CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Rabu, 21 November 2012

Jodoh..2

 Argh..Kali ini aku tak akan mengalah.Ini masa depan aku.Aku yang akan hidup bersama dia.Aku nekad yang aku tetap akan mengahwininya walaupun tidak direstui oleh ibu bapaku.Pada malam itu aku melakukan solat hajat dan solat sunat isthikarah untuk meminta petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T.

"Ya Allah,engkau berikanlah petunjuk kepadaku.Tunjukkanlah aku andai jalan yang aku pilih ini benar atau pun sebaliknya.Adakah dia yang telah engKau ciptakan daripada tulang rusukku.Berikanlah petunjuk agar aku meyakini keputusan yang akan aku buat.Hanya engKau yang mengetahui segalanya."
Ketenangan muncul di dalam hatiku.Aku yakin bahawa keputusan aku adalah benar untuk mengahwininya.Bermula dari sekarang aku akan berusaha untuk memilikinya.Berusaha sedaya upaya aku untuk menikahinya.Semoga allah memberkati perancangan hidupku.

"Awak.Keluarga saya menentang rancangan kita untuk berkahwin."
"Yeke awak?sekarang apa perancangan awak?"
"Awak,saya sayangkan awak.Saya dah memohon petunjuk daripada Allah S.W.T dan saya dapat rasakan awak adalah pilihan saya yang tepat."
"Tapi awak,saya tak nak awak bergaduh atau bermasam muka dengan keluarga awak hanya kerana saya."
"Awak.Saya percaya,andai niat kita ikhlas Insyaallah Allah S.W.T pasti akan permudahkan.Ini adalah ujian Allah S.W.T bagi hubungan kita.Awak bersabar dan berikan sedikit ruang untuk keluarga saya mengenali awak."
"Saya risaulah.Takut keluarga awak tak dapat menerima saya.Tapi saya tak nak berpisah dengan awak.Saya sayang awak dan ingin hidup bersama awak hingga ke akhir hayat saya."
"Insyaallah,mereka akan menerima awak.Percayalah Allah S.W.T tengah menguji perhubungan kita berdua."
"Awak,andai awak bukan jodoh saya di dunia ini,saya berdoa kepada Allah S.W.T memohon agar awak adalah jodoh saya di akhirat kelak."

Dengan linangan airmata aku mendengar kata-katanya.Betapa sucinya hatimu.Betapa luhurnya hatimu mencintaiku.Aku bersyukur kepadaMU ya Allah.Kerana engKau temukan aku dengan insan yang paling luhur hatinya.

Bersambung...

4 ulasan:

Nisa Hussin berkata...

eh ! cerpen ke ni? haha btw nice :) *kembali bw selepas SPM :D

eiyzniey berkata...

Ehemm..jay nk h nk kwen ye

eiyzniey berkata...

Ehemm..jay nk h nk kwen ye

eiyzniey berkata...

Smoga mendapat jodoh yang baik.