CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Jumaat, 23 Disember 2011

Aku tertarik...

Assalamuallaikum..

 Salam jumaat kawan2..Hah hari ni aku nak kupas sikit pasal satu perkara yang menarik perhatian aku untuk aku bentangkan dalam forum...Eh.. jap jap...Forum??ape yang aku merepek ni.he..Begini aku ada terbaca kat wall seseorang yang berbunyi begini..

Orang ensem nak yang lawa je yek?
Orang kaya nak yang berada je yek?
Orang macam tu memang nak macam tu je yek?
Lumrah ke?

Hah..dah nampakkan..sekrang aku nak kupas satu persatu pasal perkara tu..

Orang ensem nak yang lawa je yek?


Perkara sebigini terpulang pada individu..adakala orang yang hensem memang layak mendapat yang lawa kan..tapi cinta itu buta..andai dia menyukai seseorang kerana paras rupa itu bukanlah cinta yang suci..hanya cinta kerana rupa kerana nafsu...Rupa yg cantik atau ensem tidak akan kekal lama.

Orang kaya nak yang berada je yek?

Yang ini memang perkara yang banyak terjadi sekrang..Andai seseorang itu tak berharta tak kaya pasti tidak di pandang.
Perkara ni memang selalu terjadi dalam masyarakat kita..andai seseorang itu mencintai kekasih atau pasangannnya keluarga pasangan itu pasti akan bertanya kerja ape,ada kereta,ada rumah??
Memang semua tu penting dalam hidup tetapi harus ingat..semua itu hanya jaminan di dunia..Jarang sekali aku dengar family akan bertanya dia pandai mengaji ker,pandai mengimamkan solat ke,tahu hukum2 agama ke??harta di dunia hanya sementara sahaja..Biar sederhana di dunia ni...Bila di alam barzakh adakah malaikat akan menanyakan berapa banyak harta kita di dunia??

Orang macam tu memang nak macam tu je yek?

Yang ini terpulang pada individu..sama ada cinta nafsu,cinta ikhlas..Aku sarankan cintalah seseorang dengan seikhlas hati..bukan kerana nafsu semata..cinta kerana nafsu memang tidak akan kekal lama..cintalah keran mencari keredhaan Allah s.w.t..Insyallah kekal bahagia selamanya.

Fuh panjang bebeno aku kupaskan..hehe..ni semua pendapat dan berdasarkan pengalaman aku yer..kalau ada salah dan silap mohon tegur  dan aku menyusun sepuluh jari meminta maaf pada semua ye..

Kesimpulannnya
Cintalah seseorang kerana agamanya,keimanannya,ketaqwaannya pada Allah s.w.t...bukan kerana rupanya,hartanya..Harta dan rupa tidak menjamin kebahgiaan dunia dan akhirat tetapi keimanan dan ketaqwaan pada Allah s.w.t pasti menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan juga akhirat..renung-renungkan..eh??alamak terambil trademark Prof. Izi..sori Prof..

Kepada yang empunya persoalan ni aku minta maaf ye sebab ambil buat entri..hehe..
mesti dia senyum tengok ni..haha..jahat tak aku??hehe..

SMILE ALWAYS!!!!

Rabu, 21 Disember 2011

PENA CIK EYQASARA???

Assalamuallaikum
Ok.hari ni waa nak celite dekat lu olang pasal seolang blogger ni..waa manyak minat baca dia punya blog.banyak berunsur ketuhanan sedikit dan banyak nasihat yang bagus untuk kita guna dalam hidup kita.Pengalaman beliau juga bnyak membuat orang tersedar..
Waa sudah baca dia punyer blog dari entri yang pertama sampai lah yg terbaru..waa pun sudah sangkut sama dia punya blog oo..manyak syok..hehe..sikalang pun waa sudah jatuh hati sama dia punya blog der…(dengan tuan empunya blog)..hehe..jgn marah..
Ok..ok..sebenarnya aku suka baca blog dia ni..sebab adakala aku menjadi diri dia..lalui apa yg dia rasakan.sebab tu aku suka baca blog dia walaupun dulu aku tak sempat nak godek-godek habis blog dia ni.Nama yang empunya blog ni NURUL EYQASARA..yang aku tahulah..Nama blog dia PENA CIK EYQASARA…..
Bagi aku dia seorang yang tabah..walaupun adakala hatinya sedih..Tapi keyakinan dia pada takdir allah itu yang membuat aku tertarik untuk mengenali dia..mengenali diri dia..Aku tahu dia mesti baca sebab aku dah minta izin dia untuk buat entri ni khas untuk dia..:)
Eyqa..Jay harap Eyqa tak marah kalau Jay katakan yang Jay dah jatuh hati kat kat kat……hurm…..Susah pulak nak cakap ek..Apapun Jay suka baca blog PENA CIK EYQASARA..Jadi kepada kawan2 yang baca blog Jay ni..silalah lawat blog beliau ye..Kalau nak follow lagi chantek…TERBAIK……hehehe.
Pada eyqa Jay mohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap tulis,terlebih bergurau..Dengan rendah hati Jay menyusun sepuluh jari memohon maaf.Ada masa Jay tulis lagi..heheJ
Salam Ampun dan Maaf dari Saya..
SMILE ALWAYS!!!!

Wordless Wednesday #1

Assalamuallaikum...

Aku rasa ni kali pertama aku buat wordless wednesday ni..hehe..belum pernah nak buat.entah kenapa hari ini aku terbuka hati nak buat..


Hah..ambil engko.besar gedabak..haha..

SMILE ALWAYS!!!!

Isnin, 19 Disember 2011

Soalan merapu??

Assalamuallaikum..

Soalan merapu??Hah??takde pape pun dengan tajuk tu..saje nak bagi gempak sikit.Oklah sebenarnya nak buat soalan ni..sape yg sudi jawab boleh jadi entri kalau dah takde idea kan kan kan??

Soalan Bahgian 1..
1.Sape nama anda?
2.Ceritakan sedikit mengenai diri anda?
3.Anda ada blog?
4.ceritakan sejarah penubuhan blog anda?
5.Kenapa beri nama ... pada blog anda?

Soalan Bahagian 2(kepada yang sudah berpunya)
6.Anda dah berpunya?
7.Siapa bf/gf anda?
8.Berapa lama dah anda bersama?
9.Apa rancangan anda dengan dia di masa depan?
10.Apa impian anda pada dia?

Soalan Bahagian 3(Kepada yang belum berpunya)
11.Kenapa anda masih single?
12.Apa ciri bf yg anda inginkan?
13.Apa yang anda impikan bila ada bf?
14.Sejauh mana anda percaya dia?
15.adakah anda akan merasa bahagia?

Soalan Bahagian 4
16.Apa impian anda yang belum tercapai?
17.Siapakah orang yang paling anda sayang?
18.Kenapa?
19.Apa pendapat anda pasal Cinta?
20.Adakah Cinta itu menyakitkan atau membahagiakan?

Soalan Bahagian 5.
21.Anda kenal siapa saya?
22.Anda dah baca blog saya?
23.Komen anda?
24.Penambahbaikan yang perlu saya buat?
25.Korang sayang saya tak??(Soalan tak bleh blah..)
Syarat-Syaratnya
Linkkan entri korang ke blog ni..
Tag 3 orang kawan untuk mereka jawab..
itu je..

hehehe..ni soalan merapu tu..sape sudi jawab silalah..soalan bahgian 2 untuk yg dh berpunya..soalan bahgian ke 3 yg belum berpunya...sape yg dah jawab tinggalkan link dekat post comment aku..aku nak terjah korang..haha..Terjah tetap terjah..yeah...

nak tag..
1.http://iladelarossa.blogspot.com/
2.http://akukanila.blogspot.com/
3.http://bibie-mumui.blogspot.com/

Selamat menjawab..:P

SMILE ALWAYS!!!

Selasa, 13 Disember 2011

Surat untuk dinda..

Assalamuallaikum.
Kehadapan kekasihku yang abg cinta dan sayangi..tujuan abg menulis surat ini adalah untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati abg pada dinda..Abg tidak pandai meluahkan secara terang terangan..biarlah surat ini sebagai pengganti diri abg..
Dinda.Setiap hari hidup abg penuh kesepian.sepi sangat-sangat..tapi bila dinda ada di sisi abg,hidup abg berseri-seri..abg gembira..Hati abg berbunga-bunga untuk bahagiakan hidup idinda..Tapi sayangnya abg terlalai untuk menjaga hati dan perasaan dinda.Abg sedar abg bukan manusia sempurna dinda..
Dinda..selepas kita berpisah,hati abang sentiasa tidak tenang..hidup abg tak tentu arah.bila di rumah abg terpaksa buat-buat senyum..sedangkan hati abg menangis dinda…menangis sebab kehilangan dinda..bila dinda katakan hati dinda terlalu hancur,abg seolah hilang akal ..sebab abg terlalu cinta dan sayangkan dinda..
Dinda..Masa mula berjumpa keluarga dinda,abg dah nampak apa yang abg nak buat..abg berhasrat mahu bahagiakan mak bapa dinda,tolong adik2 dinda dan paling penting bahagiakan dinda..abg sayangkan adik2 dinda tapi abg tak tahu nak tunjuk macamana..abg cuma berdoa setiap saat agar keluarga dinda dan adik beradik dinda sentiasa sihat,di murahkan rezki dan sentiasa dirahmati..abg tahu dinda terlalu sayangkan adik-adik dinda..
Dinda..saat abg menaip surat ni air mata abg menitis tidak berhenti..mungkin semua hairan bila abg menangis tanpa sebab..tapi airmata ini adalah kerana dinda..abg tak mampu tegok dinda bersedih..walaupun abg cuba untuk bahagiakan dinda tetapi abg tetap gagal..
Dinda..andai di izin allah s.w.t..abg ingin menjaga dinda,membahagiakan hidup dinda..bahagiakan mak bapa dinda..adik2 dinda…itu harapan abg selama ini untuk dinda..abg tidak pernah terfikir hanya mahukan dinda sahaja..abg cuba hendak bahagiakan keluarga dinda..abg faham abg dah bnyak sakitkan hati dinda dulu..abg akui kesilapan abg...
Dinda..Abg tak mampu buktikan pada dinda betapa abg ikhlas cintakan diri dinda..hanya dinda sendiri yang mampu menilai cinta abg ini..biar abg bersusah payah demi orang yang abg sayang asalkan jgn orang yang abg syg itu susah..dinda faham maksud abg kan..
Dinda..abg ucapkan terima kasih atas kebahgiaan yang dinda beri pada abg walaupun sekejap.abg bersyukur sangat dapat mengenali sorang yang tabah dalam hidup..walau bnyak mana dugaan hidup, dinda tetap tabah..dinda terlalu kasihkan keluarga dan adik beradik..
Dinda..dalam surat ini abg sertakan sebuah bungkusan untuk dinda..ini adalah hadiah pemberian abg untuk dinda..tanda terima kasih abg pada dinda selama ini..abg harap dinda sudi untuk menerima hadiah ini..ini hasil titik peluh abg..abg sanggup berikat perut semata inign belikan hadiah ini untuk dinda..ini adalah niat abg pada dinda..abg tak minta balasan apa-apa dari dinda..abg Cuma harap biarlah dinda sentiasa ingat abg bila tgok hadiah ini..dinda jagalah hadiah ini seperti dinda jaga diri sendiri…
Dinda..abg memohon ampun dan maaf kerana abg tidak sempurna seperti yang dinda inginkan..tapi abg cuba untuk berubah seperti mana yang dinda mahukan..adakala ego kita terlalu tinggi..tapi percayalah cinta abg pada dinda bukan permainan..Abg akan sentiasa menanti dinda..
Dinda…dinda adalah satu anugerah dalam hidup abg..Terima kasih dinda..terima kasih banyak2…
                                                                                                           
                                                                                                  Insan yang tulus mencintaimu

Selasa, 6 Disember 2011

Ya Allah...

Ya Allah...
Apakah dosaku hingga aku di duga sebegini??

Ya Allah...
Berdosakah aku membuat perkara ke jalan kebaikan??

Ya Allah...
Salahkah aku untuk membahagiakan seseorang??

Ya Allah...
Berikanlah semua jawapan kepadaku..

Ya Allah...
Hanya kau sahaja tahu apa yang terbaik buat diri ini..

Ya Allah...
Berikanlah aku kekutan untuk bersabar atas dugaan ini..

Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahhim...
Ya zaal jalallil wal ikram..

Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh allah..

Isnin, 5 Disember 2011

Telah aku katakan...

Telah aku katakan dulu padamu bahawa aku hanya mencintai dirimu,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kasih sayang aku padamu takkan pernah pudar,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah aku katakan dulu padamu bahawa kau sentiasa ada di hati ku,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Telah ku katakan dulu padamu bahawa aku ikhlas ingin mengambil mu sebagai isteriku yang sah,
Tapi kenapa harus kau meraguinya?

Tolong jawab kepada siapa yang ikhlas untuk menjawab.

SMILE ALWAYS!!!