CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 9 November 2012

Jodoh..

"Awak."
"Ya Saya"
"Awak bahagia tak di samping saya??Saya risau kalau-kalau saya tak dapat nak bahagiakan awak."
"Awak...Awak dengar apa yang saya nak katakan ni.Demi Allah awak dah membahagiakan saya.Saya tersangat bahagia bila bersama awak."
Dengan senyuman aku katakan padanya.Aku tahu kegelisahan yang terbuku di dalam hatinya.Dia risau andai jodoh aku dan dia tidak tertulis di dalam Loh Mahfuz.Aku juga gelisah bila memikirkan andai dia bukan jodohku.Sedangkan hati kami berdua saling menyayangi.

Saat ini aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah,engKaulah penentu segalanya.Andai dia adalah jodohku,permudahkanlah segalanya.Andai kami berdua tidak ditakdirkanMu untuk bersama,aku redha menerima ketentuanMu."dengan linangan airmata aku berdoa,semoga dialah jodoh yang tertulis di dalam loh mahfuz.

"Ma,abah..aku nak bincang sesuatu ni?"
"Apa yang nak kau bincangkan?cakaplah.."
"Begini ma,abah.Aku rasa aku dah bersedia nak kahwin.Lagipun aku dah ada calon pilihan hati aku."
"Orang mana?"
"Bukan orang sini ma abh,orang semenanjung.Asal Kelantan."
"Hah??Jauhnya??tidak ada yang dekat-dekat ke??"
"Ma abah,kami dah lama kenal.Aku sayangkan dia.Dia tetap ada di hati aku.Telah aku lakukan solat sunat isthikarah dan petunjuk yang aku dapat memang dia yg terbaik untuk aku."
"Kau pun nak jadi macam abang long kau?Kawin dengan orang sana,lepas tu dah tak ingat nak balik sini."
"Ma abah,aku bukan macam tu.bila kami dah berkahwin nanti,dia akan tinggal bersama aku di sini dengan persetujuan dia sendiri.Bukankah seorang isteri mesti berada di samping suaminya.Dia tahu mengenai agama."
"Mula-mula iyalah cakap macamtu.Lama-lama dia tarik kau tinggal kat sana."
Betapa kecewanya aku apabila mama dan abah menentang keputusan aku.Ini bukanlah kali pertama terjadi.Dahulu aku pernah ingin berkahwin dengan orang tempatan juga.Namun mereka menghalang dengan memberikan berbagai alasan.Aku korbankan perasaan aku demi mereka.Tapi takkan kali ini juga aku harus korbankan perasaan aku?

Bersambung....

5 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum Jay...mudah2an termakbul..:)

Rz-Na berkata...

sy juga pnh mengalami situasi yg sama..cinta x direstui org tua hnya krn jarak..sakit, pedih mmg x siapa faham...namun sy cepat tersedar.. org tua hnya 1.. kekasih boleh dicari... antara cinta dia dan kebahagiaan org tua..sy pilih bahagiakn org tua...alhamdulillah... sy bahagia skrg..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” surah baqarah ,216...

Unknown berkata...

Amin.. Mudah mudahan.. :)

HanisLazimAndTheShaklee berkata...

it is about u jay??
kalo betol,anis doa kan yg terbaik utk jay.. :)

♥ Cik Nur Elyana ♥ berkata...

Kesiannya.. sabar la ya... berdoala agar ada jodoh