CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Isnin, 4 April 2011

Sering daku terus memujuk,
dengan madah yang santun,
namun dia tetap menolak,
hati kian menjadi bingung.
Biarlah kasih kian menjauh,
kasih cintanya tidak berlabuh,
namun daku tidak berputus asa,
daku tetap merayu mesra.
Makin kupujuk lagi menjauh diri,
bagai berada di hujung pelangi,
biarlah daku terkedu sendiri,
menggapai kasih tiada beerti.
aku sedarsiapalah diriku,
insan lemah tiada upaya,
aku tahu kenapa jadi begitu,
kerana ada pilihan insan perkasa.
Biarlah daku membawa diri,
hingga sampai di sudut dunia,
kini aku jadi mengerti,
diriku ini hanya insan biasa.
Biarlah dia menggapai bahagia,
dengan insan paling mulia,
biar daku meruntun sendiri,
jauh sampai di hujung pelangi...





hanya sajak semata-mata,
tiada kena mengena dgn individu sama ada yg hidup atau telah meninggal dunia..

4 ulasan:

bobiedanbad berkata...

jangan di tangisi perginya dia
ku pasti kau kan bertemu kekasih jiwa
bersama melakar pelangi indah.
berdampingan menuju bahagia....hehehehe

Jay berkata...

wow.rupanya pemuitis juga ye.hehe.

Sham berkata...

salam kenal bro...

pakcik buta sastera...tp suka bace...

Jay berkata...

salam juga bro.hehe.xpe yg penting faham maksud yg tetsirat dlm sajak tu.semoga allah melindungi persahabatan kita.slm ukhuwah.he