Jumaat, 4 Mei 2012
BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?
Okay hari ni nak join segmen dari Ben Ashaari.Korang nak join juga??meh rapat..rapat lagi..lagi rapat..hehe..nak bagitahu cara nak join je..Klik gambar macho Ben Ashaari kat atas tu..Dah klik??bagus..Dah join???lagi baguss.
Kenapa korang perlu pilih Blog aku??Sebab aku suka nak promote hasil kerja orang.tak kira bagus atau tidak cara penulisan korang.Semua terpulang pada individu.Satu matlamat aku,aku taknak naik sorang-sorang.biar kita semua sama-sama naik....so kesimpulannya adakah aku akan berjaya seperti Ben Ashaari??tunggu...:P
OO dan minta tolong ye vote sini http://bit.ly/JiGSp6 Untuk vote Ben Ashaari..Harap dia menang tahun ni..:)
SMILE ALWAYS!!!
Khamis, 3 Mei 2012
Warkah buat adikku
Rabu, 2 Mei 2012
Gua Samseng??????
Assallamuallaikum
Fuh..lama dah rupanye Jay tak hupdate blog ni kan.*lamelah sangat padahal xsampai seminggu*Dah bersawang dah nampaknya..jap jap nak bersihkan sawang dengan habuk.pftt treetttt..prakkk prottt.eh asal bunyi kentot pulak??ohh itu bukan bunyi daripada Jay ok.
| tgok muka yg innocent sangat2. |
| Nak lawan gua ke??Jom..ganas tak muka aku.hahaha |
Jumaat, 27 April 2012
Thanks to follower ke-444
Assallamuallaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadarat ilahi.Ada juga yang sudi lagi memfollow blog yang telah agak usang ini.Thanks untuk follower aku yang ke-444..cantik nombor tu..hehehe..korang nak tahu siapa dia?? Jom terjah ramai2 blog beliau..
![]() |
| Sori ambil header tanpa kebenaran.:) |
So terjah ek.BTW thanks pada semua yang follow.Nanti Jay akan buat kunjungan balas tau..
Thanks for Segmen Ben Ashaari.dapat juga rakan2 blogger baru.:)
SMILE ALWAYS!!!
BEN ASHAARI DAN BLOG AKU
Assallamuallaikum..
Dah lama tak join Segmen Ben Ashaari ni..Walaupun kira Jay dah setahun berblogging but Jay nak join juga..Nak kenal blogger2 baru.:)
Kalau korang rasa nak join segmen ni just klik gambar macho Ben Ashaari tu hah.Buka sehingga 3 petang ni sahaja.
Jay rasa yang sama dengan blog Ben ashaari tang Santai...:)
Smile Always..
Rabu, 25 April 2012
Aku Seorang Artis???
Assallamuallaikum
Apa khabar semua.Diharapkan anda semua sihat walafiat di samping orang-orang yg tersayang.Hari ni hari Rabu.Satu lagi lembaran baru buat hidup aku.Hidup yg penuh dengan perjuangan selagi nyawa dikandung badan.
Ada yang mengatakan hidup ini umpama sebiji roda.Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.Memang betul sebab bumi kita pun berbentuk bulat.adakala kita di bawah adakala kita di atas..cuma kita tak sedar kerana adanya daya tarikan graviti.:)
Begitu juga aku.adakala org kata muka aku macam AARON AZIZ..adakala orang kata muka aku macam ADI PUTRA.Esok esok orang kata macam FIZO OMAR pulak.Entah mana satu yang betul pun aku tak tahu.Korang rasa muka aku macam siapa??saje ngade ngade harini.
Bagai ombak membadai pantai.Adakala kuat dan adakala ombak itu mati.Air laut yang membiru menjadi tenang.Setenang wajah IZZAH di dalam OMBAK RINDU.Sekuat mana pun badai mendatang tetap tenang bersahaja.
Begitu juga hati dan perasaanku.Adakala tenang setenang AIDIL di dalam NUR KASIH.dan adakal timbul kekusutan seperti MALEK di dalam KL GANGSTER..Adakalanya juga hati ku selembut ZIKIR di dalam drama TENTANG DHIA..
Kesimpulannya adakah aku pun seorang retis??*ayat minta penampar..*
P/s:khusyuknya memabaca..hahaha..jangan marah ha..hehehe
SMILE ALWAYS!!!
Selasa, 24 April 2012
Penantian..
Assallamuallaikum..
Penantian yang tak pernah kunjung tiba.sampai bilakah saatnya aku akan bertemu dengan si dia?Adakah aku akan bertemunya di dunia sementara ini atau di akhirat kelak?Semuanya rahsia Allah swt..
Ku harap Penantian selama ini takkan sia-sia.Andai dia adalah yang terbaik buatku seperti tertulis di loh mahfuz,aku bersyukur kepadamu Ya Allah.Bersyukur atas nikmat yang engkau berikan.akan ku pikul segala tanggungjawab dan amanah yang telah engkau tetapkan.
Amanah yang tersangat berat dan besar buat diriku yang akan menjadi pendampingnya dikala suka,duka,senyum,tawa,tangis,hiba dan tanggungjawab untuk membimbingnya ke jalan mu Ya Allah.Mencari nafkah yang halal buat dia dan bakal anak-anak ku.
Aku tidak segagah abu bakar as-siddiq..Aku tidak sebaik ali bin abi talib..aku hanya insan biasa yang masih banyak kekurangan..Tetapi aku sentisa berusaha untuk jadi yang terbaik buat diriku,bakal isteriku dan bakal anak-anakku.
Ya Allah..andai belum tiba masanya engkau ketemukan aku dengan dia ku harap Engkau lindungilah dia dari segala marabahaya.Kau lindungilah dia di dalam rahmatmu ya Allah..Andai sudah tiba masanya untuk engkau ketemukan hatiku dan hatinya,temukanlah kami didalam keimana dan keredhaan darimu Ya Allah..
Aku tahu engkau ada di luar sana wahai pemilik tulang rusukku..Aku tetap setia menanti dirimu.Mungkin juga dia tengah membaca entri ku ini.Siapa tahu??Hanya Allah swt mengetahui segala-galanya.
Insyaallah ku tetap setia menanti dirimu.Salam sayang buat bakal isteriku.
Yang benar,
Bakal Suamimu..



