CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 27 Mei 2011

Pesta Kaamatan......

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!

 Assallamuallaikum...Selamat hari Jumaat..Semoga perjalanan hidup kita hari ini diberkati allah s.w.t..Hari ni dah bnyak staff yang bercuti..Kan nak sambut perayaan Pesta Kaamatan..

 Meh aku story berkenaan pesta ni..Pesta Kaamatan ini diraikan oleh suku kaum kadazan/dusun di sabah ni..Pesta ini dipanggil "Magavau" dalam bahasa Kadazan..Perayaan ni merupakan perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu semngat padi.Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi..

 Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.




Sumber:Google


Hah..begitulah asal usul perayaan ini..Tak salahkan kita mempelajari asal usul sesuatu perayaan tak kira bangsa,agama atau kaum?..Kita ni kan rakyat malaysia.Rakyat yg berbilang kaum.Jadi Apa pun perayaan kita tetap menyambutnya secara bersama..Kepada Yang menyambut Perayaan PESTA KAAMATAN ni aku ucapkan selamat bercuti..selamat berpesta ye..Dan kepada negeri jiran pula akan menyambut Hari Gawai...Kamik ucapkan selamat Hari Gawai untuk Kaum iban di sarawak..Kamik dh rindu sarawak owh..Lamak gilak kamik sik pegi sia..hehehe..



Pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu cantik


Pesta Kaamatan  2009
 Okay tunggu entry yg terbaru dari Jay ok..hehehe

SMILE ALWAYS!!!!!!

4 ulasan:

fifianggun berkata...

nak jadi unduk ngadau boleh?huhu

Jay berkata...

boleh je fifi..fifikan anggun..hehehe..mesti menang punyalah..

HonEyBuNNy berkata...

rindunya nak pergi sabah lagi....

dulu dapat hadiah birthday pergi sabah...heheh..

Jay berkata...

@HonEyBuNNy: dtanglah sabah ni...boleh jumpa2 dgn blogger Sabah..ehehe