CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Khamis, 19 Mei 2011

Kawan aku rosakkan kereta Lamborghini aku yg bernilai RM1.1 juta

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

Assalamuallaikum..hahaha..gempak tak tajuk entry aku..sebenarnya ni adalah berita dari kosmo yang berlaku kat SYDNEY..Bukan kereta aku ek..aku takdelah kaya macam tu..Aku kereta MYVI je..hik hik..korang bacalah ye  berita kat bawah ni..


SYDNEY - Seorang remaja berusia 22 tahun dilaporkan memandu sebuah kereta sport Lamborghini Murcielago bernilai AS$363,657 (RM1.1 juta) milik kawannya yang melanggar sebuah teksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia memandu kereta itu pada pagi Ahad lalu sebelum hilang kawalan di sebatang jalan raya di Sydney, Australia. Lebih malang lagi, kereta tersebut kemudian bertembung dengan sebuah teksi yang mengakibatkan kedua-dua buah kereta mengalami kerosakan teruk.
Pemandu teksi itu merupakan wanita berusia 51 tahun dan dia terperangkap di dalam kenderaan lebih sejam sebelum diselamatkan dengan sebelah kakinya patah.
Pemilik kereta Lamborghini Murcielago yang berusia 30 tahun itu mungkin berdepan masalah untuk menuntut kerugian daripada syarikat insurans kerana kereta tersebut tidak diinsuranskan kepada pemandu berusia bawah 25 tahun.
Dia memberi pinjam kepada rakannya itu namun keretanya kini sukar untuk dikenali pasti kerana remuk teruk.
"Saya menganggap pemandu kereta itu berada (dirawat) dalam ambulans kedua. Sukar dipercayai dia masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan," kata seorang saksi, Daisy Buckle.
Seorang lagi penumpang kereta sport itu yang berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di bahagian dada.
Kereta sport Lamborghini Murcielago didedahkan kepada umum pada tahun 2002.
Pembuat kereta dari Itali itu menggunakan enjin bersesaran 6.2 liter V12.
Pihak polis sedang menyiasat kemalangan itu dan akan mendakwa pemandu tersebut kerana memandu secara berbahaya.

Seorang jurucakap polis mengesahkan bahawa pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

Inilah hasilnya..
Sumber dari Kosmo..




Fuiyohhh kalau aku dapat kereta macam ni best owh..hahaha..tapi itulah sayang giler kalau rosak macam terjadi dalam berita kosmo tu kan..huhu.. Korang nak tengok gambar asal kereta ni??moh kite nengok..
Nilah rupa sebeno kereta tu..
Kalualah aku kaya sekalipun,aku taknaklah beli kereta macam tu..Lebih baik aku buat amal jariah..Sedekah kat anak2 yatim,rumah orang tua2,Orang miskin..Dan aku impikan hendak membina masjid dan wakafkan untuk orng ramai....

SMILE ALWAYS..

4 ulasan:

Unknown berkata...

hahhaa.sedihnya. kalo saya mesti nangis sampai habis airmata.mahal tu.haha

hamizah afifah berkata...

pergggghhhhh..kalu den kayo x dok lar boli keto cm ni...mazda rx8 tetap mnjdi pujaan...ni tax mahal cm ne nk msuk mesia...

pastu kan kan kan...TAK NAK BAGI PINJAM ORG!!!!!!

hahahaha

Izyan Masri berkata...

KALAU YAN MAU MAIN TEMBAK2 DAH SEBAB KERETA LAMBO TU DAH JADI MCM CEKODOK KAWAN BUAT XD

Ce'gu JAERA berkata...

wahhh.. kesiannya pemilik Lambhorgini tu...
moralnya:- jangan la nak beli keta mahal2.. rosaknya mmg menyakitkan jiwa. lebih2 lagi kawan sendiri yang rosakkan.. argghhh.. hehe
~salam kunjung mengunjung ya~