CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 8 Julai 2011

Kejayaan Sekolah aku!!!!!

Maktab Sabah harumkan negara dengan tiga emas pertandingan tarian dunia

7th July, 2011 KOTA KINABALU: Penyertaan sulung Maktab Sabah pada Pertandingan Tarian Dunia 2011 di Paris, Perancis minggu lepas, berjaya mengharumkan nama negara apabila menang tiga pingat emas dan satu anugerah.
Menggelarkan diri mereka ‘Tagaps Dance Theatre’, kumpulan lapan pelajar lelaki dan dua perempuan itu menang bagi kategori Junior Kebangsaan/Tarian Rakyat, dan kategori Duet/Trio Terbuka bagi segmen kontemporari terbaik dan keseluruhan terbaik.
Sementara itu, pereka tari pasukan Mohd Hairul Nazmi Talib dinamakan Koreografer Terbaik bagi rekaan tari paling berinovatif.
Diwakili pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun, mereka mengatasi 27 pasukan lain dari negara seperti England, Perancis, Jerman, Rusia, Nigeria, Kanada dan Australia.
“Ini kejayaan tidak diduga…kita berjaya buktikan bahawa Maktab Sabah Boleh, Sabah Boleh, Malaysia Boleh,” kata Pengetuanya Nuinda Alia kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kelmarin.
Katanya pertandingan itu adalah kejohanan berprestij yang saban tahun menjadi tumpuan penari dari seluruh dunia untuk mempersembahkan bakat dalam pelbagai jenis tarian seperti balet, moden dan kontemporari, jazz serta tradisional.
“Sudah pasti saya sangat gembira kerana bakat pelajar kita berjaya didedahkan dan mereka setanding dengan penari negara luar,” katanya.
Beliau berkata pasukannya berlatih selama enam bulan sebelum menyertai kejohanan yang berlangsung di taman tema Disneyland dari 28 Jun hingga 3 Julai itu.
Sementara itu, bagi Adhlie Sa’adillah dan Marius Manoel yang menang kategori Duet/Trio Terbuka berkata mereka masih kagum dengan kejayaan yang dicapai.
“Di Paris kami mempersembahkan tarian Bajau untuk kategori tarian rakyat dan saya fikir mereka kagum dengan kebudayaan kita,” kata Ahdlie.


Sumber dari :New Sabah Times


Tahniah buat penari-penari kebudayaan Maktab Sabah..korang memang the bestlah...Nasib aku dah retired..kalau tak confirm aku join kebudayaan dulu..Teringat zaman aku dulu..saat kami menjadi johan peringkat negeri..best....Tahniah..

SMILE ALWAYS!!!!!

1 ulasan:

cik ayin berkata...

tahniah la ;)