Assallamuallaikum..
Khaifa halukum??Sape perasan sejak dua menjak ni Jay selalu cakap arab dalam status Fb Jay..hehe.Belajar bahasa Al-quran sebenarnya.hehe.Okay hari ni Jay nak bawa tajuk di atas..
Sejujurnya bagi Jay ucapan sebegini tidak sesuai digunakan..sebabnya??Jay akan huraikan sebab-sebabnya..Cinta Jay terbahagi kepada empat..Banyak kan cinta Jay??hehe..bila Jay mengatakan sebegini ramai bertanya kenapa ada 4??adakah disebabkan Jay masih mempunyai 4 kuota lagi?oh..tidak..bukan kerana itu..:)
Biar Jay jelaskan satu persatu..Cinta yang pertama..Cinta kepada Allah swt yakni pencipta sekalian manusia dan alam semesta.Dia lah yang berhak menerima Cinta yang pertama daripada hamba yang diciptakan dengan kekuasaannya.
Cinta yang kedua hanya Rasulullah S.A.W yang layak menerima dari umat yang dikasihinya.Betapa baginda mengasihi dan menyayangi kita sebgai umatnya..Di masa malaikat maut datang untuk mecabut roh baginda baginda berkata
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Subhanallah menitis airmata aku membaca betapa kasihnya Baginda kepada umatnya..
Cinta ke tiga adalah cinta kepada Ibu Bapa yang menjaga kita dari dalam kandungan sehinggalah sekarang.Sebab tu bila orang bertanya bila Jay nak kawin,Jay akan cakap Jay nak capaikan dulu impian Ibu dan Bapa Jay..Insyaallah kalau jodoh dtg dulu Jay terima tapi tanggungjawap tu takkan Jay persiakan.. Dan yang terakhir barulah cinta sesama Makhluk..andai cinta yang disemai kerana mencari keredhaan dari cinta yg 3 itu,insyaallah berkekalan hingga ke akhir hayat.Sebab itu kita tak patut ucap "aku hanya cintakan kau seorang"maknanya hanya cinta sesama makhluk je..yang 3 tu tak cinta lah kot?hehe..Bercinta di dalam mencari keredhaannya insyaallah semuanya akan selamat dunia akhirat..
Asykuruka..
SMILE ALWAYS!!!
7 ulasan:
cinta oh cinta.. hehe
alhamdulillah...bgusnya...=)
Anna:cinta itu menyakitkan dan adakala membahgiakan hidup..:)
Cik Lynn:insyaallah..itu yang lebih baik dalam bercinta kan.:)
cintaa manisss disulami iman ^^
Kongsikan Pengalaman Indah anda bersama Biskut Julie's di Blog Anda Dan Menangi Hadiah BErnilai RM750 :] -->KLIK SINI UTK MAKLUMAT PERTANDINGAN<--
nice one !
jayy.
:)
Catat Ulasan