..biarlah rahsia..Tahun ni banyak sangat dugaan yang aku tempuhi.Tahun ni juga aku sambut new year sorang2 tanpa ada seorang yang bernama kekasih.:)..maknanya single lagilah..siapa nak isi borang boleh je..haha..

Okay dah sudah cerita sedih-sedih.xnak touching2 lagi..:P..kali ni nak cerita apa impian pulak..hehe..Tahun depan ni insyallah impian nak sambung study..nak ambil degree kot..xpun master..lagi best PHD bukan Perasaan Hasad Dengki ye..hehe..insyallah andai ada rezeki..

Dan yang paling penting..nak cari seorang yang sudi menerima diri ini seadanya..yang paling penting nak cari seorang yang solehah..insyallah..nak cam Dhia boleh tak??Perasan lebih la ko wei..
Yang paling penting nak ubah segala tabiat buruk kepada yang baik..

Aku harap korang yang membaca sama ada pengikut setia atau silent reader doakan semoga aku berjaya mencapai segalanya..insyallah..:)

Rabu, 28 Disember 2011

Aku tertarik menarik tercantik ko da bomb!!!!

Assalamuallaikum.

Hah..hari ni aku tertarik lagi..haha..Ish ape ke heynyer aku asyik tertarik jer ni.ok ok..aku tertarik dengan seseorang yang post dekat wall FB nya..sori aku xdapat print screen sebab kat ofis tak boleh bukak FB..haha

"Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh."maaf tuan yang empunya status yer..hehe..


Hah..korang faham tak maksud di sebalik kata-kata itu??tak faham??mari aku bagi korang faham..

Bercinta memang mudah.

Cinta itu memang mudah..lebih-lebih lagi jenis yang cepat jatuh cinta macam saku..hehe..Mencari cinta itu ada di mana-mana..tak kiralah cinta pada haiwan,cinta pada dunia,cinta pada ibu bapa..tetapi maksud ayat di atas ni lebih merujuk kepada cinta sesama manusia..

Untuk dicintai juga memang mudah

Yang ni pun macam aku juga..arrr..semualah nak macam aku..haha.Dicintai memang mudah..kita berbuat baik sesama manusia pun orang akan mudah jatuh cinta pada kita kan??tetapi adakalnya kita berbuat baik pun langsung tak di pandang orang..yang jahat dipandang tinggi yang baik dipandang keji..Biasa berlaku..:)ops..dah berbaur peribadi pulak..

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Hah,,ni yang aku suka nak rungkai ni..haha..beginilah erti percintaan.banyak cabaran yang harus ditempuh demi mendapatkan cinta sejati..memang mudah untuk jatuh cinta dan mencintai seseorang,tetapi untuk dicintai dari orang yang kita cinta itu memang amat sukar untuk diperolehi..Berusahalah ke arah itu andai dia adalah pilihan mu yang tepat..tapi jangan sampai terlalai mengingati Allah s.w.t..Kebiasaannya pada mula orang yang kita cintai itu memang akan jual mahal sedikt..tak tahu lah berapa peratus diskau yang dia bg kat kite..hehe..Andai  kita teruskan usaha untuk mendapatkan cinta darinya insyallah Allah pasti akan membuka jalan padamu andai dia yang telah ditetapkan untuk dirimu..Jika dia bukan milikmu redha lah..semua ketentuan allah s.w.t..

aku suka petik kata-kata ni..untuk jadi peringatan pada kita semua..

"Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tak adda guna penyesalan karena dia pergi tanpa mengucapkan kata – kata."

Andai ada terkasar bahasa,terlebih gurauan saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa juga yang membaca..kepada yang empunya status maafkan saya kerana mengambil status anda tanpa memohon izin terlebih dahulu..akhir kata renungkanlah segalanya..:)

Wordless Wednesday #2

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ. متفق عليه

“Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, niscaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak diceburkan ke dalam kobaran api.” (Muttafaqun ‘alaih)

Selasa, 27 Disember 2011

Calon isteri buat mujahid

Assallamualaikum.

Semoga Allah s.w.t merahmati anda sekalian.aku tertarik membaca entri seseorang yang bertajuk calon suami buat mujahidah Di sini aku ingin membuat balasan entri berkenaan.kalau yang itu untuk mujahidah..kali ini untuk mujahid pulak.

Wahai kaum hawa.Adakah engkau tahu apakah erti lafaz akad bagi seorang adam terhadap kamu??
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Inilah tanggungjawab seorang adam kepada hawa yang akan menemani hidupnya sehingga ke akhir hayat.Wahai kaum hawa,bukan paras rupa yang kami inginkan.Kami inginkan kamu atas dasar cinta mu kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w..Rupa yang cantik tidak akan kekal selamanya.tetapi iman yang cantik akan kekal hingga ke akhir hayat.

Bagi aku.Cantik luaran tidak sama cantik dalaman.Ya mungkin engkau tidak mempunyai rupa,harta dan segalanya.Tapi kau harus ingat engkau masih mempunyai keimanan,ketaqwaan pada Allah s.w.t. Walau keimanan mu masih longgar,akan ku sambut tanganmu untuk membimbing mu ke jalannya.Membawa kan untuk mu kebahgiaan yang di redhai nya..Itu adalah tugasku sebagai kaum adam..Tugas yang telah Allah s.w.t mempertanggungjawapkan pada seorang Adam.

Sememangnya aku juga insan biasa sepertimu.Tidak mempunyai apa harta,tidak hidup semewah orang lain..Tapi aku tetap bersyukur atas nikmat yang telah Allah s.w.t berikan padaku sepanjang hidup ku 24 tahun di muka bumi ini.Sebaik mana dan seburuk mana pun aku tetap terima dirimu seadanya.Tanggungjawap aku untuk menegur dan membimbing dirimu menuju ke jalan Allah s.w.t.

Sebagai seorang adam aku ingin menjadi khalifah buat isteriku dan bakal anak-anakku.Biarlah aku melengkapi kehidupan isteriku..susah senang lalui bersama.Membimbing keluargaku menuju kebahgiaan dunia dan juga akhirat..semoga dialah isteriku dunia dan akhirat..

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِذَا خَطَبَ إِلَيْكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِى الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ. رواه الترمذي وغيره.
“Bila ada seorang yang agama dan akhlaqnya telah engkau sukai, datang kepadamu melamar, maka terimalah lamarannya. Bila tidak, niscaya akan terjadi kekacauan dan kerusakan besar di muka bumi.” (Riwayat At Tirmizy dan lainnya)

Jumaat, 23 Disember 2011

Aku tertarik...

Assalamuallaikum..

 Salam jumaat kawan2..Hah hari ni aku nak kupas sikit pasal satu perkara yang menarik perhatian aku untuk aku bentangkan dalam forum...Eh.. jap jap...Forum??ape yang aku merepek ni.he..Begini aku ada terbaca kat wall seseorang yang berbunyi begini..

Orang ensem nak yang lawa je yek?
Orang kaya nak yang berada je yek?
Orang macam tu memang nak macam tu je yek?
Lumrah ke?

Hah..dah nampakkan..sekrang aku nak kupas satu persatu pasal perkara tu..

Orang ensem nak yang lawa je yek?


Perkara sebigini terpulang pada individu..adakala orang yang hensem memang layak mendapat yang lawa kan..tapi cinta itu buta..andai dia menyukai seseorang kerana paras rupa itu bukanlah cinta yang suci..hanya cinta kerana rupa kerana nafsu...Rupa yg cantik atau ensem tidak akan kekal lama.

Orang kaya nak yang berada je yek?

Yang ini memang perkara yang banyak terjadi sekrang..Andai seseorang itu tak berharta tak kaya pasti tidak di pandang.
Perkara ni memang selalu terjadi dalam masyarakat kita..andai seseorang itu mencintai kekasih atau pasangannnya keluarga pasangan itu pasti akan bertanya kerja ape,ada kereta,ada rumah??
Memang semua tu penting dalam hidup tetapi harus ingat..semua itu hanya jaminan di dunia..Jarang sekali aku dengar family akan bertanya dia pandai mengaji ker,pandai mengimamkan solat ke,tahu hukum2 agama ke??harta di dunia hanya sementara sahaja..Biar sederhana di dunia ni...Bila di alam barzakh adakah malaikat akan menanyakan berapa banyak harta kita di dunia??

Orang macam tu memang nak macam tu je yek?

Yang ini terpulang pada individu..sama ada cinta nafsu,cinta ikhlas..Aku sarankan cintalah seseorang dengan seikhlas hati..bukan kerana nafsu semata..cinta kerana nafsu memang tidak akan kekal lama..cintalah keran mencari keredhaan Allah s.w.t..Insyallah kekal bahagia selamanya.

Fuh panjang bebeno aku kupaskan..hehe..ni semua pendapat dan berdasarkan pengalaman aku yer..kalau ada salah dan silap mohon tegur  dan aku menyusun sepuluh jari meminta maaf pada semua ye..

Kesimpulannnya
Cintalah seseorang kerana agamanya,keimanannya,ketaqwaannya pada Allah s.w.t...bukan kerana rupanya,hartanya..Harta dan rupa tidak menjamin kebahgiaan dunia dan akhirat tetapi keimanan dan ketaqwaan pada Allah s.w.t pasti menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan juga akhirat..renung-renungkan..eh??alamak terambil trademark Prof. Izi..sori Prof..

Kepada yang empunya persoalan ni aku minta maaf ye sebab ambil buat entri..hehe..
mesti dia senyum tengok ni..haha..jahat tak aku??hehe..

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 21 Disember 2011

PENA CIK EYQASARA???

Assalamuallaikum
Ok.hari ni waa nak celite dekat lu olang pasal seolang blogger ni..waa manyak minat baca dia punya blog.banyak berunsur ketuhanan sedikit dan banyak nasihat yang bagus untuk kita guna dalam hidup kita.Pengalaman beliau juga bnyak membuat orang tersedar..
Waa sudah baca dia punyer blog dari entri yang pertama sampai lah yg terbaru..waa pun sudah sangkut sama dia punya blog oo..manyak syok..hehe..sikalang pun waa sudah jatuh hati sama dia punya blog der…(dengan tuan empunya blog)..hehe..jgn marah..
Ok..ok..sebenarnya aku suka baca blog dia ni..sebab adakala aku menjadi diri dia..lalui apa yg dia rasakan.sebab tu aku suka baca blog dia walaupun dulu aku tak sempat nak godek-godek habis blog dia ni.Nama yang empunya blog ni NURUL EYQASARA..yang aku tahulah..Nama blog dia PENA CIK EYQASARA…..
Bagi aku dia seorang yang tabah..walaupun adakala hatinya sedih..Tapi keyakinan dia pada takdir allah itu yang membuat aku tertarik untuk mengenali dia..mengenali diri dia..Aku tahu dia mesti baca sebab aku dah minta izin dia untuk buat entri ni khas untuk dia..:)
Eyqa..Jay harap Eyqa tak marah kalau Jay katakan yang Jay dah jatuh hati kat kat kat……hurm…..Susah pulak nak cakap ek..Apapun Jay suka baca blog PENA CIK EYQASARA..Jadi kepada kawan2 yang baca blog Jay ni..silalah lawat blog beliau ye..Kalau nak follow lagi chantek…TERBAIK……hehehe.
Pada eyqa Jay mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap tulis,terlebih bergurau..Dengan rendah hati Jay menyusun sepuluh jari memohon maaf.Ada masa Jay tulis lagi..heheJ
Salam Ampun dan Maaf dari Saya..
SMILE ALWAYS!!!!

Wordless Wednesday #1

Assalamuallaikum...

Aku rasa ni kali pertama aku buat wordless wednesday ni..hehe..belum pernah nak buat.entah kenapa hari ini aku terbuka hati nak buat..


Hah..ambil engko.besar gedabak..haha..

SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 19 Disember 2011

Soalan merapu??

Assalamuallaikum..

Soalan merapu??Hah??takde pape pun dengan tajuk tu..saje nak bagi gempak sikit.Oklah sebenarnya nak buat soalan ni..sape yg sudi jawab boleh jadi entri kalau dah takde idea kan kan kan??

Soalan Bahgian 1..
1.Sape nama anda?
2.Ceritakan sedikit mengenai diri anda?
3.Anda ada blog?
4.ceritakan sejarah penubuhan blog anda?
5.Kenapa beri nama ... pada blog anda?

Soalan Bahagian 2(kepada yang sudah berpunya)
6.Anda dah berpunya?
7.Siapa bf/gf anda?
8.Berapa lama dah anda bersama?
9.Apa rancangan anda dengan dia di masa depan?
10.Apa impian anda pada dia?

Soalan Bahagian 3(Kepada yang belum berpunya)
11.Kenapa anda masih single?
12.Apa ciri bf yg anda inginkan?
13.Apa yang anda impikan bila ada bf?
14.Sejauh mana anda percaya dia?
15.adakah anda akan merasa bahagia?

Soalan Bahagian 4
16.Apa impian anda yang belum tercapai?
17.Siapakah orang yang paling anda sayang?
18.Kenapa?
19.Apa pendapat anda pasal Cinta?
20.Adakah Cinta itu menyakitkan atau membahagiakan?

Soalan Bahagian 5.
21.Anda kenal siapa saya?
22.Anda dah baca blog saya?
23.Komen anda?
24.Penambahbaikan yang perlu saya buat?
25.Korang sayang saya tak??(Soalan tak bleh blah..)
Syarat-Syaratnya
Linkkan entri korang ke blog ni..
Tag 3 orang kawan untuk mereka jawab..
itu je..

hehehe..ni soalan merapu tu..sape sudi jawab silalah..soalan bahgian 2 untuk yg dh berpunya..soalan bahgian ke 3 yg belum berpunya...sape yg dah jawab tinggalkan link dekat post comment aku..aku nak terjah korang..haha..Terjah tetap terjah..yeah...

nak tag..
1.http://iladelarossa.blogspot.com/
2.http://akukanila.blogspot.com/
3.http://bibie-mumui.blogspot.com/

Selamat menjawab..:P

SMILE ALWAYS!!!

Selasa, 13 Disember 2011

Surat untuk dinda..

Assalamuallaikum.
Kehadapan kekasihku yang abg cinta dan sayangi..tujuan abg menulis surat ini adalah untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati abg pada dinda..Abg tidak pandai meluahkan secara terang terangan..biarlah surat ini sebagai pengganti diri abg..
Dinda.Setiap hari hidup abg penuh kesepian.sepi sangat-sangat..tapi bila dinda ada di sisi abg,hidup abg berseri-seri..abg gembira..Hati abg berbunga-bunga untuk bahagiakan hidup idinda..Tapi sayangnya abg terlalai untuk menjaga hati dan perasaan dinda.Abg sedar abg bukan manusia sempurna dinda..
Dinda..selepas kita berpisah,hati abang sentiasa tidak tenang..hidup abg tak tentu arah.bila di rumah abg terpaksa buat-buat senyum..sedangkan hati abg menangis dinda…menangis sebab kehilangan dinda..bila dinda katakan hati dinda terlalu hancur,abg seolah hilang akal ..sebab abg terlalu cinta dan sayangkan dinda..
Dinda..Masa mula berjumpa keluarga dinda,abg dah nampak apa yang abg nak buat..abg berhasrat mahu bahagiakan mak bapa dinda,tolong adik2 dinda dan paling penting bahagiakan dinda..abg sayangkan adik2 dinda tapi abg tak tahu nak tunjuk macamana..abg cuma berdoa setiap saat agar keluarga dinda dan adik beradik dinda sentiasa sihat,di murahkan rezki dan sentiasa dirahmati..abg tahu dinda terlalu sayangkan adik-adik dinda..
Dinda..saat abg menaip surat ni air mata abg menitis tidak berhenti..mungkin semua hairan bila abg menangis tanpa sebab..tapi airmata ini adalah kerana dinda..abg tak mampu tegok dinda bersedih..walaupun abg cuba untuk bahagiakan dinda tetapi abg tetap gagal..
Dinda..andai di izin allah s.w.t..abg ingin menjaga dinda,membahagiakan hidup dinda..bahagiakan mak bapa dinda..adik2 dinda…itu harapan abg selama ini untuk dinda..abg tidak pernah terfikir hanya mahukan dinda sahaja..abg cuba hendak bahagiakan keluarga dinda..abg faham abg dah bnyak sakitkan hati dinda dulu..abg akui kesilapan abg...
Dinda..Abg tak mampu buktikan pada dinda betapa abg ikhlas cintakan diri dinda..hanya dinda sendiri yang mampu menilai cinta abg ini..biar abg bersusah payah demi orang yang abg sayang asalkan jgn orang yang abg syg itu susah..dinda faham maksud abg kan..
Dinda..abg ucapkan terima kasih atas kebahgiaan yang dinda beri pada abg walaupun sekejap.abg bersyukur sangat dapat mengenali sorang yang tabah dalam hidup..walau bnyak mana dugaan hidup, dinda tetap tabah..dinda terlalu kasihkan keluarga dan adik beradik..
Dinda..dalam surat ini abg sertakan sebuah bungkusan untuk dinda..ini adalah hadiah pemberian abg untuk dinda..tanda terima kasih abg pada dinda selama ini..abg harap dinda sudi untuk menerima hadiah ini..ini hasil titik peluh abg..abg sanggup berikat perut semata inign belikan hadiah ini untuk dinda..ini adalah niat abg pada dinda..abg tak minta balasan apa-apa dari dinda..abg Cuma harap biarlah dinda sentiasa ingat abg bila tgok hadiah ini..dinda jagalah hadiah ini seperti dinda jaga diri sendiri…
Dinda..abg memohon ampun dan maaf kerana abg tidak sempurna seperti yang dinda inginkan..tapi abg cuba untuk berubah seperti mana yang dinda mahukan..adakala ego kita terlalu tinggi..tapi percayalah cinta abg pada dinda bukan permainan..Abg akan sentiasa menanti dinda..
Dinda…dinda adalah satu anugerah dalam hidup abg..Terima kasih dinda..terima kasih banyak2…
                                                                                                           
                                                                                                  Insan yang tulus mencintaimu

Selasa, 6 Disember 2011

Ya Allah...

Ya Allah...
Apakah dosaku hingga aku di duga sebegini??

Ya Allah...
Berdosakah aku membuat perkara ke jalan kebaikan??

Ya Allah...
Salahkah aku untuk membahagiakan seseorang??

Ya Allah...
Berikanlah semua jawapan kepadaku..

Ya Allah...
Hanya kau sahaja tahu apa yang terbaik buat diri ini..

Ya Allah...
Berikanlah aku kekutan untuk bersabar atas dugaan ini..

Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahhim...
Ya zaal jalallil wal ikram..

Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh allah..

Isnin, 5 Disember 2011

Telah aku katakan...

Telah aku katakan dulu padamu bahawa aku hanya mencintai dirimu,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kasih sayang aku padamu takkan pernah pudar,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kau sentiasa ada di hati ku,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah ku katakan dulu padamu bahawa aku ikhlas ingin mengambil mu sebagai isteriku yang sah,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Tolong jawab kepada siapa yang ikhlas untuk menjawab.

SMILE ALWAYS!!!