CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 2 November 2012

Surat Buatmu

Assallamuallaikum

Sayang,
Pertama kali aku melihatmu,hatiku tertawan.Bagi aku,kau teramat cantik.cantik bukan pada pandangan mata,tapi cantik pada hatiku.Pertama kali aku melihatmu,aku berniat untuk menjadikan kau isteri aku yang sah.

Sayang,
Apakan daya diriku untuk mempertikaikan segala keputusanmu.Aku tersangat kasih dan sayangkan dirimu.Segala pengorbanan telah aku lakukan untukmu.Namun kuasa Allah menentukan segalanya.Kasih dan sayang serta cinta yang kita bina luput begitu saja.

Ya,
Kau akan merasa ketenangan diri setelah selesai semua perkara.Tetapi aku???Kegembiraan yang selama ini sentiasa berada dalam hidupku setiap hari akan pergi.Pergi bersama kenangan kita berdua.Aku rindukan gelak tawamu,senyumanmu,tangisanmu.aku rindu semua itu.Kerinduan yang tiada ubatnya.

Sayang,
Disaat engkau membaca surat ini,ketahuilah bahawa kau takkan pernah luput dari dalam ingatanku.Engkau dah sebati di dalam hatiku.Ketahuilah bahawa aku tidak lagi seceria dulu,tidak lagi segembira dahulu.Ketahuilah betapa hancur dan kecewanya hatiku.Betapa sedih hatiku.Aku menangis di dalam hati.

Sayang,
Segala salah dan silapmu telah aku maafkan.Telah ku halalkan segalanya buat dirimu.Berbahagialah engkau.Walaupun perasaan ini terlalu hancur.Aku bukanlah aku lagi.aku bukan lagi seorang yang suka berjenaka.aku lebih banyak mendiamkan diri.


Ya Allah,
Andai ini ketentuanmu terhadap diriku,aku redha.Ya allah..engkau lindungilah dia.Engkau bahagiakanlah dia.,engkau berkatilah hidupnya.Semoga dia sentiasa di dalam jagaanMu Ya Allah.

Sayang,
Pergimu dari hidupku membuat aku kehilangan segalanya.Kegembiraan,kebahgiaan,gelak tawaku.cinta dan kasih sayangku.Semua itu tidak akan pernah wujud lagi di dalam hati ini.

Salam ikhlas,
Kekasihmu..




3 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

bersabar ye..

♥ Cik Nur Elyana ♥ berkata...

kenapa jay?

Jay berkata...

Mrs Eady: tgh bersabarlah ni.,.:(

Cik Nur Elyana: susah nk jay ceritakan Yana..Kalau yana ada no. contact jay boleh jay ceritakan.:(