CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Khamis, 5 Mei 2011

Fikir-fikir aku terfikir.....

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Assalamualaikum..Percubaan pertama aku untuk buat segmen tak tau dapat sambutan ke tak.setakat ni baru dua je yg join..Harap2 bertmbah lagi lah..(dengan wajah yg sedih..huhu).
Okaylah straight to the point.Aku terfikir bagaimana aku nak buat blog ni lagi best???Korang ada idea nak sumbang mambang tak kat aku ni.Takkan aku nak letak minyak pelaris pulak.Takpun minyak pengasih..ish syirik tu..(jangan buat ek).. Ni list down yg aku terfikir nak buat..korang bagi pendapat mana yg patut aku buat..

1.Letak header yang lebih elok dan menarik.(Terpaksa aku buat baru kalau korang pilih ni.hehe)
2.Ubah background aku tu..
3.Ubah cara penulisan aku yang tak seberapa ni supaya hebakkk ..
4.Letak banyak widget dalam blog aku ni.
5.Letak lagu supaya korang dibuai keasyikan untuk melihat blog ni..

Itu list down yang sempat aku terfikir..Korang rasa yg mana satu aku patut buat..But thanks kepada yg sudu follow blog aku yang tak seberapa nak comel ni..:).So What??
Kalau nak join segmen yang aku buat tapi tak berapa nak dapat sambutan tu Klik sini
Percubaan pertama ni.hehe.Yang dah join thanks banyak2 sebab korang support aku..okaylah nt aku buat lagi entry k..:) Smile always!

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

SAYA DAPAT BANNER NI DARI  ......http://www.benashaari.com/

  1.  Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

SEGMEN PH:Benda yang paling aku suka???

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Assalamualaikum ni aku baru first time nak cuba buat segmen.Harap korang join dan supportlah ye..Okay syarat dia simple je..


1.Letak header blog aku.

2.Tajuk:Benda yang paling aku suka???dan korang link kan ke entry ni.

3.Lepas tu korang buatlah cerita tentang apa yang korang suka.Tapi jangan lebih 100 patah perkataan ye.

4.Dan jangan lupa tinggalkan url entry korang kat sini.

Senangkan..hehehe.jadi apa tunggu lagi join lah.Fuhh harap2 jadilah macam segmen abg ben kebabom..hehehe..akan di buka untuk seminggu..Thanks support me.Smile always:)

Rabu, 4 Mei 2011

Alhamdulillah........

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!
Assalamuallaikum..alhamdulillah Pengarah jabatan aku dah semakin sembuh..Walaupun hari tu doktor kata 50-50..kita hanya merncang tuhan yang menentukan segalanya.
Thanks lah korang doakan kesihatan beliau.Tengahari tadi aku dgn kawan2 ofis pegi melawat beliau di hospital.Menitis juga airmata aku bila melihat keadaan beliau yg semakin kurus.Hope beliau akan sembuh seperti sediakala.Jumaat ni beliau akan di benarkan pulang untuk berehat.Dalam perancangan jabatan akan membuat family day untuk warga jabatan bulan ni.keputusan ahli jawatankuasa belum diketahui sama ada nak meneruskan acara tersebut atau di tangguhkan sehingga pengarah sihat.Andai tetap dijalankan minggu ni dan minggu hadapan adalah hari yg sungguh busy buat ajk termasuk aku.Aku harap family day tahun ni adalah yg paling meriah dan happy..


P/S:Thanks sudi mendoakan untuk pengarah aku..:)

20 tahun akan datang!!!!!

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Assalamuallaikum.Thanks untuk Follower yg sudi follow aku.Wah aku macam mimpi lah my follower dh 50 org.(Baru 50 dh kecoh dak ni.Orang lain dah beribu tak kecoh pun?) :P
Der,waa bukan kecoh tapi nak thanks sangat-sangat kat dorang ni coz sudi follow blog waa yg tak seberapa ni.
Muka waa legend tapi hati cute(Buwekkkk.Ramai2 kita muntah ..)..:)

Waa rasa macam nak wat GA jugalah..tapi not now lah..hehehe..tunggu nak dekat follower 100.hehe.Okaylah hari ni waa nak story something kat korang semua.
Semalam aku terfikir apa yg akan jadi pada aku 20 tahun akan datang??Korang meti pernah terfikirkan?Mesti ada yg cakap bahagia bersama yg tersayang dan anak pun dah rami.
Ni aku list down apa yang aku bayangkan diri aku 20 tahun akan datang.

1)Aku makin macho..hahaha(Jom ramai-ramai booooo dak ni.)Aku dah makin tua.Muka pun dah kedut kot.Gunalah SKII untuk menganjalkan kulit anda.hahaha

2)Aku dah kawin..Mestilah dah kawin kan??Takkan bujang lagi kot?Persoalannya siapa kah gadis yg sungguh bertuah tu ye?(Cik abg ni promote diri ke??) :P

3)Mesti anak aku dah ramaikan?Agak-agak korang berapa ek?Aku nak 12 org boleh buat team bola.Yeah.....(Ish teruklah isteri ko ni nanti nak mengandung).

4)Adakah aku hidup bahagia nanti?adakah aku akan jadi ketua keluarga yg baik untuk keluarga aku??Harap-harap macam tulah.

5)Aku terfikir adakah aku masih ada lagi pada 20 tahun akan datang.Semakin hari semakin dekat aku dengan kubur..(Rase je lah untuk muhasabah diri ni..)

6)Adakah lagi ibu bapa ku di dunia ini.Harap masih ada untuk menyokong aku dan nasihatkan aku lagi..Love u abah,,love u mak..Tanpa meeka tiadalah aku di dunia ni.

Itulah yang aku bayangkan diri aku 20 tahun akan datang..korang macam mana pulak??hehe:)

Selasa, 3 Mei 2011

BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !!

Nak join???Klik sini
Aku nak abg ben pilih blog aku sebab:

aku nak luaskan lagi perkongsian ilmu dengan blogger lain.

Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!!!

Assalammualaikum.Salam ceria dari aku untuk semua.Mesti korang rindu aku kan? kan? kan?(cakaplah korang rindu,taklah aku syok sorang-sorang).
Hari ni aku nak cerite apa yang jadi kat aku di tengah-tengah malam buta hari sabtu yg lepas.
Masa tu waa bangun dalam jam 2 pagi camtu lah.(wah ayat mat rempit tu??)masa tu waa bangun nak gi dapur.Watpe??.der,waa pegi dapur takkan nak basuh kain pulak?Waa nak pegi minumlah der.Masa waa dah on the way pegi dapur,tiba-tiba mata waa jadik gelap.waa terus jatuh terduduk kat atas lantai.Nasib kepala waa tak terhantuk kat kaki meja besi tu.Lama juga waa terduduk,adalah lebih kurang 1 jam.(jangan caya,tipu je budak ni..)Lepas tu waa bangun terus masuk bilik tido.Tak jadi waa pegi minum.Esoknya waa balik kampung sepupu waa kawin.punyalah penat.sampai tengah malam baru waa dapat tido.

Ni waa nak cerite kat korang.Hari tu waa pegi naik keretapi baru.Jadi perjalanan waa dari terminal KK sampai ke Beaufort.Kalau korang tak tahu kat mana tu,search je kat google.Bila train baru ni confirmlah ramai org kan..nasib waa baik dapat tempat duduk.Kalau waa lambat sikit confirm waa berdiri selama 3 jam nak sampai kat Beaufort.Waa sampai kat sana lebih kurang jam 10 pagi.Waa pun apa lagi roundlah bandar tu kan.Tapi yg tak bestnya waa kena balik kat station dalam jam 10.30.Train bertolak dalam jam 11 pagi.On the way balik ni adalah aweks2 yg naik train ni.Waa tetap duduk,tapi yg tak bestnya aweks2 ni berdiri punyalah dekat dengan seat waa.Habis muka waa yang macho ni kene sondol dengan handbag.(Macho ke bro??)Waa control lagi.Tak lama lepas tu aweks2 ni layan lagu kat handphone pulak.kalau pakai earphone takpe,ni dah pasang kuat2,speaker pulak  dekat telinga waa.Waa dah panas.Rasa nak tegur je aweks tu.Betul2 tak sopan dengan pakcik2 & makcik2 yg dok ayik pandang kat diaorang.Nasib baik lah waa ni bukan lelaki yg suka nak jatuhkan maruah orang depan orang ramai pulak tu.Waa tetap sabar dengan penuh keimanan dan taqwa sambil waa berzikir dan melihat keindahan alam ciptaa tuhan.(Bajet alim je budak ni)Tapi memang betul,kenapa budak zaman sekarang tak ada lagi perasaan malu atau sopan bila berhadapan dengan orang yg lebih tua??Salam pun bila di suruh cium tangan baru nak buat.Apa lah nak jadi budak2 bangsa kita ni.Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.Aik dah jauh menyimpang ni sampai masuk trademark prof.izzudin plak.



Muka aku dalam train
Dalam toilet sempat lagi bergambar. :)
Tengah memikirkan masa hadapan.

My new hair..Macho tak?Cakaplah macho supya aku tak persan sorang-sorang..

P/s:Apa pun kita sama-samalah jaga kesopanan kita seperti dalam rukun tetangga..opsss.Rukun negara yg kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.