Selasa, 31 Mei 2011
AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum..hah kali ni Jay nak join segmen yg ABG BEN kite buat..Korang nak join??Klik banner dia atas..
Okay Jay nak story sikit apa kesan terhadap diri kita kalau merokok..Dulu Jay memang perokok.Terus terang Jay katakan..Tetapi sekarang alhamdulillah Jay dah berhenti sepenuhnya.
Dulu masa Jay merokok memang rasa best je.Tetapi tak pernah percaya pada kesan terhadap diri.
Jay taklah menjadi perokok tegar.Tiap-tiap hari nak hisap.Jay akan hisap berkala..tetapi kesan pada diri inilah yang membuat Jay terus berhenti merokok..Jay akan merasa semput jika berlari.Dada akan berasa seperti tak cukup oksigen..
Sebab tu lah Jay berhenti dengan segera.dan kesan tu masih lagi ada cuma dah berkurangan.Jadi Jay sarankan kepada remaja2 di luar sana janganlah merokok kerana kesannya sangatlah bahaya.Bayangkan setiap batang rokok mempunyai 4000 jenis racun contoh seperti karbon monoksida,contoh asap kenderaan. Tar..sama seperti tar jalanraya..
Jadi sama-samalah kita katakan taknak pada rokok..Jadilah masyarakat yang sihat dan bebas dari rokok..ungkapan iklan yang Jay ingat sampai sekarang "Don't Break my heart"mesti korang ada tengok kan iklan di mana seorang lelaki india tengah tunggu emaknya yang bekerja sebagai jururawat.Dan ada pesakit yang terkena kanser mulut kerana merokok.Seorang lagi memakai oksigen kerana semput dan pada masa itu isterinya tengah mengandung.Dan seorang lelaki india tidak mempunyai kaki kerana kakinya telah dipotong kerana akibat merokok.
So berhentilah demi orang-orang yang kita sayangi..
SMILE ALWAYS!!!!!
Isnin, 30 Mei 2011
Entry Orang sakit..!!!!!!!
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum semua...Soli moli sebab tak dapat hupdate blog.Jay tengah demam sekarang ni..
Ni pun nak bukak mata pun tak larat..nasiblah hari ni dan esok cuti..
Hope korang sihatlah ye..dapat makan cekodok sambil menonton tv..Jay terbaring je kat atas katil..huhu..semoga korang bergumbiralah hendaknya..
Korang doakan aku sihat seperti sediakala ok..Mungkin dalam seminggu ni aku tak hupdate entry sebab bizi..tapi kalau sempat aku hupdate lah ye..hehehe..
Tapi komen dan BW tetap berjalan ok..Dan blog yang Jay belum terjah tungguuuuuu!!!!!..hehehe
Okaylah sampai sinilah dulu entry Jay ni..Esok-esok kalau sempat Jay hupdate ye..
SMILE ALWAYS!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jumaat, 27 Mei 2011
Ranking Digi WWWOW Awards For Blogger Of The Year
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum..Hah mesti korang nak tahu kan sape Top 10 untuk Digi awards for blogger of the year kan??hah..meh sini aku buat untuk korang..hehehe..Korang tengok gambar yang aku susun..Bermula dari 10 hingga yang 1..hehehe
![]() |
| Ranking 10 |
![]() |
| Ranking 9 |
![]() |
| Ranking 8 |
![]() |
| Rangking 7 |
![]() |
| Ranking 6 |
![]() |
| Ranking 5 |
![]() |
| Ranking 4 |
![]() |
| Ranking 3 |
![]() |
| Ranking 2 |
![]() |
| Ranking 1 |
inilah ranking2 terkini dari Digi WWWOW Awards For Blogger Of The Year ..Hope korang undilah mana yang betul2 boleh jadi Blogger of The Year..Kalau Jay yang Ranking 3 tu Jay bagi menang..hehehe..Okay undi tau..Ada 10 hari sahaja lagi..hehehe..
SMILE ALWAYS!!!!!
Ben Ashaari????????
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum...Hah terkojut ekau org yo??hehehe..Ni hah den nak koba kek ekau semuo..
Kenapalah korang ni..Cakap sokong Ben ashaari ??Tapi korang tak undi pun beliau dalam DIGI WWWOW INTERNET FOR ALL AWARDS..untuk kategori BLOGGER OF THE YEAR?
Sekarang Ben Ashaari dah jatuh ranking ke-4 korang tau..Kalau korang sokong ben ashaari jom kita ramai2 undi beliau..Kita naikkan ranking beliau semula..Tinggal 10 hari je lagi tau..hahaha..Aku ni dah macam memaksa pulak..Undi ikhlas hati ok..yg penting kita sokong antara satu sama lain..
Waa pun nak undi banyak.lah..biar Ranking ABG BEN naik balik..hehehe..
Korang nak undi ABG BEN sekarang?? Bagus...meh KLIK SINI....
Dah klik??hehehe...bagus..camnilah dikatakan penyokong setia blog BEN ASHAARI..
P/S:Sory Abg Ben..Jay cuma nak promote untuk Abg Ben..kalau Abg Ben nak komen,komen je ok..kalau tak suka On the spot Jay boleh delete..tapi hope ABG BEN tak marah dan suka le..hehehe..
Klik gambar ABG BEN untuk ke blog beliau...Cara nak mengundi pun ada dalam blog beliau..
SMILE ALWAYS!!!!!
Pesta Kaamatan......
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assallamuallaikum...Selamat hari Jumaat..Semoga perjalanan hidup kita hari ini diberkati allah s.w.t..Hari ni dah bnyak staff yang bercuti..Kan nak sambut perayaan Pesta Kaamatan..
Meh aku story berkenaan pesta ni..Pesta Kaamatan ini diraikan oleh suku kaum kadazan/dusun di sabah ni..Pesta ini dipanggil "Magavau" dalam bahasa Kadazan..Perayaan ni merupakan perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu semngat padi.Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi..
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Sumber:Google
Hah..begitulah asal usul perayaan ini..Tak salahkan kita mempelajari asal usul sesuatu perayaan tak kira bangsa,agama atau kaum?..Kita ni kan rakyat malaysia.Rakyat yg berbilang kaum.Jadi Apa pun perayaan kita tetap menyambutnya secara bersama..Kepada Yang menyambut Perayaan PESTA KAAMATAN ni aku ucapkan selamat bercuti..selamat berpesta ye..Dan kepada negeri jiran pula akan menyambut Hari Gawai...Kamik ucapkan selamat Hari Gawai untuk Kaum iban di sarawak..Kamik dh rindu sarawak owh..Lamak gilak kamik sik pegi sia..hehehe..
![]() |
| Pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu cantik |
![]() |
| Pesta Kaamatan 2009 |
SMILE ALWAYS!!!!!!
Khamis, 26 Mei 2011
Penat!!!!!
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum...Sorilah hari ni tak dapat buat entry panjang2..huhuhuh..ni pun baru sudah breifing..penat lah dua hari asyik meeting,taklimat n breifing..
Memang dah tanggungjawab pada kerja,organisasi dan negara.Nak buat camne lagi kan..Beginilah tanggungjawab harian aku untuk organisasi dan juga Negara..
Okay..Hari ni waa nak rehat kat rumah tengok tv sambil makan cekodok.Dan lepas buat perkara wajib waa akan terjah blog2 korang semua dan cuba membalas komen2 korang n mengomen entry korang..(Apalah budak Jay ni merepek)...
Okay see you all in blog..hahaha...nak p merhempit jap..hahaha..korang tunggu kedatangan waa k..Dan Jay akan sebut apa selalu bila di akhir entry???eh eh..pandainya korang...anak sapelah pandai sangat ni ye..hehehe
SMILE ALWAYS!!!!
Rabu, 25 Mei 2011
Jom tengok siapa Follower ke-238 saya!!!!!
Hello to all blogger!!!
Peace be with you all!!!
Assalamuallaikum..Selamat malam..mungkin ada yg tengah makan dan mungkin juga da yg tengah lepak depan TV sambil mengunyah keropok lekor.Jay nak story kat korang sapa follower Jay yang
ke-238..
Beliau seorang yg simple but macho....Blog beliau pasti Jay akan tengok tiap2 hari..Beliau suka buat segmen yg best2 yg boleh buatkan kita berfikir dan berkreativiti..Mesti korang tahu sape kan??hehehe..
Tak sangka beliau memfolloow blog Jay yg tak seberapa ni..hehehe.. Jom tgok gambar bawah ni sapa kah orang yang dimaksudkan itu...jeng jeng jeng..Muziok please...drummmmmm tummmm cesssssss..Menperkenalkan.....
![]() |
| Tadaaaaa... |
Thanks Abg Ben sudi follow blog Jay ni..harap Ab Ben sudi beri tunjuk ajar pada Jay ye..Jay pun baru ceburkan diri dalam bidang blogging ni..Ilmu pun cetek lagi..hehehe..
Thanksssss ABG BEN......................................................
SMILE ALWAYS!!!!!!














