CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Rabu, 6 April 2011

Adakah lagi lelaki jenis macam ni???

Assalammualaikum....Pernahkah korang jumpa lelaki yg sanggup merendahkan dirinya sendiri???
Sanggup membuang rasa ego diri semata-mata hanya kerana cinta...
Sanggup melepaskan orang yg dicintai kepada org lain semata ingin melihat dia bahagia???
Cuba korang tgok bait2 lirik lagu ini.....lagu ni hanya ada di Sabah dan tengah menjadi siulan orang-orang di sana..lagu ni ada dua versi.Versi dusun & versi melayu.


Memang aku ini,
anak orang miskin,
tiada apa-apa yang dapat kuberikan,
engkau memang cantik,
memang tidak padan dan tidak sepadan..

Aku anak kampung,
tiada pelajaran kuli-kuli sahaja,
memang tidak padan,
cantik bah kau itu,
banyak yang tergoda,
lagi orang kaya.

Tiada kereta ku,
bawa kau jalan-jalan,
rumah ku pun tiada ada pun bapa punya,
apa lagi belanja mau bayar berian,
kawin sama kamu.

Bukannya ku tidak,
suka sama kamu,
tapi aku takut hidup kau kan sengsara,
kerna aku cinta,
aku lepaskan kau sama orang lain.

engkau masih muda,
cantik lagi menawan,
janganlah kau cari,
lelaki macam saya,
engkau memang cantik,
nanti kau menyesal tiada guna.


Inilah lagu yg mengambarkan seorang lelaki yg sanggup membuang egonya demi orang yg dicintainya...
aku rasa kalau ada lelaki macam ini confirm banyak yg terpikat kan???hehehe...tapi lain orang lain citarasa..
rambut je sama hitam,tapi hati lain-lain..renung-renungkan..hehehe

4 ulasan:

gadis kepastian berkata...

ada kew...hurmm p skunk nie banyak y q jumpa semuanya manis di bibir saja....hahaha

Jay berkata...

hehehe....insyallah ada.....tapi 1 dalam 1000 kot.

Tanpa Nama berkata...

ade kot :)

Jay berkata...

mesti ada punye tapi susah nak cari..hehehe