Assallamuallaikum
Terlalu terluka dah hati ini.Terluka kerana niat yang ikhlas di pertikaikan.Salah kah aku ingin membahagiakan orang?Salahkah aku untuk merasai susah senang,pahit manis kehidupan berumahtangga?Salahkah aku untuk merasai bagaimana tanggungjawab yang harus dipikul bila berkahwin kelak?
Kerana mereka aku terpaksa memutuskan perhubungan dengan orang yang aku betul2 sayang.Kali pertama aku terpaksa memutuskan perhubungan aku disebabkan mereka.Walaupun hatiku tersangat hancur ketika itu.Telah aku katakan yang aku telah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.Namun kerana nak jaga perasaan mereka aku putuskn hubungan itu walaupun hati aku berkata tidak.
Aku di maki,di marah di caci dan dituduh mempermainkan perasaan.Sedangkan aku juga tidak ingin sebegitu.Pernahkah mereka fikir bahawa aku ini juga mempunyai perasaan.Perasaan untuk bahagia bersama orang yang mencintai dan menerima aku apa adanya.Tapi bila ada org yng sanggup menerima aku seadanya,mereka pula memberi berbagai alasan.
Sampai bila aku harus begini??hidup di bawah mereka??aku juga memerlukan kehidupan aku sendiri.Takkan selamanya aku bersendirian begini?Ya Allah..engkau bantulah hambamu ini..bantulah hambamu ini mempermudahkan segala urusan.
Bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima keputusanku..Kau tabahkanlah hati ini..hanya padamu aku bergantung..hanya padamu aku memohon..
Jumaat, 2 November 2012
Terluka
Dicatat oleh Jay di 9:25 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
assalamualaikum jay...betul tu mohonlah petunjuk dari Allah moga diberikan jalan yg sempurna...:)
Maszull:wsalam..insyaallah...dh buat solat isthikarah dah..3 kali buat 3 kali juga dpt keputusan yang sama,dia yg terbaik buat jay..tapi masalah berada di pihak family jay..:(
Catat Ulasan