CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 26 Julai 2011

Pengalaman Seram.........

Hello to all blogger!!!!!
Peace be with you all!!!!

Assalamuallaikum...nampaknya tak jadilah aku nak tutup blog aku ni...Aku nak teruskan usaha aku utuk berblogging ni...Okay entri ni kira seram sikitlah ye...yang tak tahan atau takut termimpi cepat-cepat korang tutup...takut nanti ada ynag histeria pulak..

Kejadian ni memang dah lama berlaku...sewaktu aku masih sekolah menengah...kami ada 4 orang adik beradik..masa tu yang tinggal di rumah hanya aku,abang ngah aku dan adik aku..aku dan abang ngah aku duk sebilik.adik aku masa tu masih tido dengan mak abah aku..

KAtil kat bilik kiteorang tu kat bawah double dan di atas single..kebiasaan aku dan abang long aku tido kat bawah dan abang ngah ku tido kat atas..Masa tu abang long aku tu kat KL..dia study kat Uitm Shah Alam...

Pada waktu maghrib tu aku solat kan...mengahadap kiblat..kat sebelah kanan aku ada cermin muka yang besar...dan kat belakang belah kanan aku tingkap..Tengah-tengah aku solat tu..aku ternampak ada benda putih lalu depan tempat aku sujud terus tembus ke tingkap..time tu juga bau wangi menusuk ke lobang hidung aku..apa perasaan korang bila benda ni terjadi kat korang???
adakah korang akan lari??hehehe

Ni pengalaman aku selepas kejadian tu..abang long aku still kat shah alam kan..aku tido sorang kat katil bawah yang double tu..kat atas abang ngah aku..Tengah aku sedap tido masa tu tak tahu dah kol berapa kan..kiteorang kalau tido memang tutup lampu..memang gelap sangat-sangat..masa aku pusing menghadap ke tempat tido abang long aku,aku nampak samar-samar ada benda putih seperti di kafan sedang baring di sebelah ku..

Aku pun ingat itu abang long aku..tapi baru aku teringat abang long aku kan kat shah alam..habis tu siapa yang tido kat sebelah aku..bila aku bukak mata benda tu masih ada  betul2 kat sebelah aku..lepas tu aku pusing menghadap dinding buat2 tak tahu...bila aku toleh semula benda putih tu dah hilang...aku tak penah cerita kejadian ni pada family aku...aku pun tak percaya mulanya...tapi benda putih tu memang berbau minyak wangi yang sangat wangi...tak pernah aku hidu bau minyak wangi yang sama dekat pasaran kita ni...

Perkara ni memang betul terjadi..mungkin allah nak bagi aku peluang untuk melihat benda tu...atau pun sekadar menumpang untuk berehat...jadi apa perasaan korang kalau ada benda putih seperti jenazah yang berbalut kain kafan sedang berbaring kat sebelah anda???apa tindakan korang???mesti menjerit ni..hehehe..apa pun perkara ghaib ni susah untuk kita melihatnya melainkan dengan izin allah ataupun kehendak allah..
ihsan pakcik google

SMILE ALWAYS!!!!!

3 ulasan:

Chempaka Sari berkata...

uit siap letak gambar lagi...takutnya...

missxidi berkata...

ish biar betul ni??? takutnyer...huhuhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Mmg mnakut kan.....