Hati..huh..hati ini sakit,hati ini pedih,hati ini luka.
Kau??kau faham apa hati ku kala ini?
hati yang dambakan kasih sayangmu,hati yang ingin selalu bersamamu
dikala senang atau pun susah..
Tapi..
tapi kau hanya menyenangkan hati ini dikala aku senang,
namun di kala aku susah engkau langsung tidak memahami hati ini.
Ya hati ini memang kotor suatu masa dahulu,
namun sekrang hati ini akan bersih sedikit demi sedikit atas izinnya.
Namun kau tetap menganggap hati ini masih kotor sama seperti dulu.
Hakikat...
Hakikatnya kau tidak merasakan hati ini,
Bila engkau merasa hati ini,kau akan faham suka duka yang tersimpan di dalamnya,
Kenangan yang amat memeritkan.
Semoga kau akan faham suatu hari nanti.
Jika
Jika aku sudah tiada lagi,
hati ini akn aku serahkan buat adikmu.
Aku harap dia akan sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak2
normal yang lain.
Ku doakan moga kau akan sedar suatu hari nanti mengenai hati ini.
Selasa, 23 Julai 2013
Hati
Khamis, 28 Mac 2013
Sakit...
Assalamualaikum
Sakit.sakit sakit sakit..semuanya sakit.
Segalanya sakit.
Tak ade yang tak sakit.
Diri sendiri sakit.
Argh.....sakit......
Khamis, 31 Januari 2013
Dugaan
Assalamualaikum
Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni.Banyak sangat pekara yang terjadi dalam hidup ni.Mama Jay jatuh sakit.Keadaan mama Jay cukup merisaukan dengan berat badan yang tiba-tiba menyusut.
Doktor mengatakan hati mama Jay bengkak,kedua-dua buah pinggannya tak berfungsi dengan baik.Memang merisaukan Jay sekeluarga.Dengan masalah hidup Jay lagi.Tahun 2013 ni memang cukup-cukup mencabar.
Ya Allah,berilah aku ketabahan untuk mengharungi hidup ini.Kau sembuhkanlah mama ku seperti sediakala.Ya Allah,aku tetap redha apa pun dugaanmu buat hidupku.Sesungguhnya kau pentadbir di bumi mahupun langit.Hanya engKau yang mengetahui segalanya.
Kepada yang membaca atau melawat blog Jay yang dah lama tak update ni.Terima kasih kerana masih sudih melihat blog ni.Doakan semoga mama Jay sembuh seperti sediakala.
:(
Rabu, 21 November 2012
Jodoh..2
Argh..Kali ini aku tak akan mengalah.Ini masa depan aku.Aku yang akan hidup bersama dia.Aku nekad yang aku tetap akan mengahwininya walaupun tidak direstui oleh ibu bapaku.Pada malam itu aku melakukan solat hajat dan solat sunat isthikarah untuk meminta petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T.
"Ya Allah,engkau berikanlah petunjuk kepadaku.Tunjukkanlah aku andai jalan yang aku pilih ini benar atau pun sebaliknya.Adakah dia yang telah engKau ciptakan daripada tulang rusukku.Berikanlah petunjuk agar aku meyakini keputusan yang akan aku buat.Hanya engKau yang mengetahui segalanya."
Ketenangan muncul di dalam hatiku.Aku yakin bahawa keputusan aku adalah benar untuk mengahwininya.Bermula dari sekarang aku akan berusaha untuk memilikinya.Berusaha sedaya upaya aku untuk menikahinya.Semoga allah memberkati perancangan hidupku.
"Awak.Keluarga saya menentang rancangan kita untuk berkahwin."
"Yeke awak?sekarang apa perancangan awak?"
"Awak,saya sayangkan awak.Saya dah memohon petunjuk daripada Allah S.W.T dan saya dapat rasakan awak adalah pilihan saya yang tepat."
"Tapi awak,saya tak nak awak bergaduh atau bermasam muka dengan keluarga awak hanya kerana saya."
"Awak.Saya percaya,andai niat kita ikhlas Insyaallah Allah S.W.T pasti akan permudahkan.Ini adalah ujian Allah S.W.T bagi hubungan kita.Awak bersabar dan berikan sedikit ruang untuk keluarga saya mengenali awak."
"Saya risaulah.Takut keluarga awak tak dapat menerima saya.Tapi saya tak nak berpisah dengan awak.Saya sayang awak dan ingin hidup bersama awak hingga ke akhir hayat saya."
"Insyaallah,mereka akan menerima awak.Percayalah Allah S.W.T tengah menguji perhubungan kita berdua."
"Awak,andai awak bukan jodoh saya di dunia ini,saya berdoa kepada Allah S.W.T memohon agar awak adalah jodoh saya di akhirat kelak."
Dengan linangan airmata aku mendengar kata-katanya.Betapa sucinya hatimu.Betapa luhurnya hatimu mencintaiku.Aku bersyukur kepadaMU ya Allah.Kerana engKau temukan aku dengan insan yang paling luhur hatinya.
Bersambung...
Jumaat, 9 November 2012
Jodoh..
"Awak."
"Ya Saya"
"Awak bahagia tak di samping saya??Saya risau kalau-kalau saya tak dapat nak bahagiakan awak."
"Awak...Awak dengar apa yang saya nak katakan ni.Demi Allah awak dah membahagiakan saya.Saya tersangat bahagia bila bersama awak."
Dengan senyuman aku katakan padanya.Aku tahu kegelisahan yang terbuku di dalam hatinya.Dia risau andai jodoh aku dan dia tidak tertulis di dalam Loh Mahfuz.Aku juga gelisah bila memikirkan andai dia bukan jodohku.Sedangkan hati kami berdua saling menyayangi.
Saat ini aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah,engKaulah penentu segalanya.Andai dia adalah jodohku,permudahkanlah segalanya.Andai kami berdua tidak ditakdirkanMu untuk bersama,aku redha menerima ketentuanMu."dengan linangan airmata aku berdoa,semoga dialah jodoh yang tertulis di dalam loh mahfuz.
"Ma,abah..aku nak bincang sesuatu ni?"
"Apa yang nak kau bincangkan?cakaplah.."
"Begini ma,abah.Aku rasa aku dah bersedia nak kahwin.Lagipun aku dah ada calon pilihan hati aku."
"Orang mana?"
"Bukan orang sini ma abh,orang semenanjung.Asal Kelantan."
"Hah??Jauhnya??tidak ada yang dekat-dekat ke??"
"Ma abah,kami dah lama kenal.Aku sayangkan dia.Dia tetap ada di hati aku.Telah aku lakukan solat sunat isthikarah dan petunjuk yang aku dapat memang dia yg terbaik untuk aku."
"Kau pun nak jadi macam abang long kau?Kawin dengan orang sana,lepas tu dah tak ingat nak balik sini."
"Ma abah,aku bukan macam tu.bila kami dah berkahwin nanti,dia akan tinggal bersama aku di sini dengan persetujuan dia sendiri.Bukankah seorang isteri mesti berada di samping suaminya.Dia tahu mengenai agama."
"Mula-mula iyalah cakap macamtu.Lama-lama dia tarik kau tinggal kat sana."
Betapa kecewanya aku apabila mama dan abah menentang keputusan aku.Ini bukanlah kali pertama terjadi.Dahulu aku pernah ingin berkahwin dengan orang tempatan juga.Namun mereka menghalang dengan memberikan berbagai alasan.Aku korbankan perasaan aku demi mereka.Tapi takkan kali ini juga aku harus korbankan perasaan aku?
Bersambung....
Rabu, 7 November 2012
Selamat Pengantin Baru BroFramestone!!!
Assallamuallaikum
Korang kenal gambar saper kat atas ni??Mestilah korang kenal kan??hehe
Sape tak kenal blogger otai ni.Salah seorang yg aku jadikan idola.Akhirnya BroFramestone akan mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati Iera Kan.
Alhamdulillah..dah nak kawin dah bro aku ni..Aku bila lagi??Wallahuallam..serahkan pada yang Maha Esa utk menentukannya.Okay biar Jay ceritakan sikit mengenai perkahwinan bro ni..
BroFramestone ni orang Perak dan pasangannya Iera Kan Orang Johor.
Pertemuan dorang berdua ni Jay tak tahu macamana,tapi yang Jay tahu dah ketentuan Allah untuk mempertemukan hati mereka berdua.Walaupun Jay mendapat jemputan dari BroFramestone untuk majlis perkahwinannnya,Tapi sayang sekali Jay tak dapat nak menghadirkan diri.
Jay cuma dapat Mendoakan semoga mereka berdua berbahgia hingga ke akhir hayat.Bro dah kawin dah tak boleh nk nakal2 sgt.hehe.Dah ade dah orang yang akan jaga makan minum bro..:)
Apa Pun tahniah buat Bro dan juga Iera.
Kepada yang pergi tu jgn lupa share gambar2 ye.Tema Pihak lelaki Warna Merah..So pakailah ape yang bewarna Merah kalau nk ikut rombongan Bro ambush Ke rumah Pengantin perempuan.hehe.
SELAMAT PENGANTIN BARU"BROFRAMESTONE & IERA KAN"
Isnin, 5 November 2012
Hatiku
Assallamuallaikum..
Hatiku betul2 hilang..kegembiraan dan kebahgiaan diri yang selama ini aku dapat,hilang dengan sekelip mata.Hati ini bukan lagi hati yang dulu.Hati ini terlalu pedih dan sakit.Salah kah untuk aku bahagia??Salahkah untuk aku gembira??
Berilah aku kebahgiaan untuk hidup bersama dengan orang yang aku sayang.Kenapa harus merebut kebahgiaan itu dari aku??Engkau mengatakan ingin melihat aku bahgia,tapi dirimu sendiri yang membuan kebahgiaan itu..
Salahkah aku untuk menikahinya??jangan jadikan jarak sebagai alasan.Sedangkan jodoh itu tidak mengira umur atau jarak.Tapi engkau seolah-olah menidakkan takdir.Engkau kata jodoh itu kita yang tentukan.Kalau fahaman agama seperti inilah yang membuatkan orang takkan kawin sampai bila2.
Aku tak mengerti mengapa engkau tidak merestui aku dan dia??Sampai bila aku harus duduk di bawahmu.Adakah engaku nk simpan aku selamanya???adakah engaku nak aku tak kawin sampai ke tua??Mengapa orang lain nk kawin semua dipermudahkan.Tetapi aku??terlalu bnyak alasan yang diberikan.
Dalam islam kawin itu mudah cuma fikiran org kita yang membuatkan ia menjadi susah dan rumit.Apa salahnya engkau berbincang dengan familynya melalui telefon pun takpe.asalkan dapat persetujuan.namun engaku ego.ego pada perasaan yang takut aku juga akan melupakan engkau.
Segala permintaan engkau telah aku laksanakan.Telah aku korbankan semuanya hanya utk engaku.Termasuk mengorbankan perasaan aku satu masa dahulu.Memutuskn perhubungan dengan seseorang kerana engkau.
Namun sekarang berulang kembali.engkau lebih sanggup melihat aku dan dia kecewa,sanggup melihat kebahgiaan kami berdua hancur.itu yang engkau lebih suka kan??engkau lebih suka aku tumpukan segalanya utk kebahgiaan dan kesenangan engkau..
Tapi engkau harus ingat.aku juga memerlukan kebahgiaan.dengan apa yang telah engkau lakukan pada diriku,engkau takkan dapat dirku lagi.Aku bukan aku yang dulu.aku takkan seceria dulu.Separuh dari jiwaku telah hilang akibat perbuatan engkau..
Aku bukan lagi aku..
:(

