CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Best Follower Ever

Khamis, 9 Ogos 2012

Hati Tak Tenang

Assallamuallaikum..


Maaflah Jay dah lama tak menulis kat blog ni.Baru-baru ini Jay ada masalah sikit.Sekrang ni tengah nak tenangkan diri.Moga Allah mendengar doa-doa Jay.Bila Kita tersalah melakukan keputusan pasti ada insan yang terluka.

Sebelum membuat sebarang keputusan fikir-fikirkanlah.Jangan jadi macam Jay..baru nak menyesal.Sebab Jay dah buat seseorang terluka,bukan sahaja dia tetapi diri Jay sendiri merana.Kemana pun Jay pergi,hati Jay tetap tak boleh tipu diri Jay yang Jay sayangkan dia.

Jay dah berterus terang pada dia mengaku kesalahan yang Jay telah lakukan.Jay ingin membahagiakan dia semula sama seperti dulu.Sekarang hanya terpulang pada si dia untuk membuat keputusan.

Setiap saat dirimu muncul di dalam fikiranku,
kemana pun aku pergi dirimu pasti wujud di dalam hatiku,
Maafkanlah diriku kerana telah mengecewakan dirimu,
Berilah aku peluang untuk menebus
Kesalahanku,impian ku hanya satu,
Ingin membahagiakan dirimu seperti yang pernah kita berdua janjikan.

Maafkanlah aku wahai penyeri hidupku,
Ku ingin hidup bersamamu susah dan senang bersama,
Aku sentiasa mendoakan dirimu,
Moga Allah membukakan pintu hatimu semula buat diriku..
Hanya Engkau yang mampu membuka pintu hatinya semula
setelah aku berusaha untuk kembali kepadanya.


Betapa peritnya apabila perasaan di uji dengan percintaan.Apa pun yang berlaku aku harus redha.Hanya Allah swt mengetahui apa perasaan ku di saat ini.


Selasa, 19 Jun 2012

SABAH 3

Assallamuallaikum..

Hai korang..lama dah tak update blog ni kan?Mesti ada yang tertunggu-tunggu entri Jay mengenai Sabah ni kan?Ape??takde??wuwuwuwu..touching jap*sepak budak ni laju2*.Okaylah,kali ni Jay nak bawa korang melawat ke Daerah Tenom.Tenom ni terkenal dengan kopi dan Taman Pertaniannya..Tak caya jom mari Jay ajak korang jalan2..


Di dalam Taman pertanian ini terdapat bermcam-macam jenis tumbuhan,darilah pokok buah-buahan sampai lah ke pokok bunga-bungaan.Salah satu contoh Taman Anggerik atau lebih dikenali sebagai taman Orkid.
Papan tanda ke taman anggerik.
Jenis2 bunga yang ada di dalam Taman tersebut



Salah satu spesis orkid yg ada.


Di dalam taman pertanian Tenom ni ada terdapat satu buah ajaib...atau dalam bahasa saintifiknya "Synesepalum dulicifficum".Kelebihan buah ni adalah:

1. Keunikan rasa buah yang bertahan 2-3 jam selepas memakannya.
2. Gula mengandungi protin miraculin.
3. Merawat sakit gigi, kencing manis, malaria, buasir dan batuk.


Nak tengok macamana rupa buah ajaib ni??tengok gambar kat bawah ni..

ni lah rupa buah ajaib tu..

Okaylah dah cukup di area Tenom.Sekrang Jay akan bawah korang ke sebelah Timur Sabah pulak.Pertama sekali korang boleh buat aktiviti rafting di Kiulu River.Kat sini boleh dikira mencabar juga untuk buat aktiviti rafting ni..Sesiapa yang gemar aktiviti lasak seperti ini,jangan lepaskan peluang.Rugi kalau tak cuba..





Selepas itu kalau korang nak rasa udara yang sejuk dan nyaman,bolehlah datang ke kinabalu park.Di sini anda boleh merasai suasana yang segar dan nyaman,walaupun matahari tegak di atas kepala sekalipun tetap terasa kesejukan udaranya.
ini adalah gambar2 yang di ambil ketika Jay berkursus di kundasang.

Anda boleh mendaki gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di asia tenggara..Entri akan datang Jay akan ceritakan mengenai ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu..Kalau nak mendaki kena cukup kuat dari segi mental dan fizikal tau..hehe..

Okaylah buat masa ni sampai di sini sahaja dulu pengembaraan kita.Jay akan sambung lagi di entri seterusnya.Harap korang suka tengok gambar-gambar di atas.Gambar-gambar di atas di kreditkan utk google.hehe.

Selasa, 29 Mei 2012

SABAH 2

Assallamuallaikum dan Salam Sejahtera

Entri sebelum ni berkaitan Sabah kan??now sambungan pulak.tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi melancong kat Sabah ni.Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan..:)

Daerah Papar terkenal dalam pembuatan gambus dan permainan gambus.Setiap tahun akan diadakan Pesta Gambus.Mesti korang tahu macamana bentuk dan rupa Gambus ni kan??Kalau ada yang tak tahu tengok gambar di bawah ni.

Inilah gambus..Kredit to google
Gambus ini biasanya dimainkan oleh suku kaum Melayu Brunei yg banyak terdapat di daerah Papar.Biasanya alat muzik ini dimainkan ketika pesta atau Majlis kenduri kahwin.Salah seorang pemain Gambus yang terkenal di Sabah ni ialah 'Fauziah Gambus'.

Di Daerah beaufort pulak,anda boleh melakukan aktiviti rafting iaitu Padas Rafting.Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III – IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.
Padas Rafting
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Di Sungai Klias anda dapat melihat kunang-kunang pada waktu malam.Terdapat juga Monyet Proboscis atau lebih dikenali orang tempatan Sabah sebagai "BAYAU"."BAYAU" ini telah dipilih sebagai moskot bagi SUKMA ke-9 pada tahun 2002.
inilah si "BAYAU"
Korang tengok-tengok aku apehal??
Di daerah Sipitang pulak terkenal dengan buah-buah tempatan.Buah yang paling bnyak di jual di daerah ini adalah buah Durian.Harganya tersangatlah murah RM5 sekilo.Ada juga yang telah di ikat dalam RM15-RM20 3-4 biji seikat.Apabila buah durian ini terlalu bnyak di jual Harganya boleh jatuh hingga ke  RM1-RM2 sekilo.Dan pernah dijual RM10 Seguni buah durian akibat terlalu banyak hasil pada tahun tersebut.Daerah ini juga mempunyai tempat pelancongan tepi laut yg dikenali sebagai ESPLANADE SIPITANG..
1 TOMPOK RM 15 murah kan?
inilah ESPLANADE SIPITANG
Di Sabah juga mempunyai nama tempat-tempat yang pelik-pelik.Contoh Menggatal,Maraba,Merapok,Gusi-gusi,Nyaris-nyaris bnyak lagilah..Dan ada satu gambar aku jumpa dekat google.Nama Jalan ni mmg pelik.Jalan ni terletak di Daerah Tenom.
Ini bukan edit ye..Memang wujud..
Pelik tak??hehe..Okaylah sampai sini dulu okay.Nanti Jay akan sambung lagi.Jay akan bawa korang round satu Sabah ni.hehe.So tunggu entri yang akan datang "SABAH 3"..
Kalau dah merancang nak bercuti tu,apalagi cepat-cepat bookoing tiket dan penginapan di Sabah.100% korang takkan rugi kalau bercuti ke Sabah.

Selasa, 22 Mei 2012

SABAH

Assallamuallaikum dan Selamat sejahtera.
Okaylah entri sebelum ni Jay dah cerita tentang Pesta Kaamatan kan.Sekrang Jay nak bawa korang semua round Sabah.Maksud Jay ajak korang tengok tempat-tempat menarik yang ada di Sabah ini.Kalau korang bercadang nak bercuti kat sini,Jay gerenti mesti seronok punya.hehe..


KKIA Terminal 1

Pertama sekali kalau korang nak pegi Sabah ni kenalah naik kapal terbang ye tak?Takkan nak berenang pulak.hehe.gambar kat atas ni adalah Kota Kinabalu Internatioan Airport T1..Kat Kota Kinabalu ni ada dua airport.Terminal 1 dan Terminal 2..Terminal 1 ni adalah untuk MAS dan terminal 2 adalah untuk Air Asia atau lebih terkenal sebagai LCCT seperti gambar di bawah ini.
KKIA Terminal 2 (LCCTKK)
Bila dah sampai kat Kota Kinabalu ni,Perkara pertama ialah kena cari tempat penginapanlah kan.Kat Kota Kinabalu ni bnyak hotel or lodging yang murah.Nak duduk hotel 5 bintang pun ada juga.Aktiviti yang korang boleh buat ialah pertama ialah Ke Muzium Negeri Sabah..Apa yang menarik kat sana?
Muzium Sabah

Rangka ikan paus
 Tarikan utama adalah Rangka ikan paus.Bila berada di dalam bangunan tersebut tidak boleh membawa kamera ye..itu adalah syarat untuk masuk ke dalam.Bayaran masuk cuma RM2 kalau tak salah.Di Aras 2 terdapat barangan seperti Tajau..Tajau ini digunakan untuk menanam mayat bagi orang zaman dahulu.Keranda pun ada di pamerkan di muzium ini.Semua artifak seperti tajau dan keranda adalah yg betul dan pernah digunakan untuk menyimpan mayat.

Terdapat juga rumah-rumah tradisi bagi suku suku kaum yang ada di Sabah ini.Seni bina setiap rumah tradisi dari suku kaum yang ada di Sabah ini memang berlainan.tak rugi kalau korang datang dan melawat ke Muzium ini.
Salah satu rumah tradisi yang ada di Muzium Sabah

Selepas dari muzium korang boleh pergi ke Lok Kawi Wild Life Park..Kat sini korang boleh tengok macam-macam jenis binatang.Gajah,harimau,monyet belanda dan macam-macam lagi.Ada masa yang ditetapkan untuk kakitangan membuat pertunjukkan bersama haiwan..
Lok Kawi Wild Life Park
Okaylah setakat sini dahulu Jay ceritakan tempat-tempat yang menarik di Sabah ni.Entri ni belum habis lagi tau..Ada bahagian 2 dan bahagian-bahagian yang seterusnya.So Jom melawat Sabah.:)

Khamis, 17 Mei 2012

Pesta Kaamatan 2

Assallamuallaikum.

Hye korang semua.Hari ni Jay nak ajak korang berpesta kaamatan.Hah??tak tahu apa tu
'Pesta Kaamatan'??Okay lah.Jay akan terangkan serba sedikit mengenai perayaan ini.

Pesta Kaamatan ini diraikan oleh suku kaum kadazan/dusun di sabah ni..Pesta ini dipanggil "Magavau" dalam bahasa Kadazan..Perayaan ni merupakan perayaan khas bagi menghormati "Bambazon" iaitu semngat padi.Perayaan ini biasanya diadakan selepas menuai padi..

Perayaan ini akan diraikan setiap 30 & 31 Mei setiap tahun.


Pemenang Unduk Ngadau peringkat Negeri Sabah 2011

Unduk Ngadau ini dikira satu pertandingan yang besar juga..Unduk Ngadau ini adalah pertandingan ratu cantik..tiap-tiap daerah besar yang ada di sabah ini akan membuat pertandingan.Johan peringkat daerah akan bertanding untuk peringkat negeri dan sekaligus akan dinobatkan sebagai Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah.Daphne Iking adalah salah seorang pemenang Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah..
Pertandingan Sugandoi..
Sugandoi adalah satu pertandingan nyanyian..Pertandingan ini sama juga pemilihannya seperti Unduk Ngadau.setiap daerah akan memilih satu wakil untuk dihantar ke peringkat negeri.Salah seorang kawan saya ada mengikuti pertandingan ini.

Tarian Sumazau



Sumazau adalah tarian tradisi bagi suku kaum kadazan..Tarian ini juga akan di tarikan ketika sambutan Pesta Kaamatan atau mana-mana keramaian.Kebiasaannya Pelancong akan di minta menari bersama-sama untuk memeriahkan lagi.. 

Kepada ada yang belum pernah merasai suasana Pesta Kaamatan ini bolehlah datang ke Sabah.Banyak aktiviti yang menarik boleh di lakukan di negeri Sabah ini.Tak rugi  anda datang ke Sabah..

Rabu, 16 Mei 2012

Segmen : Saya Nak Blogger Card By Eyqa Hasnan

Assallamuallaikum

Hye you all'z..hari ni mak jemah..opss..tersasul jadi mak jemah pulak..hehe...okay kali ni Jay nk join segmen yang di buat oleh blogger Eyqa Hasnan .So moh kite join reramai..hehe..


Okay..dah tengok??Jay nak tag seorang..sape ek..hah.. ni nama dia...

Hunny Nordin


Okay kalau join kene isi yg ni kan..

nama samaran dalam blog : Jay
tarikh start berblogging :30 Mac 2011
asal negeri mana :Sabah Bah!!
warna untuk tulisan :Biru
link blog :http://jai-diari.blogspot.com

Isnin, 14 Mei 2012

"Aku hanya cintakan kau seorang"

Assallamuallaikum..

Khaifa halukum??Sape perasan sejak dua menjak ni Jay selalu cakap arab dalam status Fb Jay..hehe.Belajar bahasa Al-quran sebenarnya.hehe.Okay hari ni Jay nak bawa tajuk di atas..


Hah!!!jatuh cinta??bila jatuh cinta apa ayat yang akan keluar dari mulut seorang lelaki buat teman wanitanya."aku hanya cintakan kau seorang"kalau ikhlas takpe.kalau tak ikhlas??hah!!!itu menjadi masalah...Betulkah hanya dia seorang yang engkau cintai??

Sejujurnya bagi Jay ucapan sebegini tidak sesuai digunakan..sebabnya??Jay akan huraikan sebab-sebabnya..Cinta Jay terbahagi kepada empat..Banyak kan cinta Jay??hehe..bila Jay mengatakan sebegini ramai bertanya kenapa ada 4??adakah disebabkan Jay masih mempunyai 4 kuota lagi?oh..tidak..bukan kerana itu..:)

Biar Jay jelaskan satu persatu..Cinta yang pertama..Cinta kepada Allah swt yakni pencipta sekalian manusia dan alam semesta.Dia lah yang berhak menerima Cinta yang pertama daripada hamba yang diciptakan dengan kekuasaannya.
  

Cinta yang kedua hanya Rasulullah S.A.W yang layak menerima dari umat yang dikasihinya.Betapa baginda mengasihi dan menyayangi kita sebgai umatnya..Di masa malaikat maut datang untuk mecabut roh baginda baginda berkata
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Subhanallah menitis airmata aku membaca betapa kasihnya Baginda kepada umatnya..
Cinta ke tiga adalah cinta kepada Ibu Bapa yang menjaga kita dari dalam kandungan sehinggalah sekarang.Sebab tu bila orang bertanya bila Jay nak kawin,Jay akan cakap Jay nak capaikan dulu impian Ibu dan Bapa Jay..Insyaallah kalau jodoh dtg dulu Jay terima tapi tanggungjawap tu takkan Jay persiakan..
Dan yang terakhir barulah cinta sesama Makhluk..andai cinta yang disemai kerana mencari keredhaan dari cinta yg 3 itu,insyaallah berkekalan hingga ke akhir hayat.Sebab itu kita tak patut ucap "aku hanya cintakan kau seorang"maknanya hanya cinta sesama makhluk je..yang 3 tu tak cinta lah kot?hehe..Bercinta di dalam mencari keredhaannya insyaallah semuanya akan selamat dunia akhirat..


Asykuruka..

SMILE ALWAYS!!!