CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Selasa, 29 Mei 2012

SABAH 2

Assallamuallaikum dan Salam Sejahtera

Entri sebelum ni berkaitan Sabah kan??now sambungan pulak.tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi melancong kat Sabah ni.Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan..:)

Daerah Papar terkenal dalam pembuatan gambus dan permainan gambus.Setiap tahun akan diadakan Pesta Gambus.Mesti korang tahu macamana bentuk dan rupa Gambus ni kan??Kalau ada yang tak tahu tengok gambar di bawah ni.

Inilah gambus..Kredit to google
Gambus ini biasanya dimainkan oleh suku kaum Melayu Brunei yg banyak terdapat di daerah Papar.Biasanya alat muzik ini dimainkan ketika pesta atau Majlis kenduri kahwin.Salah seorang pemain Gambus yang terkenal di Sabah ni ialah 'Fauziah Gambus'.

Di Daerah beaufort pulak,anda boleh melakukan aktiviti rafting iaitu Padas Rafting.Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III – IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.
Padas Rafting
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Di Sungai Klias anda dapat melihat kunang-kunang pada waktu malam.Terdapat juga Monyet Proboscis atau lebih dikenali orang tempatan Sabah sebagai "BAYAU"."BAYAU" ini telah dipilih sebagai moskot bagi SUKMA ke-9 pada tahun 2002.
inilah si "BAYAU"
Korang tengok-tengok aku apehal??
Di daerah Sipitang pulak terkenal dengan buah-buah tempatan.Buah yang paling bnyak di jual di daerah ini adalah buah Durian.Harganya tersangatlah murah RM5 sekilo.Ada juga yang telah di ikat dalam RM15-RM20 3-4 biji seikat.Apabila buah durian ini terlalu bnyak di jual Harganya boleh jatuh hingga ke  RM1-RM2 sekilo.Dan pernah dijual RM10 Seguni buah durian akibat terlalu banyak hasil pada tahun tersebut.Daerah ini juga mempunyai tempat pelancongan tepi laut yg dikenali sebagai ESPLANADE SIPITANG..
1 TOMPOK RM 15 murah kan?
inilah ESPLANADE SIPITANG
Di Sabah juga mempunyai nama tempat-tempat yang pelik-pelik.Contoh Menggatal,Maraba,Merapok,Gusi-gusi,Nyaris-nyaris bnyak lagilah..Dan ada satu gambar aku jumpa dekat google.Nama Jalan ni mmg pelik.Jalan ni terletak di Daerah Tenom.
Ini bukan edit ye..Memang wujud..
Pelik tak??hehe..Okaylah sampai sini dulu okay.Nanti Jay akan sambung lagi.Jay akan bawa korang round satu Sabah ni.hehe.So tunggu entri yang akan datang "SABAH 3"..
Kalau dah merancang nak bercuti tu,apalagi cepat-cepat bookoing tiket dan penginapan di Sabah.100% korang takkan rugi kalau bercuti ke Sabah.

14 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

ni yg buat cik lynn nk p sabah lg ni..hehe

Hirdayu Rahmat berkata...

ya Allah, proboscis ni dah la nakal dan pandai tahu takkk T_T hish T___T penah dia curik maya punye air tin, pastu kitorang gelak lah, dia tak dapat bukak punye, pastu... tetiba... dia bukak. hayoo ! pandai !


tapi sayang, dia dah nak pupus dah...

Nisa Hussin berkata...

amboi..len kali belanje kite trip ke sabah tau..hahaha

admin berkata...

jalan baru jumpa,,,haha memang pelik nama tu

admin berkata...

kelakar la nama tu.. jalan baru jumpa, haha

Pka Rahim berkata...

hi. jom join segmen pka.

http://pkaemerald.blogspot.com/2012/06/segmen-pka-rahim-ada-lagu-tu-best-ke.html

tq :))

Unknown berkata...

Bilalah nurul nak sampai kat sana... :(

Jay berkata...

cik lynn:dtg lagi kat sabah ni..bnyak lagi tempat yg cik lynn belum pegi..hehehe

Maya:yeke??yups skrg spesis ni dah hampir nak pupus..sekrang dah di wartakan sebagai haiwan perlindungan..

cik retiss:boleh je..hahha...dtg kat sabah dulu..ngeh3.

Donny len:iya nama tu mmg kelakar..ingatkan kena edit.tapi mmg wujud jalan tu..:)

Pka Rahim:insyaallah..

Nurul:tak susah..cari suami org Sabah..tiap2 tahun boleh travel gi Sabah..ngeh3..:P

HanisLazimAndTheShaklee berkata...

hye jay..mcm lama je x update belog..hihi

ILA HonEyBuNNy berkata...

bayau?? lain benar warnanya..hehe

kelakar la bunyi jalan baru jumpa..hehe

Unknown berkata...

Jay napa x update blog..

Jay berkata...

aniswany:hehehe..tu hah baru je ceq hupdate..hehehe

Ila:hehe..memang sebab kat sini memang bnyak nama pelik2.hehe

Nurul:sori nurul Jay agak bz sikit sebelum ni.itu yang xdapat nak hupdate tu..

Tanpa Nama berkata...

saya anak jati tenom berasal dan lahir di kg.baru jumpa..tq jay perkenalkan kg saya.

Tanpa Nama berkata...

Kg. Baru Jumpa. Kg sy 2 hahahaha